Bicara Soal Identiti Bersama Masyghul – Butterfingers Copy Ori atau Lebih Daripada Itu?

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1,962 views

“You whisper death in my head.” – Itu antara cuplikan lirik yang diambil daripada single terbaru Masyghul, Ramen yang secara rasmi diluncur di Youtube pada 12 September 2021.

Memperjuangkan irama Grunge/Alternative Rock, lagu ini ternyata menceritakan realiti yang seharusnya menjadi iktibar kepada orang ramai tentang bahaya penyakit mental yang semakin meningkat saban hari di Malaysia.

“Im burning my skin from within/ My calm is an ongoing sin/ I fake a smile, try blending in/ I spent a life cry from within.”

Selain sisi lirikal yang bernas, penulis juga menggemari gelekan instrumen gitar, bass dan drum yang disampaikan oleh mereka sehingga tidak sedar durasi lagu ini adalah 5 minit 28 saat, agak panjang bagi standard lagu masa kini. Pada pendapat penulis, Ramen adalah sebuah produk yang ringkas tetapi amat ketat dan mengancam. Bukan itu sahaja, nuansa bunyinya mengingatkan penulis kepada Butterfingers di zaman 1.2 Miligrams dan Butter Worth Pushful. Timbul persoalan, mengapa ada segelintir band moden yang ingin mengulang formula Butterfingers di era awal mereka sedangkan Butterfingers sendiri berevolusi dengan cepat di setiap rilisan mereka? Perkara ini pernah dipersoal saudara Ham dan Adly dari Review Uncle di Tapau TV dan penulis juga turut memikirkan perkara yang sama.

Oleh sebab rasa ingin tahu yang meluap-luap, penulis sempat berhubung dengan Eddy iaitu pengasas Masyghul dan bertanyakan beberapa soalan untuk dijawab sendiri oleh beliau. Ikuti temubual tersebut di bawah.


  1. Kenapa jadikan sound era awal Butterfingers sebagai rujukan korang? Kenapa tidak jadi lebih daripada itu atau cipta sound baru?

First of all, I should state the fact, Masyghul is actually a one-man band which is only me, Eddy. Started as hobby suka-suka je to express my creative outlet daripada terperam lama n wasted, haha. I wrote, play and record all instruments, mixing all the songs by myself. I only use sessionist which is bass, second guitar and drummer if there’s any shows or gigs. And to be honest, yes, I am Butterfingers diehard fan, a Royal Butter indeed. Also, a Nirvana aficionado and enthusiast. I know it’s sounds so predictable, but that’s the fact I can’t deny. So, when you love two of those things, I think at some point you tak akan boleh lari from that influence whenever u wrote the song. It’s like u never tell Cannibal Corpse to do trancecore instead of death metal, it’s a matter of passion. If we honest with ourselves and what we truly love, nothing else matter, just do what you love and let it be. Besides everybody wanna be trendy and modern these days, I just wanna go back to the 90s aesthetic and reminiscing, thats all.

  1. Dari segi pakej audio visual, Masyghul seperti terlalu mencuba untuk memukau romantis Royal Butters sedangkan kita sudah ada Butterfingers. Apakah identiti Masyghul yang sebenar?

Masyghul which is me never self-proclaimed trying to be Butter jauh sekali nak memukau Royal butters becoz I’m so very aware that Butter dah sampai satu level yang takkan siapa-siapa boleh terjangkau. You maybe could imitate them, but you’ll never replicate them, theres only one Butter in Malaysia. They are forever legend, the one and only. I am one of Royal Butter sejak zaman sekolah, so maybe subconciously and accidentally, ia sedikit sebanyak mempengaruhi cara penulisan lagu and the way i compose the sound and song structure. And I know it might sound cliche to mentioned Nirvana too as my main influence (like every other grunge band lol), but it is what it is. I can’t lie to myself just to be “different” and unique from others. Sejujurnya Nirvana n Butter memang betul-betul “jiwa”, although there’s lot other bands that influence me too (TAD, Pixies, Skating Polly, Fangclub, Local H, Bush, Violent Soho, Warpaint, Eisley, Silverchair, SP, STP, The Breeders, The Vines, Royal Blood, Biffy Clyro, Lucie Too, The Raconteurs etc). The reason I love grunge because of its simplicity but underneath it lies the intensity of emotion and rich melody.

  1. Setelah beberapa single, ada tak dapat feedback daripada Butterfingers sendiri?

Haha! Tak pernah. But it would be such an honor to get feedback from them whether it’s positive or negative. Siapalah Masyghul compared to them. But to be honest I don’t want them to recognize and acknowledge me at all, coz I never meant to get their attention in the first place anyway and it’s better to keep it that way. Let me berkarya in peace.

  1. Adakah kita akan melihat Mashgul menukar sound di masa hadapan atau terus kekal begini?

Of course, it’s possible to have a change in direction, coz honestly I also like lofi, dream pop and shoegaze. Acid jazz like Tokyo Jihen pun menarik jugak, haha. But for now I still prefer it raw, straight forward and kotor. Haha.

  1. What’s next for you guys?

Just writing, mengumpul material and possibly nak compile it into an EP perhaps. Looking forward to any shows and gigs. Nothing too big actually.


Jika anda mengikuti perkembangan Masyghul dari awal kemunculan, pasti sedar bahawa walaupun sound mereka kuat dipengaruhi Butterfingers dan Nirvana, namun aura Eddie sebagai komposer tidak perlu dipertikai kerana beliau memang berbakat dalam komposisi lagu selain visi nakal dan tajam beliau terhadap sosio-politik dan sisi gelap modernisasi. Pendek kata, Masyghul bukan sekadar Butterfingers copy ori, mereka adalah surat cinta kepada era alternatif 90an yang mentah, kotor dan berbisa!

Terima Kasih buat Masyghul kerana sudi melayan tembual kami dan tahniah atas pelancaran Ramen. Semoga kalian bisa menggoncang dunia dengan muzik yang diperjuangkan dan jangan pernah menyerah kalah. Adios!

Ikuti Masyghul di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati