Ekspresi Depresi Dalam Irama Post-Rock

oleh Rahmat Mohd Did
1.7K bacaan

Daripada ratusan jenis subgenre muzik, rasanya post-rock pilihan paling tepat untuk mengekspresikan keresahan dan tekanan mental ke dalam bentuk lagu. Ammar Daniel (19), meneroka ruang tersebut menerusi album pertamanya, Dragon, Save Us dengan moniker My Imaginary, Tightly-Knit Rock Band pada 19 Mac 2021.

Ammar mula mendekati seni bermain gitar sejak umur 10 tahun dan mempunyai minat mendalam terhadap musik sebagai cara mengekspresi perasaan sepanjang melalui pelbagai simptom depresi.

“Album ini dibuat dengan harapan dapat menceritakan kisah seseorang yang menghadapi masalah mental dan tidak mendapat pertolongan yang diperlukan. Oleh kerana saya tidak berapa yakin dengan bakat menulis lirik, saya mahu menyampaikan mesej itu hanya dengan bunyi-bunyi instrumen.

Idea ini tercetus selepas saya mendalami genre post-rock yang dapat menyampaikan mesej dengan penuh emosi secara terperinci tanpa apa-apa kata, serta tekstur-tekstur bunyi yang memuaskan gegendang telinga. Di samping itu, saya juga terinspirasi dengan ramai penggubah lagu filem dan artis alternative rock seperti Hans Zimmer, Ramin Djawadi, Royal Blood, Muse dan Radiohead dalam usaha membentuk bunyi-bunyi yang kasar, progresif serta mempunyai elemen classical.”

Album berdurasi 36 minit ini dirakam secara Do it Yourself (DIY) oleh Ammar dan mendapat khidmat Najib Basirun untuk rekaan kulit hadapan. Dari segi hasil rakaman dan permainan secara keseluruhan, banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki, tetapi penulis memuji beliau dari aspek idea penulisan lagu yang sangat baik dan sampai ke jiwa pendengar. Terasa sayu dan seram juga di beberapa bahagian bila mendengarnya.

Dalam trek keempat, Untreated, Ammar turut memasukkan elemen spoken words, memecah stigma dalam masyarakat yang selama ini takut dan segan untuk meluah pengalaman depresi dan keadaan kesihatan mental masing-masing. Ia mungkin sekadar luahan perasaan tentang betapa penatnya menghadapi episod demi episod keresahan dan tekanan, namun dari sudut psikologi, ia juga memberi kelapangan jiwa dan mengajak pendengar lebih berani berdepan situasi sama.

Ikuti Ammar Daniel di:

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅