Pembuka ‘Waktu’ Tahun Baharu dari Adib Zahar

oleh Mohd Asyraf Firdaus
2.3K bacaan

Sejurus sahaja menerbitkan single pertama yang berjudul Akur, Adib Zahar meneruskan momentum dengan menerbitkan sebuah lagi single baharu iaitu Waktu. Nukilan bunyian yang dihasilkan sepenuhnya oleh Kuroy dan Kamarul dari Produksi Karya Positif ini telah disiarkan melalui saluran Youtube Karya Positif pada malam tahun baru 2022. Lagu ini menceritakan tentang kita yang hidup sebagai seorang manusia di muka bumi Tuhan yang sering dikaitkan dengan masa. Masa juga boleh jadi lapang mahupun sempit. Namun nikmat yang paling tak ternilai adalah Tuhan mengurniakan masa lapang kepada hamba-hambanya. Pabila saat kiranya kita dikurniakan masa lapang tetapi disia-siakan, maka jelaslah kita berada dalam kondisi yang amat merugikan kerana perkara sejak awal lagi telah dipesan oleh Tuhan. Dalam pada itu, semakin hari berlalu pergi semakin hampir kita semua dengan hari kematian. Jadi sebagai peringatan buat semua gunakanlah masa yang ada dengan sebaiknya.

Jika diterjemahkan dalam ayat, lagu ini serba klasik dari segi melodi tetapi penuh dengan pengisian. Sesuailah dengan unsur nasihat yang diselitkan. Susunan bunyian yang dibawakan pula jika ditranlasikan kepada telinga pendengar di luar sana pastinya mereka akan merasakan gelombang unsur-unsur nasyid moden yang sangat kuat telah berjaya diadun bersama di dalam lagu ini.  Pada minit pertama penulis mendengar Waktu, Adib seakan menarik dan membawa penulis ke zaman 90-an dan awal 2000an sewaktu era kegemilangan lagu-lagu sebegini. Unsur tersebut sangatlah kuat kerana pengunaan melodi dan permainan synthesizer yang menggunakan sampel bunyian retro menjadi nadi utama penghasilan lagu. Namun, apa yang wajar dipuji adalah vokal yang dilontarkan oleh Adib ini semamangnya “masuk” dengan lagu-lagu sebegini. Vokal yang agak mendayu, tetapi okeylah kan nama pun lagu-lagu nasyid, nasihat yang disampaikan melalui lirik juga jelas didengari dan mudah difahami kerana lirik yang ditulis secara straightforward.

Memandangkan lagu ini juga diterbitkan sekali bersama video muzik (MV), tangkapan setiap adegan dalam video dan juga colour grading yang diaplikasikan sangatlah baik dan sinematik. Cuma apa yang penulis rasakan boleh ditambah baik adalah perlunya beberapa orang talents atau watak sampingan untuk menghidupkan lagi penyampaian mesej yang terdapat dalam lagu. Adegan yang ada dalam MV ini dilihat cuma dirakam terlalu ringkas kerana hanya menunjukkan video Adib yang sedang menyanyi yang berbeza lokasi. Akan tetapi, kita perlu faham bakat baharu yang muncul masih lagi belum ada struktur kewangan yang benar-benar kukuh jika ingin merakamkan muzik video yang lebih gempak dan versatil.

Jutaan tahniah buat Adib Zahar dan seluruh kru serta Label Muzik Produksi Karya Positif yang telah berjaya merealisasikan single kedua ini untuk diperdengarkan dan dipertonton di khalayak umum. Bukan mudah untuk kita lihat penyanyi solo yang berjiwa besar seperti Adib ini. Kami di MAMY mendoakan agar jenama Adib Zahar akan dikenali lebih ramai lagi.  Penghormatan wajar diberikan kerana Adib sedang cuba menghidupkan kembali genre Islamik sebegini yang pastinya akan melalui fasa revival oleh beliau sendiri.

Ikuti Adib Zahar dan Youtube Channel Produksi Karya Positif dengan menekan pautan:

Facebook

Instagram

Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅