Dirgahayu Ahmad Dhani Yang Ke-49

oleh Lim
1.8K bacaan

Ahmad Dhani Prasetyo (26 Mei 1972) atau lebih dikenali sebagai Ahmad Dhani menyambut ulang tahun ke-49 hari ini.

Beliau dikenali sebagai pemuzik, produser dan penyanyi kumpulan rock asal Indonesia Dewa 19, T.R.I.A.D, The Rock dan Ahmad Band.

Terlepas dari sisi kontroversi, Ahmad Dhani merupakan salah satu pemuzik terbaik di Indonesia. Karya-karya Dhani sebagai pemuzik tidak dapat dikira dengan jari. Dia telah mengarang banyak hits serta melahirkan ramai penyanyi dan kumpulan baru. Tentunya karya terbaiknya adalah ketika dia bersama dengan Dewa 19, sebuah kumpulan yang telah menjadi legenda di Indonesia.
Dhani telah menunjukkan minatnya dalam dunia muzik sejak di bangku sekolah SMPN 6 Surabaya. Bersama dengan sahabatnya Andra Junaidi, Erwin Prasetya, dan Wawan Juniarso, mereka membentuk kumpulan Dewa 19 pada tahun 1986. Nama Dewa adalah inisial para anggota awal mereka: Dhani, Erwin, Wawan, dan Andra. Beberapa tahun kemudian, Ari Lasso bergabung dengan kumpulan tersebut.

Album perdana yang bertajuk “Dewa 19” dilancarkan pada 1992. Album ini berjaya menghasilkan sejumlah hits seperti ”Kangen”, “Rein” dan ”Kita Tidak Sedang Bercinta Lagi”. Album ini tercatat sebagai album terlaris 1993 dan Dewa mendapat anugerah pendatang baru terbaik. Indonesia kemudian mengakui Dewa 19 sebagai kumpulan muzik pop yang dipengaruhi oleh sedikit jazz.
Sukses Dewa 19 berlanjut di album-album berikutnya. Dua tahun selepas kejayaan album perdana, Dewa 19 meluncurkan album ketiga bertajuk “Terbaik Terbaik”. Sebagaimana judulnya, album ini menjadi album terbaik yang pernah dihasilkan oleh Dewa 19. Bukan itu sahaja, Terbaik Terbaik adalah bukti betapa cemerlangnya idea Ahmad Dhani sebagai seorang komposer.

Album Terbaik-Terbaik dirakam dalam jangka masa Oktober 1994 hingga Mei 1995, dengan Dhani bertindak selaku produser. Terdapat 11 lagu dan hampir semuanya dituliskan oleh Dhani.

Yang membuat Terbaik Terbaik berasa istimewa adalah kerana Dewa 19 tidak sekadar memainkan muzik pop, tapi terdapat juga unsur rock, fusion hingga folk. Visi bermuzik masing-masing anggota membuat album ini terdengar begitu semarak.

Tetapi kemudian, seperti kebanyakan kumpulan besar, ada masalah yang berlaku di Dewa 19. Segelintir anggota ketagihan dadah, termasuk Ari Lasso. Ini menyebabkan Ari diberhentikan pada tahun 1999. Ari, dalam pelbagai cerita, mengatakan bahawa dia memilih untuk mengundurkan diri. Dewa 19 memutuskan untuk rehat dan mengeluarkan album The Best Of.

Dhani bereksperimen melalui kumpulan baru bernama Ahmad Band, yang terdiri daripada anggota Andra, Pay dan Bongky dari Slank, dan Bimo Sulaksono. Mereka menghasilkan album berjudul “Ideologi Sikap Otak”. Dibandingkan dengan penjualan album Dewa 19, album itu memang berada dalam kelas sederhana. Namun, secara pencapaian artistik, album ini termasuk juara. Album ini berjaya menghasilkan hits seperti “Distorsi”, “Bidadari di Kesunyian”, “Ode Buat Extrimist”, dan “Aku Cinta Kau dan Dia” yang ditulis Dhani bersama Bebi Romeo.

Pada tahun 2000, Dewa 19 kembali dengan formasi baru dan meluncurkan album “Bintang Lima”. Untuk mengisi kekosongan Ari Lasso, dia membawa masuk dua anggota baharu iaitu Once sebagai vokalis dan Tyo Nugros sebagai drummer. Tanpa diduga, album ini laris dan mencatatkan penjualan sebanyak 1,7 juta unit. Sampai kini, rekod penjualan ini tidak dapat ditandingi dengan album Dewa lainnya. Hampir semua lagu di album ini menjadi hits seperti “Roman Picisan”, “Dua Sejoli”, “Separuh Nafas” dan “Cemburu”.
Album seterusnya adalah “Cintailah Cinta” yang melahirkan hits seperti “Pupus”, “Arjuna”, dan “Mistikus Cinta”. Walaupun tidak dapat menandingi penjualan album Bintang Lima namun album ini mencatatkan penjualan sebanyak 1 juta unit.

Setakat ini, sebelas album telah dihasilkan Dhani bersama Dewa di antaranya, Dewa 19 (1992), Format Masa Depan (1994), Terbaik Terbaik (1995), Pandawa Lima (1997), The Best Of Dewa 19 (1999), Bintang Lima (2000), Cintailah Cinta (2002), Atas Nama Cinta I & II (2004), Laskar Cinta (2004), Republik Cinta (2006), dan Kerajaan Cinta (2007).

Meski telah beberapa kali mengalami penggantian anggota, sampai saat ini Dewa 19 masih tetap wujud dalam industri muzik Indonesia.

#SaturnsPattern

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅