Bila Tuhan Gitar Berbicara Dengan Jari dan Lentik Melodi – Steve Vai Meriah dalam Konsert di Malaysia

oleh Chiv Iscandar
733 bacaan

Nama Steve Vai sangat fundamental dalam arena gitar kerana beliau adalah pelopor instrumental moden sedunia. Nama-nama gitaris besar lain seperti Malmsteen, Ritchie Blackmore atau Van Halen mungkin boleh dipetik tetapi Vai dikira di tingkat arasy tertinggi berbanding yang lain. Sekianya berkecimpung dalam gitar tetapi tidak mendengar Steve Vai, ia ibarat bermain bola tanpa teknik gelecekan atau sembahyang tetapi tidak membaca surah.

Sebagai virtuoso instrumentalis teragung di dunia, lagu-lagu Steve Vai adalah simbolik kemanusiaan, makna kehidupan dan asal-usul semesta. Lagu Vai paling epik, ‘For The Love Of God’ yang dipetik dari album ‘Passion & Warfare’ (1990) boleh disifatkan testamen karya instrumental gitar terulung dalam sejarah. Alunan solo gitar Vai sendiri menjadi vokal yang sempurna membawa naratif perasaan dan ekpremosi (ekspresi + emosi) dari ketenangan hingga ke eskstimiti yang menggila. Teknik-teknik beliau yang sofistikated dan di luar pemikiran aras normal. Dari segi sound, Vai pastinya yang paling terkehadapan dan mendahului era pada zamannya.

Kehadiran Steve Vai ke Malaysia semalam, 24 Oktober 2023 di Zepp KL adalah bersempena jelajah Inviolate di serata pelusuk dunia yang bermula sejak 2022. Tontonan adalah secara duduk (seating) tetapi tidak menghalang peminat-peminat terutama dalam kalangan veteran dan professional yang membesar dengan ledakan instrumentalis gitar 80-an dan 90an untuk sama-sama meraikan kehadiran Vai di Malaysia.

Bermula tepat jam 8 malam (Tuhan gitar takda sidai-sidai oi. Ternyata ramai gak kalut tetiba dah mula kah!), konsert dibuka dengan lagu Avalancha dan penampilan Vai yang energetik terus menguasai persada malam itu.

Sebanyak 16 lagu dipersembahkan antaranya Giant Balls of Gold, Tender Surrender, Lights Are On, Candlepower dan pelbagai lagi, membawa para penonton ke suatu pengalaman evo dan aura muzikal yang luar biasa.

Hydra – Gitar Tri-Laras Bernyawa

Kemuncak konsert ialah ketika Vai tampil dengan gitar ikonik tri-laras (3 tingkat) khas beliau untuk lagu Teeth of the Hydra. Permainan gitar legenda tri-laras depan mata. Gitar tersebut yang dinamakan Hydra mempunyai misteri tersendiri. Direka khas mengikut adunan dan kegunaan Vai sahaja, ia dikatan memiliki roh tertentu yang hanya boleh dipanggi oleh Vai sahaja. (Legenda urban sahaja, percaya tak lain cerita)

Seterusnya, Vai mengalunkan lagu ikonik ‘Liberty’ (trek pembuka album ‘Passion & Warfare’) sebelum lagu mahakarya yang ditunggu-tunggu, ‘For The Love of God‘. Menariknya, lagu tersebut turut disertai krew roadie Vai yang mengalunkan soprano mengiringi gitar solo Vai pada permulaan lagu. Selebihnya, adalah pemgalaman mengasyikkan yang hanya boleh dinikmati dalam kehadiran konsert bersama Vai.

Kemuncak paling epik ialah ketika lagu terakhir ‘Fire Garden Suite‘, Steve Vai dengan tidak semena-mena turun dari pentas terus menuju ke kawasan penonton di bawah. Seolah-olah menyaksikan sosok malaikat turun dari langit, para penonton berpusu-pusu mengerumuni Vai sambil beliau terus memainkan alunan gitar. Momen tersebut berlangsung agak panjang sekitar 10 minit dan itulah saat paling manis dan menggembirakan bagi para peminat Vai malam itu.

Dengan konsert jelajah ‘Inviolate’ semalam, kita pasti akan terus mengingati pensejarahan ini bahawa Vai telah turun ke bumi Malaysia untuk berkongsi limpahan definisi dan aura keagungan muzikal yang sebenar kepada peminat-peminat di sini.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅