Hancur Dan Musnah! Bait lirik ini seolah-olah menghamburkan amarah dan ketidakpuasan hati Imperial Dyslexia (IDX) dalam single pertama mereka iaitu Figura Idola yang telah diluncur pada 16 September 2023 di saluran YouTube.
Ditubuhkan pada tahun 2020, Imperial Dyslexia merupakan kugiran baru dihiasi oleh wajah yang biasa kita lihat di sirkit gig. Aku tertanya juga kenapa munculnya kugiran ini, tapi aku tahu mereka mempunyai visi tersendiri untuk memastikan metal itu benar dan tidak mati ditelan zaman. Menurut Naz:
Sebahagian ahli band IDX pernah beraksi dengan band lain sebelum ini dalam lokal scene Malaysia macam Zawawi (Volalis) dari Identity, Shazwan (Gitar pertama) – Orphelisk dan Carthreena, Naz Mikanaz (Bass) – Carthreena, Fazi Nashriq (Dram) – Frost Revenge, Predicate Not Defined dan Lakes & Snadders, Azizi (Gitar kedua) dan Fairuz (keyboard) baru direkrut dalam band IDX dan masih baru dalam lokal scene. Cuma kali ini, IDX bergerak seperti suatu ‘penebusan’ untuk menzahirkan apa yang tidak tercapai dengan band lama dahulu.
Menurut beliau lagi, IDX juga telah menetapkan misi dan visi yang lebih jelas kali ini di mana mereka cuba untuk menyiarkan seberapa banyak lagu yang menyampaikan mesej secara tersirat atau tersurat untuk pemahaman umum yang berfikiran kompleks serta meneroka sejauh mungkin dalam skena muzik alternatif Malaysia dan Indonesia.
Untuk single ini, Awal-awal lagi IDX dah tunjuk taring mereka. Figura Idola dimulakan dengan straight forward metalcore yang membuatkan kepala tidak henti berpusing dan mosh. Masuk ke saat 0.52, segalanya berubah apabila elemen deathcore disuntik dan membuatkan setiap jiwa meronta dalam amarah. Aku merasakan single ini merupakan single yang berjaya dari sudut menggabungkan elemen metalcore dan deathcore yang pernah menggegar dunia circa lewat 2000an.
Figura Idola menitipkan kritikan terhadap pemujaan fanatik terhadap persona apa pun, yang boleh berakhir dengan kerosakan dari sudut kepercayaan diri dan menciptakan dunia distopia secara holistik. Secara jujurnya, tema rosak dibawa oleh IDX selari dengan irama amarah Zawawi dan kerja gitar juga amat bagus lagi-lagi di bahagian solo yang cukup sifat. Cuma aku berpendapat synthesizer boleh tambah layer lagi dan mungkin bunyian post-fx boleh diletakkan juga agar dapat memberi pengalaman yang hebat buat pendengar.
Paling penting di sini, aku agak terpegun dengan suara jantan Zawawi yang patut diberi kredit. Jarang juga aku jumpa tukang jerit yang mempunyai semangat sebegini. Cuma aku terkejut kerana tidak menyedari lagunya berdurasi 4 minit 52 saat. Sedap sampai tak sedar boh.
Panjang lagu ini masih dalam kategori durasi normal untuk sebuah lagu metal. Cukup masanya untuk IDX letak extra riff dan dual solo gitar. Teaser sikit, IDX juga ada lagu yang lebih panjang untuk rilisan akan datang. Nantikan kejutannya nanti.
Mereka juga memilih Sendart dari Sendart Production sebagai jurutera bunyi untuk proses mix and master kerana beliau lebih mahir dalam penerbitan muzik metal. Selain seorang yang begitu teliti dengan setiap aspek dalam penghasilan sesebuah lagu, beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar.
Menurut Naz, IDX kini dalam proses untuk menyiapkan album penuh dan akan memastikan lagu-lagu mereka mudah diakses di platform digital, selain meluaskan pengaruh IDX dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia.
Secara keseluruhannya, produk pertama IDX aku klasifikasikan sebagai cemerlang dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh para penganjur. Dengan semangat metal itu benar, aku yakin mereka mampu mendapat tempat di hati pendengar muzik keras.
Ikuti perkembangan Imperial Dyslexia di: