Cypher/ Cipher adalah istilah bagi informal gathering dalam kalangan rapper/ emcee (MC), beatboxer, atau b-boy/ b-girl. Penyatuan yang mempunyai passion dalam muzik. Sejak bermula hingga kini, cypher telah menarik orang ramai menyaksikan freestyle battle, yang melibatkan antara MC vs MC, B-boy vs B-boy, DJ vs DJ dan sewaktu dengannya. Terma cypher wujud dalam budaya hip hop untuk menggambarkan sekumpulan orang yang mengambil bahagian dalam aktiviti ekspresi diri. Dengan istilah freestyle rap cypher, ia wujud pada suatu ketika dahulu sekitar tahun 80’an. Sebelum perkataan cypher digunakan, hip hop mempunyai banyak definisi. Antara definisi yang relevan dengan hip hop semasa berdasarkan kamus Oxford English.
“A person who fills a place, but is of no importance or worth, a nonentity, a mere nothing.”
Cyphers selalu menjadi subset dari freestyle rap secara keseluruhan. Walaupun gagasan tentang “gaya bebas” ini mungkin membingungkan mereka yang ingin memahaminya waktu ini, freestyle pertama pada tahun 1980 sebenarnya ditulis sebagai rap atau hafalan. Old School freestyle berbeza dari bahan bertulis atau hafalan standard kerana freestyles tidak mengenai topik tertentu. Ia meluas dan pelbagai. Proses ini memperoleh nama “gaya bebas” kerana topik yang dibahas tidak dapat diubah walaupun liriknya diimprovisasi. Lewat 80’an dan awal 90’an gaya bebas seperti yang kita ketahui hari ini.
Myka9 (Freestyle Fellowship) menakrifkan semula terma freestyle dengan menyatakan rap improvisasi seperti Jazz solo. Pada mulanya terdapat ketegangan antara kedua metodologi tersebut ketika rapper Mohandas Dewese a.k.a Kool Moe Dee menjelaskan: Kebanyakkan old school artist tidak menghormati apa yang dipanggil freestyle sekarang. Secara asasnya dalam freestyle battle ini dianggap taboo sekiranya MC terbabit sudah menulis poetry terlebih dahulu sebelum battle dimulakan kerana seorang MC itu seharusnya menggunakan lirik yang diimprovisasi.

Myka9.
Pada awal 90’an, cypher dan freestyle rap pada umumnya telah well established di komuniti hip hop. Gaya rap yang dibentuk dengan cara baru ini sesuai dengan tempo irama lagu-lagu hip hop yang ditulis pada masa itu dan telah berkembang seiring dengan genre. Format cypher tetap konsisten sejak dimulakan: rap dalam bentuk perkumpulan secara bergilir-gilir dengan irama atau gaya acappella tanpa beat.
Freestyle pada dekad ini
Jika seseorang MC ingin memulakan freestyle dalam sesebuah cypher session, sekurang-kurangnya ada dua pahlawan rapper bertarung dalam jam session tersebut. Cypher juga memerlukan tempat pertemuan buat krew di mana mereka dapat bertemu dan melakukan freestyle rap tanpa gangguan atau ejekan. Jadi sel-sel otak akan mula aktif, memikirkan wordplay yang akan dilontarkan. Walaupun hampir mana-mana topik boleh dijadikan freestyle di dalam cypher, tetapi perlu diingat ada sesetengah komuniti cypher tertentu seperti Georgetown Day School Freestyle Club, tidak bertolak ansur dengan subjek seperti rasisma dan homophobia. Awalnya freestyle rap cypher ini cenderung mempunyai sifat anti-establishment dan menekankan kebebasan berekspresi. Di dalam freestyle rap ia boleh dilakukan dengan atau tanpa instrumental. Kenapa memilih instrumental? Kerana seorang MC dapat memberi fokus setiap lirikal yang dilemparkan oleh pesaingnya, dengan mengikut irama dan tempo sebuah intrumental. Dalam cypher juga, akan ada turntablist (DJ) yang akan memainkan beat mengikut mood keadaan atau beatboxer membunyikan beat/ ambien yang keluar dari mulut mereka iaitu beatboxing. Ia terpulang pada si pelaku sama ada freestyle ala acapella atau tidak. Kebiasaanya juri akan memulakan dengan perkataan rawak atau topik atau objek untuk rapper melakukan aksi freestyle.

Filem 8 Miles (2002) yang mempolurkan budaya cypher.
Antara filem rujukan buat anda termasuklah Freestyle: The Art of Rhyme, 8 Mile, Notorious dan beberapa lagi. Jika anda ingin menyaksikan totally cypher no drama mungkin anda boleh saksikan di beberapa channel YouTube seperti Team Backpack, King of The Dot (KOTD), The Cypher Effect, 16 or Better, Jakarta Cypher atau XXL Freshman Cyphers.
Malaysia juga mempunyai produk-produk cypher terbaik dari bawah tanah dan perdana seperti Rap Cypher Kuala Lumpur (RCKL), Rap Battle Melayu. Pada tahun 2013, 8TV pernah menyiarkan program ‘Word’ yg mengumpulkan MC terhebat tanah air dan RM 25,000 wang tunai sebagai ganjaran pemenang! Tapi sudah semestinya 16 Baris platform paling glam buat para rapper Malaysia, Joe Flizzow dan DJ Cza memainkan watak penting dalam movement tersebut. Kini 16 Baris melebarkan sayapnya ke beberapa negara Asia dan Oceania.

Program 16 Baris kelolaan Joe Flizzow.
Pada 23 Januari 2020, ASWARA dengan kerjasama Kagi Productions telah menganjurkan Malam Kemuncak Arena Rap Tradisi. Projek ini diinspirasikan daripada elemen tradisional dan digabungkan dengan elemen rap yang begitu sinonim dengan perbuatan menyampaikan puisi secara lisan dengan bait-bait perkataan yang diiringi ritma atau melodi.