‘Akur’ – Alunan Pop Islamik oleh Adib Zahar

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.9K bacaan

Semakin hari, irama yang membawakan unsur-unsur Islamik seakan semakin hilang dan lemas dek skena tempatan yang berkembang pesat. Puluhan kugiran baharu yang muncul, pelbagai genre dimainkan. Namun, Adib Zahar tampil berani untuk mengetengahkan lagu yang berunsur Islamik ini. Dahulu kita boleh nampak Hafiz Hamidun sebagai salah seorang pelapis irama sebegini. Kehadiran Adib Zahar boleh merancakkan dan memeriahkan lagi industri tempatan yang meminati genre ini. Penyanyi muda yang sememangnya telah berkecimpung dalam nasyid sejak sekolah lagi ini tampil berbeza dengan menerbitkan single pertama yang berjudul Akur.

Lagu ini mengisahkan tentang bagaimana kita sebagai manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan diuji pada bila-bila masa oleh Allah S.W.T. Sebagai khalifah di muka bumi-Nya. Kita juga seharusnya menerima sebarang ujian dari Allah dengan hati yang terbuka, mengetahui Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba-Nya. Sebagai manusia kita hanya boleh berharap kepada Allah untuk dalam segenap perkara seharian. Jika kita melakukan sebarang kesalahan, mohonlah ampun kepada Allah, kekecewaan dan renunglah kita sebagai manusia. Semoga ia sentiasa membawa kita kembali ke jalan yang benar.

Buat pengetahuan semua, lagu ini telahpun diterbitkan sejak Februari 2021 lagi. Pihak MAMY sempat menemubual Adib secara maya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang Akur. Mari ikuti apa yang dibicarakan.


MAMY: Dengan terbitan single "Akur" ini, saya ada terlihat komen di Youtube bahawa lagu asal ini sepatutnya dinyanyikan oleh empat orang. Boleh kongsikan dengan MAMY apakah kisah yang sebenarnya ?

Ikut sebenarnya lagu akur ni melalui 3 fasa dan pelbagai proses jugak sehingga melibatkan 6 orang sebenarnya .

 

Fasa pertama Pada awalnya saya cipta lirik pada tahun 2012 zaman saya sekolah bersama 2 orang rakan saya tetapi disebabkan kekurangan dari sudut persediaan vokal dan jugak faktor kurang pengalaman jadi belum sampai rezeki pada waktu tersebut untuk ke arah penerbitan dan kami mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing masing dahulu atas faktor masih bersekolah

 

Fasa kedua Pada tahun 2017 sewaktu saya belajar di kolej saya bersama 3 orang lagi iaitu Haziq Noorhalim , Haziq Hasrizal dan Hariz . Kebetulan Haziq Hasrizal mengajak kami ke studio sewaktu itu atas sebab dia ingin belajar vokal di situ tetapi sepanjang dia belajar vokal disitu . Saya terdetik untuk bawa lagu akur ni yang sebelumnya dinamakan tajuk “Hilangkah Aku” untuk kami nyanyi sekali alang alang berada di studio jadi kami pun saja saja test suara . Sewaktu ini Hilangkah aku berkonsepkan kehilangan . Ketika itu saya ubah lirik semula akur dan kami hanya sempat untuk record suara sahaja dan belum ke fasa mixing dan mastering . Tetapi disebabkan kami masih dalam belajar jadi kami hold seketika hasrat tersebut untuk terbitkan lagu akur ni dan membawa haluan masing masing

 

Fasa ketiga tahun 2021 , sebenarnya hasrat saya untuk terbitkan lagu sendiri tu dah makin berkurang . Tetapi alhamdulillah disebabkan ada individu yang mengajak saya untuk merakam lagu jadi saya selitkan sekali lagu ini untuk dirakam sehingga yang dimainkan terkini . Jadi fasa terakhir ini saya ubah semula lagu dan juga tajuk daripada Hilangkah Aku kepada Akur kerana konsep kehilangan tersebut saya tukar kan lebih kepada konsep kehambaan . Alhamdulillah lagu ini diterima baik oleh 5 orang yang saya ceritakan tadi sekiranya diberi peluang saya akan kumpul semula mereka untuk berkolaborasi bersama pada masa akan datang inshaaAllah.

MAMY: Sekali dengar, macam ada vibes nasyid tetapi dengan sentuhan moden. Bagaimana Adib berani untuk tampil dgn genre sebegini?

Sebenarnya saya juga merupakan penyanyi nasyid sewaktu zaman sekolah dulu jadi mungkin “vibes nasyid” tu masih ada sikit sikit dalam diri

dan untuk pengetahuan asyraf, sewaktu rakaman lagu akur ni saya dah lama tak menyanyi maklum lah last practice betul betul zaman nasyid je

saya memilih untuk ke arah konsep islamik dan mungkin disitu nampak sedikit elemen nasyid

tetapi bila sebut mengenai sentuhan moden sekiranya melihat rujukan vokal, saya dibimbing oleh Farred Zane dan juga Amman daripada Damai and Friends jadi mereka yang memberi tunjuk ajar mengenai vokal saya

Dari sudut berani tampil tu sebenarnya tak berapa berani sangat  tetapi disebabkan tunjuk ajar mereka jadi saya agak confident sikit lah untuk tampil dengan genre sebegini.

MAMY: Boleh kongsi bersama peminat bagaimana strategi Adib utk menarik ramai lagi pendengar diluar sana dek industri kita masih lagi kurang dengan genre sebegini?

Bila sebut mengenai strategi ni . Sejujurnya saya masih lagi mencari kaedah yang sesuai disebabkan saya baru lagi dalam bidang ni . Tetapi salah satu strategi yang dalam rancangan saya adalah melalui penulisan artikel dan jugak promosi di media sosial jelah buat masa ni . Sekiranya masa akan datang seandainya Allah izinkan ada rezeki dapat adakan sesi temu bual bersama media yang lain seperti mana asyraf buat pada saya kali ni . Mungkin dengan kaedah tersebut menjadi pilihan saya untuk perkenalkan genre sebegini kerana tujuan utama saya dalam berkarya tidak ada yang lain . Cuma ingin memberikan manfaat dan kebaikan kepada para pendengar seiring dengan hadis yang telah dinyatakan bahawa salah satu amalan yang akan menjadi peneman buat kita nanti di sana adalah ilmu yang bermanfaat . Saya berfikiran mungkin dengan berkarya dari sudut muzik juga memberi pelbagai ilmu yang bermanfaat buat pendengar dan akan menjadi saham buat saya di akhirat nanti

Sejujurnya, jika dilihat pada thumbnail lagu ini di Youtube, imej yang dibawakan oleh Adib agak berbeza dengan pembawaan imej klise berkopiah dan berbaju melayu jika hendak menyanyikan lagu-lagu yang berentak seperti nasyid moden ini. Susunan lagu ini boleh dikatakan menambat telinga penulis kerana intro yang dilapisi petikan piano dan juga vokal yang dilontarkan sangatlah memberikan suatu vibes yang mengembalikan penulis ke awal 2000an. Namun tidak bermaksud lagu ini lapuk, tetapi boleh dikira berjaya kerana vibes sebegitu memang dekat dengan kita. Sentuhan permainan papan kekunci syntesizer pada 1:47 yang ringkas menambahkan lagi perisa pada lagu ini.

Nantikan terbitan single seterusnya yang berjudul ‘Waktu’ oleh Adib Zahar yang akan dilancarkan pada hujung bulan ini di saluran Youtube Karya Positif.

Ikuti Adib Zahar dengan menekan pautan di bawah:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅