Album Review: GOJIRA – Fortitude. Penantian 5 Tahun Seakan Basi…

oleh Fazrul
1.3K bacaan

GOJIRA kembali menggegarkan persada muzik Metal antarabangsa dengan buah tangan terbaru mereka, FORTITUDE yang dirilis pada penghujung April 2021. Fortitude adalah studio album mereka yang ketujuh sepanjang 2 dekad perjalanan karier. Siapa sangka album yang berjaya mengangkat nama mereka dan dikenali di seluruh dunia adalah album keenam, Magma (kuat pengaruh GHOST B.C.) sehingga berjaya dicalonkan Best Rock Album pada tahun 2017 tetapi kalah dengan Cage the Elephant. Really, Scammy?! Adakah mereka dapat meneruskan momentum cemerlang Magma untuk rilisan terbaru kali ini dan mampu memuaskan hati kritik, peminat dan juga haters? Jom kita gali.

Pembuka album, Born For One Thing tidak memberi ruang langsung kepada pendengar untuk berbulan madu. Terus dihentak padu tanpa belas kasihan dari mula sampai habis dan seakan memberi petanda untuk keseluruhan vibe album ini. Fan favourite, trek kedua dan juga single kedua, Amazonia dimulakan dengan churn riffs dan pukulan berhantu Mario Duplantier, adik kepada Joe dan take tersebut sengaja dibuat raw tanpa dibersihkan untuk memberi impak kasar dan anthemic. Sejujurnya trek ini kedengaran seperti perkahwinan campur antara Sepultura dan Cavalera Conspiracy. Dan selepas dikaji, sememangnya Joe mengakui hal ini malah mengatakan ianya bukan sahaja inspirasi tapi adalah real tribute. Lirik lagu ini yang menceritakan tentang kemarahan mereka akan pencabulan ekosistem hutan Amazon dan komuniti di dalamnya, berjaya mengutip hampir 300,00 USD selepas di fundraising dengan jayanya.

Jikalau dalam Magma, wujudnya Stranded manakala dalam Fortitude mereka menggandakannya dengan Hold On dan New Found. Apa persamaannya? Jawapannya adalah trademark riff-jabs Christian Andreu yang menghasilkan graf dinamik berkala bagi setiap lagu tersebut. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa New Found is my personal favourite malahan outro lagu ini diadun secara sempurna. Belum lagi disogokkan dengan penggunaan pinch harmonic, self-loved lirik dan loooongeeeeest song on the record. 6 minit yang tidak mengecewakan!

Salah satu highlight di dalam album ini adalah gabungan nuansa tribal dan folk muzik di dalam lagu (atau intro?) Fortitude dan disambungkan terus dengan The Chant. Seakan pelik tiba-tiba sahaja muncul muzik sebegini di dalam album tradisi Metal. Ya, Fortitude dikatakan sebagai rilisan GOJIRA yang banyak bereksperimentasi dengan genre-genre luar dan tidak hairanlah unsur-unsur ini banyak mempengaruhi lagu-lagu di dalam album ini. Berbalik kepada The Chant, trek mid-tempo ini mempunyai hook yang kuat dan sangat sing-a-long bersesuaianlah dengan judul lagunya itu. Boleh bayangkan crowd chanting bersama-sama dengan Joe dalam konsert live (entah bila). Sebenarnya kewujudan lagu ini seakan memberi rehat kepada pendengar setelah bertungkus lumus menghadam sirat-birat pada separuh masa pertama Fortitude. Ok, jangan cepat tertipu kerana separuh masa kedua lagi angker dan dahsyat.

3 dari 4 lagu terakhir dalam second halfSphinx, Into the Storm dan Grind mengembalikan mood brutal yang ditinggalkan pada pertengahan perjalanan tadi. Ketiga-tiga lagu ini dipersembahkan dengan vibe yang amat garang. Double pedal Mario tersangatlah padu dan tidak hairanlah beliau pernah dinobatkan sebagai Best Drummer untuk anugerah undian Loudwire. Cuma trek no 9, The Trails adalah sebuah mid-tempo yang seakan-akan kedengaran seperti Deftones; minus vokal epik Chino. Lagu-lagu terakhir ini walaupun dipersembahkan ganas tetapi mesej yang diangkat banyak dikaitkan dengan tema keutuhan, kemanusiaan dan alam sekeliling. Jangan ingat lagu-lagu metal ini berteraskan amalan syirik dan syaitan semata-mata. Rujuk sini.

Pada dasar muziknya, lembaran Fortitude dibuka dengan tanpa belas kasihan dan juga diakhiri dengan rasa yang sama manakala lirik masih berpaksikan apa yang diperjuangkan oleh GOJIRA sebelum ini. Tidak keterlaluan saya simpulkan yang album ini dirilis pada masa dan waktu yang sangat sesuai seiring dengan perkembangan dan isu semasa dunia hari ini termasuklah pandemik COVID.

Secara keseluruhannya, album ini berjaya membawa kesinambungan kecemerlangan Magma dan agak kohesif; akan tetapi pihak label atau studio rakaman perlu mempertingkatkan lagi kualiti mastering untuk album ini. Jika dibandingkan, Magma lebih ke depan dan terang dari segi kualiti audionya berbanding Fortitude dan ini seakan memberi sedikit ketidakpuasan kepada audiophile. Untuk pengetahuan, sound engineer yang mengemudi Fortitude adalah orang yang berbeza dari album sebelumnya. Overall, sebuah album yang boleh dikatakan solid dari band Perancis ini dan penantian selama ini boleh dikatakan berbaloi walaupun agak basi (5 tahun kot!) untuk mengekalkan momentum panas Magma.

#MAMY #musicaddictsmalaysia #gojira #fortitude #album #review #magma #fazrul

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅