Loius Amstrong: Pemuzik Jazz Jalanan Yang Berjaya

oleh Aqil Syakir
3.4K bacaan

Penyanyi/ seniman Jazz yang terkenal di seantero dunia, Louis Amstrong, bukan sahaja mempengaruhi para peniup terompet, malah muzik jazz secara keseluruhan dari segi lantunan vokal dan alunan alatan muzik Jazz.

Selain daripada kehebatannya dalam menyusun muzik dan idea-idea melodi yang kreatif, dia juga terkenal sebagai penyanyi dan pemain muzik yang ghairah ketika menyampaikan lagu. Dia telah meninggalkan kesan besar dalam seni muzik Jazz.

Belajar Bermain Cornet Ketika Dikurung Dalam Rumah Tahanan

Louis Daniel Amstrong keluar dari rahim ibunya pada 4 Ogos 1901 di New Orleans, Amerika Syarikat. Amstrong membesar dalam keluarga yang sangat miskin sampaikan dia terpaksa berhenti sekolah pada usia muda. Ayahnya telah meninggalkan keluarga semasa dia dilahirkan.

Bakat Muzik Amstrong sebenarnya sudah lama menonjol sejak muda lagi. Dia telah berkolaborasi dengan kuartet vokal dan lepak di tepi jalan sambil melakukan persembahan nyanyian bersama mereka.

Tanduk setan telah muncul di kepalanya sampaikan terpaksa dimasukkan ke Rumah Colored Waifs (rumah tahanan). Berdasarkan laporan Daily Picayune, dia telah ditangkap bersama dengan lima orang budak atas alasan berkelakuan bahaya dan pelik.

Sebenarnya kehidupan Armstrong di dalam rumah tahanan bukanlah mimpi buruk kerana dia telah mempelajari cornet dan banyak lagi alatan muzik. Selepas itu, dia berhasrat untuk menjadi seorang ahli muzik professional.

Kehebatan Armstrong dalam bermain cornet telah menarik perhatian seorang pemain cornet professional, King Oliver. King telah menjemput Louis untuk melakukan sesi latihan amali.

Pada 1919, King berhijrah ke tempat lain dan Armstrong meneruskan karier muziknya dengan menyertai kumpulan muzik Jazz New Orleans. dia telah melakukan persembahan di kapal-kapal yang melalui Sungai Mississippi.

King kembali bertemu Armstrong pada 1922 lalu menjemput dia untuk menyertai kumpulan muzik Jazznya, Creole Jazz Band di Chicago. Namun, Armstrong hanya sempat membuat rakaman muzik sekali sahaja bersama mereka.

Mulutnya sangat hebat dalam melontarkan vokal lunak ketika scat singing

Armstrong berhijrah ke New York pada 1924 untuk meluaskan sayapnya dalam karier muzik Jazz. Dia telah berkolaborasi dengan seorang pemain piano bernama Fletcher Handerson dan memfokuskan kareer solo dalam gaya muzik Jazznya sendiri yang digelar Hot Jazz.

Tak lama sebenarnya Armstrong jadi penyanyi Jazz solo kerana dia menubuhkan kumpulan Jazz sendiri pada 1925. Dia juga membuat rakaman muzik bersama dengan para penyanyi blues yang terkenal pada masa itu dan salah satunya Bessie Smith.

Pada 1925 hingga 1928, Armstrong juga memimpin rakaman muzik untuk kumpulan Hot Five yang dianggotai Kid Ory, Johnny Dodds, dan Lil Hardin. Antara lagu yang sempat dirakamkan:

  • Comet Chop Suey (1926).
  • Big Butter and Egg man (1926).
  • Potato Head Blues (1927).
  • Sruttin With Some Barbecue (1927).
  • West End Blues (1928).
  • Weather Bird (1928).

Dalam rakaman muziknya, ia telah diakui sebagai karya yang paling bermakna untuk muzik Jazz. Hal ini kerana Armstrong telah menukarkan gaya Muzik Jazz New Orleans kepada gayanya sendiri. Dia telah menggantikan cornet kepada trompet dan memainkan not-not tinggi yang impresif.

Menjelang 1930 hingga 1940, Armstrong mengetuai sebuah kumpulan muzik besar sehingga mendapat populariti di Eropah.

Oleh kerana kumpulan-kumpulan muzik besar mengalami kemunduran, Armstrong telah membentuk septet (kumpulan yang mempunyai tujuh orang) bernama All Stars. Septet itu menjadi platform untuk dia mencurahkan banyak idea dalam pembikinan muzik Jazz sehingga 1968.

Armstrong seorang yang sangat disayangi oleh para peminatnya, sehingga mendapat banyak nama gelaran:

  • Dippermouth.
  • Satchelmouth.
  • Ambassador Satchmo.
  • Satch.
  • Sweet Papa Dip.
  • Pops.

Bukan itu sahaja, Armstrong juga merupakan pelopor utama scat singing (nyanyian suara tanpa kata-kata atau lirik formal) melalui lagu Hibbies Jeebies . Keunikan vokalnya menjadikan beliau sebagai penyanyi Jazz yang terkemuka di dunia.

Anda boleh menonton video ini kalau nak tahu apa itu scat singing:

Ada juga lagunya yang pernah memenangi anugerah seperti Lagu Hello Dolly. Ia telah mendapat tempat pertama dalam majalah Billboard dan Grammy Award.

Gila babi Armstrong ini kerana selain muzik Jazz, dia pernah menceburi bidang lakonan. Bukan sahaja hebat dalam lakonan, malah dia ialah orang kulit hitam pertama yang muncul di filem-filem Amerika. Dia pernah berlakon untuk 50 buah filem.

Antara filem yang pernah dibintangi:

  • Pennies From Heaven (1936).
  • Cabin in the Sky (1943).
  • New Oreleans (1947).
  • Satchmo the Great (1957).

Louis Armstrong Dijemput Ilahi Semasa Lena Dibuai Mimpi Terakhir

Menjelang tahun 1968, gaya hidup Armstrong semakin merosot. Masalah jantung dan ginjal memaksanya berhenti berprestasi pada tahun 1969. Armstrong menghabiskan sebahagian besar tahun itu di rumah, tetapi berjaya terus berlatih trompet setiap hari.

Pada 1970, Armstrong dibenarkan untuk tampil di depan khalayak ramai dan bermain trompet. Selepas persembahan di Las Vegas, dia mula melakukan persembahan di seluruh dunia, termasuk di London, Washington D.C. dan New York (dia tampil selama dua minggu di New York’s Waldorf-Astoria).

Namun, serangan jantung menimpanya dua hari selepas pertunjukan di Waldorf.

Armstrong pulang ke rumah pada bulan Mei 1971, dan dia masih mahu kembali bermain trompet dan berjanji untuk tampil di depan umum sekali lagi. Namun, dia akhirnya meninggal dunia dalam tidurnya pada 6 Julai 1971, di rumahnya di Queens, New York.

Karya muzik Armstrong masih diingati sehingga sekarang dan menjadi bahan rujukan untuk pemain muzik Jazz.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅