Penulis percaya, ramai yang tahu lagu ni dan ramai mula belajar main gitar dengan lagu ini. Sebelum penulis menulis lebih lanjut tentang cerita di sebalik lagu ini, fakta mengatakan, riff lagu ini adalah riff rock terbaik sepanjang masa
(rujuk disini: https://digitaldreamdoor.com/mobile/rock/songs-guitar-riffs.html?fbclid=IwAR0Ow4eKfrTgSZIbyRUhg9u10w9A8r2vx4xEGyLuJzShQkHCP4QiWxzGdWI)
Lagu ini adalah kisah benar yang mereka (Deep Purple) lalui sendiri. Pada 4 Disember 1971, Deep Purple (DP) berada di Montreux, Switzerland untuk merakamkan album menggunakan studio rakaman mobil (disewa dari The Rolling Stones dan dikenali sebagai Rolling Stones Mobile Studio – rujuk kepada lirik: Rolling truck Stones thing dan a mobile) yang ditempatkan di sebuah kompleks hiburan yang merupakan sebahagian Montreux Casino (lirik: the gambling house). Ketika sesi rakaman sebelah petang, konsert Frank Zappa and the Mothers of Invention sedang berlangsung dalam teater kasino itu. Konsert tersebut (Frank Zappa) adalah konsert terakhir di teater itu sebelum kompleks itu ditutup bagi pengubahsuaian untuk musim sejuk, yang mana membolehkan DP membuat rakaman.
Pada permulaan solo Don Preston (Frank Zappa) untuk lagu “King Kong,” tempat itu tiba-tiba terperangkap ketika salah seorang penonton menembak suar (flare gun) ke arah siling yang diperbuat daripada rotan, seperti yang disebut dalam lirik: “some stupid with a flare gun.” Walaupun tiada kecederaan teruk, tetapi api suar itu merosakkan seluruh kompleks, termasuk peralatan The Mothers. Tajuk “Smoke On the Water” yang kemudian menjadi tajuk lagu ini (dikredit kepada pemain bass, Roger Glover yang menceritakan tajuk lagu itu datang dari mimpinya beberapa hari selepas kejadian itu), dirujuk kepada asap dari pembakaran itu merebak hingga ke tasik Geneva, dan mereka (DP) melihatnya dari bilik hotel mereka.
“Kebakaran terbesar yang pernah aku lihat dan mungkin kebakaran paling besar aku lihat dalam hidupku,” kata Roger Glover. “Komplek itu besar. Aku masih ingat ketika ramai yang panik dan cuba keluar dari kompleks itu, sebab mungkin ramai yang menyangka kebakaran itu tidak sebesar itu. Tetapi bila merebak teruk, ia menjadi seperti pertunjukan api.” Lirik Funky Claude running in and out merujuk kepada Claude Nobs, pengarah Festival Jazz Montreux yang membantu beberapa penonton melarikan diri dari kebakaran itu.
Dengan hanya berbekalkan unit rakaman mobil yang mahal dan tiada tempat untuk dirakam, DP terpaksa keluar dari bandar itu ke tempat lain untuk meneruskan rakaman. Sebuah teater tempatan, The Pavilion yang dijumpai oleh Claud Nobs menjadi tempat rakaman mereka seterusnya. Selepas mereka menurunkan barang dan memulakan rakaman, jiran-jiran mula menyelar mereka kerana terlalu bising. Mereka hanya sempat merakam lagu lapisan (backing track), berdasarkan riff Ritchie Blackmore dengan tajuk sementara “Title No. 1,” sebelum polis datang dan memaksa mereka untuk berhenti.
Selepas hampir seminggu mereka mencari tempat sesuai, mereka akhirnya menyewa sebuah hotel yang separa kosong, Montreux Grand Hotel, dan mengubahsuai hotel itu menjadi studio sementara. Di sinilah terhasilnya sebuah album komersial paling berjaya, “Machine Head” yang juga memberi penghormatan kepada Claude Nobs.
Satu-satunya lagu dari “Machine Head” yang tidak dirakamkan sepenuhnya di Grand Hotel adalah lagu ini, yang telah dirakamkan sebahagiannya di The Pavilion. Liriknya ditulis kemudian, terutamanya oleh Ian Gillan berdasarkan tajuk yang Glover nyatakan kepadanya. Vokal juga dirakam di Grand Hotel.
Akibat kejadian di Montreux diterima umum apabila “Smoke On the Water” menjadi hit antarabangsa, Deep Purple membentuk silaturrahim yang kekal dengan Montreux. Lagu ini dihormati di Montreux, dengan membina sebuah ukiran di sepanjang persisiran tasik Geneva (bersebebelahan dengan statue vokalis Queen, Freddie Mercury), disertai nama anggota, tajuk lagu, dan riff dalam bentul nota muzik. Kasino baru di Montreux memaparkan nota dari riff lagu ini sebagai hiasan di pagar dalamannya.
Dalam satu episod Classic Album tentang “Machine Head,” Ritchie Blackmore memberitahu, mereka tidak meminati riff lagu ini kerana terlalu mudah. Blackmore membalas dengan membuat perbandingan dengan pergerakan pertama 5th Symphony oleh Beethoven, yang berkisar sekitar empat susunan nota yang serupa.
“Satu perkara yang mengagumkan dengan lagu itu adalah cerita di sebaliknya, dan riff Ritchie khususnya,” kata Ian Paice, “adalah seseorang yang tidak melakukannya sebelum ini, kerana ia sangat mudah dan sangat memuaskan.”
Lihat balik liriknya:
We all came out to Montreux, on the Lake Geneva shoreline.
To make records with a mobile, we didn’t have much time.
Frank Zappa and the Mothers, were at the best place around.
But some stupid with a flare gun, burned the place to the ground.
Smoke on the water, fire in the sky.
Smoke on the water.
They burned down the gambling house, it died with an awful sound.
Funky Claude was running in and out, pulling kids out the ground.
When it all was over, we had to find another place.
But Swiss time was running out, it seemed that we would lose the race.
Smoke on the water, fire in the sky.
Smoke on the water.
We ended up at the Grand hotel, it was empty cold and bare.
But with the Rolling truck Stones thing just outside, making our music there.
With a few red lights and a few old beds, we make a place to sweat.
No matter what we get out of this, I know, I know we’ll never forget.
Smoke on the water, fire in the sky.
Smoke on the water.
Durasi versi album: 5.41
Durasi versi single: 3.54
#AzamGilmour