Era Baharu Rilisan Fizikal?

oleh Anome
2.5K bacaan

Penulis: Anome

Baru-baru ini, industri muzik antarabangsa dikejutkan dengan situasi hura-hara dalam industri pemprosesan rekod piring hitam. Permintaan pengeluaran yang luar biasa, kos penghantaran yang meningkat berkali ganda, kegusaran terhadap kekurangan bahan mentah serta minat baharu oleh syarikat-syarikat label besar telah menyebabkan kelewatan dalam produksi.

Produksi piring hitam biasanya mengambil masa lebih kurang 20 minggu, namun disebabkan masalah yang dihadapi tatkala ini, jangka masa yang diambil meningkat kepada10 minggu hingga ke 12 bulan. Jangka masa ini tidak termasuk kesilapan teknikal kelewatan, salah pengeluaran, serta penghantaran. Jika dipetik ciapan di laman Twitter Laura Jane Grace, vokalis kepada kugiran punk rock Against Me!, jika anda di dalam kugiran dan anda tidak berjaya menyiapkan rekod album terbaru sebelum berakhirnya tahun 2021, rilisan vinyl anda mungkin akan siap pada tahun 2023.

Secara peribadinya, penulis merasakan para pemuzik tempatan yang dalam proses mahupun dalam perancangan untuk mengeluarkan demo, extended play (EP) dan album, jika mengalami masalah kewangan untuk mengeluarkan material fizikal rasmi, mungkin boleh cuba keluarkan fizikal rasmi dalam bentuk pemacu USB seperti Drama Band dengan album sulungnya, DRAMA. Setakat pengetahuan penulis, hanya Drama Band sahaja band tempatan yang menjual album mereka dalam bentuk pemacu USB. Trend ini bagaimanapun sangat popular di luar negara di mana album atau kompilasi ini dicetak dengan nilai sentimental dan turut memuatkan kandungan digital eksklusif di dalamnya.

Zaman berubah, tak semua pendengar muzik masih merasakan bahawa format CD masih relevan. Mungkin para pemuzik tempatan secara perlahan-lahan boleh beralih ke format pemacu USB bagi mempelbagaikan pilihan format rilisan fizikal sedia ada.

Salah satu masalah yang wujud dengan rilisan fizikal seperti CD, kaset, dan juga piring hitam (Vinyl/LP) adalah pada pemainnya. Setiap jenis format fizikal memerlukan pemainnya yang tersendiri. Jika ada pemain 3-dalam-1 atau 2-dalam-1 sekalipun, harga pemain tersebut mungkin lebih mahal jika dibandingkan dengan pemain jenis tunggal. Dibandingkan dengan pemacu USB, ianya boleh diakses di mana-mana seperti di dalam kereta, di komputer riba, pembesar suara dan sistem audio, serta lebih banyak julat pilihan yang tersedia.

Jika para pemuzik tempatan mula mengeluarkan rilisan dalam bentuk pemacu USB pula selepas ini, penulis menjangkakan akan lebih banyak capaian pendengar bagi para pemuzik terutama sekali terhadap para pendengar ‘otai’ yang kerap berzikir ‘rindu indie’ tetapi tidak berusaha untuk meneroka kumpulan-kumpulan muzik tempatan yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas ‘Hujan’.

Secara peribadi, jika apa yang dicadangkan jadi realiti, penulis merasa akan ada impak besar dalam scene lokal, mungkin tidak secara drastik, tetapi secara perlahan-lahan kita akan nampak perubahan yang akan merevolusi konsumsi muzik di masa hadapan.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅