Dependent Ajak Kita Semua ‘Meditasi’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.7K bacaan

Dependent dari kiri: Azam, Shuaib, Fariz, Edika

Band Indie Punk dari Ampang, Dependent baru sahaja melancarkan single Meditasi yang dipetik daripada album kedua mereka yang akan datang iaitu Duduk, Diam, Dengar.

Dependent merupakan band yang datang dari sekumpulan remaja iaitu Shuaib (gitar dan vokal), Azam (gitar utama), Edika (bass) dan Fariz (drum) di mana mereka ini berjaya menjauhkan diri daripada kemalasan hidup dan tidur 24 jam sebaliknya memilih untuk bermain muzik  dan mengimpikan sebuah kematangan dalam masa depan muzik Malaysia dan bebas genre-rasis. Jika sebelum ini mereka melancarkan album pertama mereka iaitu Kopi Ais Ikat Tepi pada Disember 2020 yang lalu, kali ini mereka kembali dengan single baru berserta sebuah acah awal tentang album mereka yang akan datang.

Duduk, Diam, Dengar

Meditasi dimulakan dengan bunyi gitar akustik yang menyenangkan, disusuli dengan cap mohor Dependent yang menampilkan bunyi Indie Punk yang bercampur baur namun sangat melodik. Bukan itu sahaja, susunan lagu yang ditampilkan mereka sangat catchy dan liriknya mudah diingati. Lagu ini sepertinya disuntik oleh elemen J-Rock dan kehadiran Rina Hime dalam satu sedutan lagu memberi impak baik terhadap keseluruhan naskah. Kualiti? Menakjubkan. Jika dilihat kepada video lirik yang mereka sampaikan, Dependent juga merakamkan beberapa footage dari beberapa studio yang sering menjadi sebutan penonton seperti Behave Studio, Ampang, Ultimate Blast, Puchong, Studio Merah, Ampang dan Wavelength Studio, Kajang dan secara tidak langsung terbit kerinduan penulis tentang beberapa gig namun mereka telah tiada. Dalam kenangan kalian semua.

Menurut Shuaib, Meditasi menceritakan sebuah pengalaman seorang insan, yang sedang dalam keadaan hilang harapan dan tiada semangat. Senang cerita dalam kejatuhan yang membuatkan insan itu berfikir sangat jauh akan apa yang bakal terjadi dalam hidupnya. Seperti tajuk lagu juga, Meditasi yang dimaksudkan dalam lirik lagu ini adalah muhasabah diri yang selepas itu memberi kesedaran kepada insan itu bahawa kita perlu hargai orang sekeliling dan menyambut kedatangan sesiapa pun dalam hidup kita. Penulisan lirik lagu ni terinspirasi berdasarkan sosialiti di dalam kalangan masyarakat sekarang dan ingin memberi galakan kepada semua orang yang hendak menerimanya. Manakala penulisan muzik pulak terinspirasi dari pemuzik seperti Green Day, Dustbox dan sebagainya, kemudian diadun menjadi bunyian Dependent.

Akhir kata, lagu ni nak memberi tahu secara terbuka bahawa, menghargai orang sekeliling itu sangat penting daripada kita menilai orang sekeliling kita. Tak perlu percaya apa aku cakap, tapi bagi peluang untuk diri kau cuba apa yang aku sampaikan. Itu salah satu cara kita menghargai.

Tahniah buat Dependent atas pelancaran Meditasi. Semoga kalian terus maju dan terus berusaha keras dalam merealisasikan impian menjadi sebuah band yang setanding band terkemuka lain di Malaysia. Dan buat semua di luar sana, jangan putus asa dan teruskan hidup walaupun perit. Penulis mendoakan kesejahteraan kalian dunia akhirat. Adios!

Jangan lupa, mereka tidak pernah mengatakan tidak kepada kopi ais dan maggi goreng tanpa sayur!

Ikuti Dependent di:

Facebook

Twitter

Instagram

#EkhwanFuentes

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅