‘Al-Mawt’ – Evolusi Deathcore Dusares

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2K bacaan

2022 merupakan tahun yang energetik buat pemuzik Malaysia kerana hampir setiap bulan, ada sahaja kugiran mengeluarkan single, album mahupun melancarkan siri jelajah. Tidak terlepas juga buat sebuah kugiran, Dusares yang baru sahaja melancarkan single Al-Mawt di laman Youtube pada 2 Disember 2022.

Dusares membawa maksud dewa gunung atau ‘Mountains of God’ seperti Zeus dan Dionysus, namun ia hanyalah mitos semata-mata. Mereka memilih nama ini kerana kebiasaan buat kugiran metal menggunapakai nama-nama fiksyen atau pra sejarah. Berasal dari Kuala Lumpur, mereka memulakan perjalanan sebagai projek alam maya dianggotai oleh Alex (vokalis) dan Ren (gitaris) kemudiannya setelah bersepakat, mereka telah membawa masuk ijat (Dram), Naz (Gitar), Apiz (Bass) dan Epul (Pianist) untuk menjadikan unit ini sebagai projek jangka panjang serta menjadikan symphonic deathcore sebagai genre utama.

Selepas mendengar single ini, penulis merasakan sesuatu yang agak berbeza dan luar daripada kebiasaan. Semua instrumen menjalankan tugas masing-masing dengan sangat baik dari sudut susunan lagu dan paten. Penulis juga tertarik dengan beberapa elemen yang disuntik dalam Al-Mawt dan sempat membayangkan gabungan Cradle of Fifth, Dimmu Borgir dan elemen nusantara (barang rare tu). Menerusi perbualan penulis dengan Alex, ini merupakan cerita di sebalik lagu Al-Mawt:

Ren (gitaris) suka lagu-lagu seperti band rock malaya untuk mencari ilham dan juga cuba untuk mengekalkan sound nusantara dan keaslian muzik Malaya. Kalau kau nak tahu, lagu ni dia juga mendapat ilham dari band deathmetal/deathcore  seperti Lorna shore, Batushka, dan Daarchlea.

 

Dan ilham nyanyian vokal lagu ini,  aku banyak mengambil ilham dari vokalis seperti CJ Mccreery ex-Lorna shore dan Layne Staley – Alice in chains di mana keduanya itu telah menjadi inspirasi aku sepanjang aku berkarya.

Menerusi vokal pula, tidak disangkal lagi kehebatan Alex dalam melontarkan irama amarah. Scream yang gentlemen/garau ini membuatkan penulis kagum dengan kredibiliti beliau sebagai vokalis. Penulis memang mengikuti perkembangan Alex sejak 2013 di mana beliau bersama Bathed in Placenta. Permata sebegini harus dihargai dan diberi peluang untuk berdiri sama tinggi bersama vokalis lain kerana selepas Daus (Daarchlea), dan Ziddy (Purbawara), kita susah untuk jumpa vokalis seperti ini. Kudos buat Alex.

Untuk lirik pula, penulis percaya ada cerita di sebalik muzik ganas dan scream yang keras sebegini. Menurut Alex:

“Lagu ini mesej dia aku nak bawa kesedaran buat kita sebagai manusia pada hari ini bahawa kehidupan ini hanyalah pinjaman sementara Dari yang Maha Esa. Walaupun kita ni tidak sempurna, kita masih ada masa untuk beribadah dan bertaubat sebelum semuanya ditutup dan juga mempersiapkan diri untuk hari yang ditakuti umat Islam.”

Bercerita tentang single Al-Mawt, mereka telah memulakan proses produksi single ini setelah mendapatkan tiga lagi ahli iaitu Apiz, Naz dan Epul dan menjadikan Senndart sebagai produser. Penulis tidak menafikan kehebatan Senndart dalam melahirkan ramai bakat besar dalam industri metal namun kenapa Senndart? Berikut adalah jawapan dari Alex:

“Kali pertama aku kenal Senndart tahun 2013 waktu itu aku dengan band Bathed in Placenta dan kitorang rekod single ‘Nemesis’. Time tu memang aku impress gila dengan hasil kerja dia. Dan this year, aku memang cadangkan untuk rekod dengan Senndart bukan sebab hasil recording je, tapi sebab dapat belajar dengan someone yang ada pengalaman dan dapat memberi input yang sangat banyak. So this is the best experience for us and at the same time, kami juga cuba mengembalikan sesuatu yang sudah jarang didengar dalam scene metal. dan kami harap arah muzik kami ini dapat membuka mata semua peminat metal tidak berbilang genre. “

Kesimpulannya, Dusares telah menjalankan tugas dengan baik dan penulis memuji usaha mereka dalam single Al-Mawt. Namun penulis berpendapat untuk rilisan yang akan datang, mereka boleh melakukan sedikit penambahbaikan dari sudut post fx dan mungkin boleh tambah lagi elemen strings agar lebih mantap.

Untuk perkembangan terkini, mereka dalam perancangan untuk menyiapkan sebuah mini-album di mana mereka bakal bereksperimen dengan gabungan pelbagai konsep genre dan juga pelbagai teknik vokal akan digunakan.

Kami akan mencuba untuk membawa sesuatu di luar kotak yang kami tidak pernah buat. Kami juga akan fokus pada live shows jika diberi peluang untuk menunjukan potensi kami. Kami juga telah melancarkan merchandise yang pertama kami dengan harga yang sangat murah dan berkualiti.

Tahniah buat Dusares atas pelancaran single ini, penulis mendoakan kesejahteraan mereka untuk terus berdiri dalam kancah muzik tempatan. Sejujurnya, penulis ingin melihat mereka beraksi di atas pentas dan membawakan pengalaman baru dan segar. Tahniah lagi sekali, Adios!

Ikuti perkembangan Dusares di:

Instagram

Link Merch:

Whatsapp 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅