Dream EP – Ceritera Bilik Tidur Judos

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.6K bacaan

Selepas Crazy Grizzly, aku cuba untuk meneroka bakat-bakat tempatan lain di Johor dan terjumpa sebuah ‘masterpiece’ iaitu Judos yang telah melancarkan EP berjudul ‘Dream’ di semua platform digital pada 10 Mac 2023. Walaupun agak terlewat, namun bukanlah halangan untuk aku membedah siasat setiap pelusuk EP ini.

Judos, sebuah kugiran yang boleh dikatakan sebutir permata tersembunyi dan dihiasi oleh lima orang anak muda iaitu Aishah (vokal), Wisy (gitar), Naza (gitar), Danial (Bass) dan Aqlan (Dram). Ditubuhkan pada tahun 2021, mereka telah membuat persembahan di beberapa siri gig di Johor Bharu dan Kuala Lumpur. Kali terakhir aku menonton mereka membuat persembahan adalah pada 11 Mac di Panggung Asia, Kuala Lumpur dan ketika itu aku tertanya, apakah penyanyinya ingin menjadi Elyana atau Liyana Fizi?

Saya melihat Judos sebagai unit yang boleh menyebarkan mesej untuk sentiasa mengimpikan apa yang kita inginkan, dan sejak sekarang semua orang boleh mendengar dan stream lagu kami dengan betul. Lagu-lagu inilah yang selalu kami mainkan dalam shows dan gigs kami. Berharap semua orang dapat sing along semua lirik ramai ramai. Hayati lagu sama sama.

Tanpa membuang masa, aku ingin berkongsi rasa bersama pembaca di luar sana tentang mahakarya ini dan mesej yang mereka ingin sampaikan.

Trek 1: Never Stop Dreaming

Permulaan yang baik. Aku sempat membayangkan diriku di awangan. Permainan synthesizer dan bunyian suara di belakang membuatkan aku seperti bermimpi sehingga trek ini tamat dan membawaku kembali ke realiti.

Trek 2: Easy

Momentum dari Never Stop Dreaming diteruskan ke dalam trek ini. Kredit buat Wisy dan Naza atas permainan gitar yang memberi perasa yang cukup. Sepanjang lagu ini dimainkan, tone vokal Aishah mengingatkan aku kepada Mercedes, vokalis Softcult di mana vokalnya seakan-akan. Keseluruhannya, trek ini telah membangkitkan rasa sangap (mengantuk) dan aku mengulangi kembali trek ini kerana tidak cukup.

Trek 3: Always

Trek ini sesuatu. Walaupun tenang di awal namun bila diamati secara mendalam, aku mendapati lagu ini ada cerita yang tersendiri iaitu kisah cinta jarak jauh tapi disampaikan secara umum dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kisah kekasih, keluarga atau kawan-kawan. Walaupun pengakhiran trek ini agak potong stim, tapi aku yakin inilah cara untuk Judos membuktikan produk mereka bagus dan boleh didengari banyak kali. Buat pengetahuan semua, Judos ada melancarkan single yang sama pada 2021 namun terdapat beberapa perbezaan dari sudut kualiti dan outro. Pendapat aku? Versi terkini lebih baik dan lebih ‘mimpi’ (hehe).

Trek 4: Sembunyi

Kenapa aku menyebut Elyana dan Liyana Fizi? Kerana trek inilah. Aku boleh bayangkan trek ini kalau dimasukkan dalam drama Dunia Baru. Aku menyukai trek ini secara peribadi kerana aku merasa muda 10 tahun. Penceritaan lagu mereka juga bagus dan aku boleh merasakan mereka cuba lari dari bunyian asal Judos dan ternyata menjadi. Cuma aku berpendapat trek ini boleh digarap lagi dengan penambahan synthesizer di beberapa bahagian namun tidak mengapa.

Trek 5: Will It Be Okay?

Trek yang mellow dan mudah difahami. Mungkin trek ini membuatkan kalian mengantuk tapi aku yakin ramai yang akan faham secara keseluruhan tentang mesej trek ini iaitu self-struggle di mana pencerita cuba untuk keluarkan diri mereka dari perkara negatif dan menerima setiap perkara yang terjadi agar akhirnya muncul kedamaian.

Trek 6: Golden Hour

Pengakhiran trek yang memberi makna. Dimulakan dengan bunyian synthesizer seperti city pop namun moden, permainan gitar dan bass memberi rasa yang cukup dan rentak dram sungguh mengujakan. Aku juga tertarik dengan vokal ‘gedik tak gedik’ di sepanjang lagu. Cuma aku merasakan efek vokal jika dikurangkan sedikit, mungkin trek ini tampak lebih gah. Kata akhir dari aku, trek ini seronok kalau kita dengar dalam kereta pada jam 6:00 petang.

Keseluruhannya, Dream merupakan permulaan yang bagus daripada Judos namun aku berpendapat jika lebihkan lagu Melayu mungkin Judos akan tampak lebih ke hadapan namun aku yakin Judos punyai sebab tersendiri untuk masa hadapan mereka. Aishah juga ada memberitahu aku tentang perancangan mereka:

Mungkin kami akan keluarkan MV untuk lagu daripada dream EP (teka mana satu). Eventhogh minggu promosi kami dah selesai. Kami akan bagi dream EP bersinar dengan caranya sendiri buat masa ini. Kami mahu menghasilkan experimental genre untuk projek seterusnya. Mungkin tahun depan? Cuba untuk menjadi lebih pelbagai tapi masih mempunyai bunyi judos yang sama. Semoga dengan itu, kita semua dapat memberi inspirasi antara satu sama lain, dan semua orang akan lebih terbuka untuk mencuba perkara baru bersama.

Tahniah Judos atas karya ini, terima kasih kerana membuatkan aku terus bermimpi. Semoga kita dapat jumpa lagi di mana-mana acara.

Ikuti Judos di:

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅