‘Padang Perahu’ – Kisah Kekeluargaan Karya Since We Can Play

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.2K bacaan

Kali pertama aku menonton persembahan langsung mereka adalah pada 18 Februari 2023 di Johor Bahru bersempena pelancaran album Ali Idris dan Para Penonton. Kini mereka hadir dengan single terbaru bertajuk Padang Perahu menampilkan Ali Idris.

Berasal dari Terengganu, trio Midwest Emo ini menampilkan tiga orang insan bertuah iaitu Daod (Gitar dan Vokal), Zahar (Bass) dan Ameel (Dram). Bermula pada 2021, mereka telah melancarkan beberapa single di saluran YouTube dan kali ini melangkah satu tapak lagi ke hadapan dengan menjemput Ali Idris untuk berkolaborasi.

First time kami jumpa Ali Idris di Hujan September Album tour, Kami dijemput oleh Zuki SPUNKDOK sebagai Opening untuk gig tersebut. Kenal sebelum ni melalui facebook. Keesokannya jumpa lepak minum pagi bersama Ali dan aku mengambil peluang menjemput beliau untuk bersama menyumbangkan suara untuk lagu ni. Memandangkan suara Ali ni sedap, lembut, lemah gemalai, tapi yang paling penting dia seorang yang sangat komited dalam menjayakan single ini. Walaupun jarak jauh antara JOHOR dan TERENGGANU, Ali Sanggup datang untuk proses rakaman Music Video ni. Tabik Spring buat Ali Idris.

Padang Perahu berkisarkan hubungan antara adik dan abang yang bertelingkah disebabkan salah faham. Menurut Ameel, seberat apa pun dugaan, pergaduhan yang terjadi, pertalian darah takkan pernah putus ibarat air dicincang takkan putus. Beralah untuk menjaga perhubungan itu lebih baik daripada memutuskan silaturahim.

Asalnya lagu ni kami tulis untuk EP kami yang akan datang, tapi setelah persetujuan ahli band, kitorang keluarkan dulu single ni sebagai pengenalan untuk SWCP.

Menjadikan Tiny Moving Parts sebagai pengaruh utama, aku merasakan kugiran ini mempunyai keunikan yang tersendiri dari sudut riff gitar dan lirik yang luar dari kebiasaan. Selepas Mascot, aku juga menjumpai beberapa kugiran seperti Playburst, Insiden Ruang Legar dan kini Since We Can Play turut serta. Untuk permainan instrumen aku rasa tiada masalah cuma aku berpendapat vokal Daod dan Ali boleh digarap lagi kerana aku merasakan kurang perasa. Produksi juga agak kurang entah di mana silapnya dan pihak yang terlibat harus cakna dengan perkara sebegini. Selebihnya memuaskan.

Aku juga diberitahu oleh Since We Can Play di mana mereka sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan buah tangan pertama iaitu EP dan berharap dapat dilancarkan pada tahun ini juga.

Buat semua yang sudi mendengar single kami, kami mengucapkan terima kasih tak terhingga dan keep on supporting us dengan follow kami di instagram, facebook, youtube dan tik tok.

Tahniah atas pelancaran ini, pihak Music Addicts Malaysia mendoakan kesejahteraan kalian dan teruskan bermuzik kerana jarang sekali Terengganu mempunyai produk sebegini. Jumpa lagi di masa hadapan.

Ikuti perkembangan Since We Can Play di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅