‘Jangan Khianati Aku’ Pertaruhan Berbisa Dari Azlan & The Typewriter

oleh Esa Zuan
2.1K bacaan

Tahun 2019, Azlan & The Typewriter kembali dengan single padu hasil tulisan sepenuhnya oleh Dark (Azlan) . Sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan peminat pada Azlan dan turut menjadikan lagu ini tema dalam drama TV3, Pesan Pada Hati.

Tak dinafikan, vokal Azlan lebih mendominasi keseluruhan lagu dari awal hingga akhir. Gesekan biola dan cello dari unit kecil orkestra yang sangat indah juga tenggelam dengan keberkesanan vokalnya.

Sebagai contoh, persembahan live akustik Azlan di Muzik Muzik ini terdapat gangguan teknikal pada bunyi gitar. Seolah-olah Azlan hanya menyanyi tanpa sebarang instrumen langsung, vokal semata.

Walaupun begitu, hasilnya masih lagi tidak gagal bila vokalnya saja sudah cukup mantap untuk persembahan itu. Macam penulis katakan, pakej vokal Azlan adalah main dish. Menu lain tak perlu sampai pun boleh tersenyum kenyang.

Bahagian sebutan ‘khianati’ paling terkesan pada setiap pendengar. Merinding dibuatnya bila tiba bahagian itu. Nampak gaya, Azlan langsung tak beri peluang orang lain mencuba untuk sadur lagunya. Kalau berani, anda boleh cuba.

Sekadar beranalogi, bahagian khianati itu ibarat mengkahak tepat pada mantan kekasih yang khianat, seperti v-tec kicked in bila kereta kau kena tinggal, bagai libasan tali pinggang bapa buat anak degil. Begitulah yang dapat digambarkan pada perkataan khianati yang dihitung lima kali berada dalam lagu itu.

Susunan muzik terbaik yang terjalin antara komposisi lagu dan lirikalnya juga boleh dikatakan kuat untuk karektor Azlan. Dengan energinya yang saling tak tumpah sewaktu zaman Laguku Untukmu kira-kira 13 tahun lalu. Diakui, Azlan adalah aset industri tanah air kita. Tak pernah gagal.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅