Coldplay – Kontroversi, Pro-Palestine dan LGBT

oleh Rafidah Rosman
1.5K bacaan

Tinggal beberapa hari lagi peminat-peminat Coldplay di Malaysia akan menyaksikan konsert berskala besar kumpulan pemuzik dari London, England ini. Namun begitu, di samping wujudnya insan-insan yang teruja menunggu hari yang bakal tiba, ramai juga netizen yang membantah konsert tersebut.

Selain kontroversi daripada golongan agamawan dan politik, terdapat banyak lagi perkara lain yang membuatkan konsert ini mendapat perhatian besar netizen, antaranya:

1. Sesi berebut tiket beramai-ramai.

Ramai yang frust menonggeng ketika ini. Vibes Coldplay memang luar biasa dan ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya. Media sosial penuh dengan video battle berebut online ticket Coldplay. Ada yang bahagia, ada yang kecewa dan ada yang sekadar menjadikannya content untuk menaikkan jumlah tontonan.

2. Ulat tiket dan scammer

Ada pihak yang menangguk di air keruh. Menawarkan tiket dengan harga yang berlipat kali ganda. Yang terdesak pula sanggup membayar dengan harga yang tidak masuk akal. Sama ada tiket itu palsu atau tidak, semuanya letak tepi. Janji dapat menjadi yang terpaling fans Coldplay!

3. Penambahan hari konsert di negara-negara jiran

Tak dapat tiket di negara sendiri dah cukup menyedihkan, negara jiran pula menambah hari persembahan. Di Singapura terutamanya, sehingga enam hari persembahan! Semuanya sold out!

4. Dibenci netizen dan ulama

Pada mulanya saya ada sedikit kekeliruan di sini. Konsert di Malaysia ini bukan hanya Coldplay. Banyak lagi konsert-konsert lain yang sentiasa berjalan sepanjang tahun. Tetapi mengapa hanya Coldplay yang dibenci? Rupa-rupanya isu utama Coldplay menyokong LGBT adalah punca mengapa mereka dibenci netizen dan menarik perhatian agamawan di Malaysia.

Semasa persembahan di Tokyo baru-baru ini, vokalis Coldplay, Chris Martin telah mengibarkan bendera pelangi dan mengatakan kita semua adalah sama. Tetapi perkara ini tidak berlaku di Jakarta. Mungkin Coldplay memilih lokasi-lokasi tertentu sahaja untuk menyatakan pendiriannya dan masih menghormati norma penolakan LGBT di sesetengah negara.

Aduhai… Terlalu humanisme pun tak boleh juga Coldplay ni. Adam tetap diciptakan untuk Hawa. Tak bolehlah Adam bersama Hakim pula kan? Tetapi untuk mendesak sehingga konsert dibatalkan adalah tidak wajar kerana penonton konsert Coldplay nanti bukanlah terdiri daripada orang Islam semata-mata, malah ada juga penonton dari negara-negara lain yang turut ikut serta. Adalah tidak adil untuk dibantah sehingga mendoakan bala dan malapetaka hanya kerana semata-mata tidak sehaluan dengan agama dan budaya kita. Selagi mereka hormat dan tidak menyatakan pendirian secara terang-terangan di Malaysia, kita harus menghormati mereka juga kan?

5. Pro-Palestine

Ada juga netizen yang menyokong bantahan secara membuta-tuli dan tidak tahu tentang fakta ini. Coldplay merupakan satu kumpulan pemuzik yang mendukung nilai humanisme yang sangat tinggi. Chris Martin secara terang-terangan menyatakan pendiriannya yang tidak menyokong sama sekali sebarang bentuk keganasan, penindasan dan peperangan. Beliau menegaskan juga bahawa semua umat manusia haruslah berkasih-sayang, berbuat baik dan menyokong kehidupan satu sama lain. Perkara ini dinyatakan semasa konsert Coldplay di Tokyo baru-baru ini. Sebagai tambahan info, ada penyokong Israel yang tertekan terhadap pendirian Coldplay yang merupakan Pro-Palestine ini sehinggakan mereka membuat suntingan dengan meletakkan lagu Israel anthem di dalam video ColdplayBegitu hebat sekali penangan Coldplay bukan?

5.Lubuk clickbait

Banyak page yang mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi isu panas ini dan menjadikannya sebagai lubuk clickbait dengan menulis separuh jalan dan menyuruh anda tekan di sini jika ingin teruskan membaca. Padahal link tersebut bersambung ke tempat lain dan informasi yang diberikan langsung tidak memuaskan hati pembaca. Tulislah secara berhemah dan berinformasi dahulu, selepas tu nak promote link, baru lah cun. Dan bagitahu je terus terang macam ni…..

*Nak beli hoodie murah? Tekan link ni! https://shope.ee/2VR9p9wkD9

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅