Dari Skinhead ke Hip Hop – 5 Soalan Bersama AzamRhadio

oleh Mohd Aqil Aiman
3.2K bacaan



AZAMRHADIO, sebuah nama yang tidak asing lagi dalam scene Rap Malaysia. Anak kelahiran Perak ini sudah mula berkecimpung dalam dunia muzik dan penulisan sejak 2003 sewaktu beliau masih di bangku sekolah. Terinspirasi dengan keadaan sekeliling serta abang kandungnya membuatkan AzamRadhio tegar memilih jalan seni ini.

Selain aktif dalam scene Hip Hop dan sudahpun mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan, beliau juga merupakan mastermind untuk Big Smoke Records dan Pengurus Produksi untuk Silent Set Entertainment. Beliau juga pernah menjadi hos untuk HMO Event dan HMO TV. Setelah itu, beliau turut menjadi hos dan penyampai radio di HMO Radio serta berjaya mewujudkan saluran sendiri di platform YouTube yang diberi nama 35’s Tv (Gentle Lah!). Dalam keadaan pandemik sekarang, beliau turut mengelola satu kumpulan amal/ food bank yang dinamakan Section E Comradeship di bawah kendalian perusahaannya Rhadio Bros. Ventures bersama sahabat karibnya, RobertRhadio.

Wahhh!, diam-diam ubi berisi rupanya AzamRadhio ni. Tanpa melengahkan masa lagi, ikuti temubual MAMY bersama beliau baru-baru ini.




MAMY: Seperti yang kita semua sedia maklum, AzamRhadio merupakan anggota KERABAT. Apakah sebenarnya KERABAT ini dan ke mana hilangnya sekarang?

AZAMRHADIO: Pada asalnya KERABAT ni merupakan satu kumpulan gabungan daripada beberapa kolektif lain yang diasaskan oleh aku dan $AN, bertujuan untuk sama-sama maju dalam industri bunyi-bunyian ni. Aku tak boleh nak cakap hilang sebab KERABAT tu masih wujud cuma buat masa ni belum ada rezeki lagi untuk kami bergerak sekali dalam satu lagu seperti yang pernah kami rancang suatu ketika dulu. Masing-masing sekarang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Aku sendiri pun sekarang agak sibuk kendalikan perniagaan aku sendiri bersama sahabat aku Robert which is Rhadio Bros. Tapi, InshaaAllah dalam tahun ni, aku dengan $AN ada sedikit buah tangan untuk peminat-peminat bunyian KERABAT.

MAMY: Bagi pemilihan nama pentas, masing-masing punya cara tersendiri jadi dari manakah AzamRhadio mendapat ilham untuk menjadikan ia nama pentas?

AZAMRHADIO: Haha! Sebenarnya nama ni aku gunapakai masa nak buat media sosial dulu. Jadi, aku boleh cakap nama tambahan Rhadio di belakang nama Azam tu sebenarnya nama yang terlintas masa tu. Lama-lama jadi lekat kat kawan-kawan. Jadi aku teruskan je guna nama tu.

MAMY: Kau pernah berkolaborasi bersama MK K-CLIQUE dan $AN pada suatu ketika dahulu dalam lagu berjudul GARIS dan ada yang menyatakan bahawa GARIS 2 on the way. Boleh leak sikit tak siapa yang akan berada di dalam lagu tersebut nanti?

AZAMRHADIO: Yerp kalau mengikut perancangan, memang ada. Benda ni kita dah rancang dari awal tahun lepas, tapi akibat kekangan waktu, seperti semua sedia maklum, pandemik dan sebagainya, aku dan team terpaksa postpone projek Garis 2. Tema lagu, jalan cerita dan sebagainya aku boleh cakap 70% dah ready on paper. Kita memang agak cerewet dalam projek ni sebab memandangkan GARIS sendiri dah ibarat satu branding, so kita taknak buat GARIS 2 ni sekadar ada sahaja. Aku sendiri sangat menjaga branding GARIS ni. Nak buat, kena buat betul-betul, atau tak perlu buat langsung. Tentang siapa yang akan ada tu, kita memang ada senaraikan beberapa rappers dan cameo untuk menjayakan GARIS 2, tapi buat masa ni biarlah rahsia dulu. Hehe. Yang pasti, kami dalam satu team akan buat sehabis baik untuk tidak kecewakan para peminat. InshaaAllah…



MAMY: Kalau tak silap, AzamRhadio ada sebuah lagu yang berjudul Gadis Manchester yang belum dirilis di mana-mana platform. Kenapa dan mengapa?

AZAMRHADIO: Hahaha. Okay ceritanya begini. Dulu, sebelum aku bertapak dalam dunia rap, aku sempat menghirup udara segar lagi nyaman di dunia brit-pop, tapi jodoh aku dalam dunia tu tak lama atas sebab komitmen masing-masing. Walaupun aku rap sekarang tapi tipulah kalau kata aku langsung tak rindu dengan dunia lama aku. So masa 1st MCO dulu, memandangkan langsung tak boleh nak keluar mana-mana, jadi sempatlah aku ‘berzina’ dengan ‘Sazana’ (nama manja gitar aku). Itu yang boleh terlahirnya lagu tu. Actually ada tiga lagu yang sempat aku bikin which is Aku, Dia dan Liverpool, Gadis Manchester dan Lelah Dunia. InshaaAllah andaikata ada kesempatan dan ada kaki-kaki lain yang nak bersama dalam projek ni, mana tau kita boleh rilis lagu-lagu ni. Haha!

MAMY: Dengar cerita sebelum Hip Hop, AzamRhadio dulu seorang Skinhead! Jauh lari tu. Apa yang membuatkan kau bertukar arah?

AZAMRHADIO: Hahaha woooo…soalan. Okay actually bagi aku ideologi Skinhead tu aku masih gunapakai sampai ke hari ini dan disebabkan aku membesar dgn Skinhead, aku belajar banyak tentang persahabatan, perjuangan, politik, bangsa dan negara. Hip Hop atau yang paling dekat dengan aku adalah rap, ini aku ambil sebagai salah satu platform untuk aku suarakan apa yang aku nak, apa yang aku lihat, apa yang aku dengar. Aku serap, aku digest, aku suarakan.


Okay, setelah penulis teliti dalam-dalam, AzamRhadio ni bukannya garang sangat pun orangnya. Mungkin disebabkan jiwa Skinhead yang utuh dalam dirinya membuatkan dia nampak macam mafia. Sebenarnya dia “masuk air” juga. Tengoklah sesi kali ini, berapa banyak kali dia ketawa. Hahahaha!

Jangan lupa ikuti AZAMRHADIO di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅