Mekynoza Semakin Dewasa Dalam ‘Harapan’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
3K bacaan

Kugiran Rock Alternatif, Mekynoza baru sahaja melancarkan single kedua mereka iaitu Harapan di semua platform muzik digital pada 8 Oktober 2021.

Lima orang anak muda ini pernah menggegar industri muzik tanah air dengan single pertama mereka pada 2020 iaitu Bila Esok yang mendapat 14,026 tontonan di YouTube dan meneruskan momentum pada tahun ini dengan single terbaru.

Sejujurnya, penulis agak terkejut kerana untuk single ini mereka membawakan elemen yang berbeza berbanding single sebelum ini. Gerakan berani mati ini penulis klasifikasikan sebagai ‘Barang Jadi’ kerana inilah yang kita perlukan iaitu sebuah dinamik. Jarang penulis nampak band/ artis yang membawakan dinamik yang ada naik turun dalam single mereka. Selalunya semua nak henjut rock n roll tapi kali ini mereka pandai bermain dengan emosi manusia.

Menurut Syahir sebagai vokalis, single ini menceritakan tentang diri sendiri yang sedang bermonolog dengan “insan” yang dipanggil “Harapan.” Jika dilihat bait lirik “Dan hapuskanlah resah hatiku/Fikiran ku buntu kian celaru/Jangan biarkanlah aku terjatuh/Dan bawalah aku tuk bersamamu/Bersamamu”, ini seolah-olah beliau memohon kepada “Harapan” supaya jangan pernah berhenti untuk ada bersama dan single ini juga merupakan acah awal untuk material mereka yang seterusnya.

Menerusi proses penciptaan lagu, penulis diberitahu oleh Amirul(gitaris) bahawa asalnya mereka ingin membuat lagu yang lain namun terhenti di separuh jalan. Oleh itu mereka terpaksa menempuhi beberapa proses dari sudut susunan lagu dan permainan instrumen dan akhirnya menemui jalan penamat. Kehadiran Fai dari Haifai Works banyak membantu mereka dari pra-produksi hingga ke adunan dan mastering seterusnya menjadi sebuah produk yang segar. Cuma sedikit komen dari penulis, mungkin jika diletakkan sedikit elemen warm analog pada adunan mungkin akan jadi lebih baik namun tidak mengapa kerana ini sudah mencukupi.

Namun timbul sedikit kekecewaan di korus akhir apabila mereka cuba melakukan transpose tetapi seakan tidak menjadi. Penulis juga mempersoalkan kredibiliti vokalis dalam melontarkan vokal beliau kerana agak potong di situ, entah di mana silapnya. Mungkin vokalis diminta oleh jurutera rakaman untuk menyanyikan sebegitu rupa atau lain-lain masalah teknikal yang dihadapi. Penulis menjangkakan vokal yang diberi di korus akhir lagu sedikit tinggi namun tidak kesampaian dan mengharapkan mereka ambil berat tentang ini. Lagu ini bukanlah sebuah lagu yang tidak bagus namun jika diberi masa yang cukup lebih-lebih lagi pengisian vokal yang mantap mungkin lagu ini akan jadi lebih berkualiti.

Sejujurnya naskah yang ditampilkan Mekynoza ini merupakan produk yang baik dan mengingatkan penulis kepada Nastia disebabkan vibe yang diberikan dan penulis pasti Mekynoza akan bergerak lebih jauh di masa hadapan.

Tahniah buat Mekynoza atas single yang memberikan sedikit kesan kesedihan dalam hati penulis. Semoga kalian terus sukses di masa hadapan dan penulis mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat. Adios!!

Ikuti Mekynoza di:

Twitter

Instagram

Website

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅