Persona Baharu Masyghul Dalam “Din”

oleh Aniq Ammar Ekhwan
3.3K bacaan

Kugiran Grunge/Alternative Rock, Masyghul telah melancarkan single terkini mereka, Din di YouTube pada 11 Jun 2022.

Buat yang baru mengenali, sebelum ini penulis pernah membuat liputan berkenaan kugiran ini menerusi single Ramen di mana mereka membawakan elemen Butter Sound. Kali ini mereka kembali dengan sesuatu yang boleh dikatakan keluar dari zon selesa mereka sebagai sebuah unit.

Menurut Eddy (vokalis), ilham single ini bermula daripada sebuah lagu Dolly Parton iaitu Jolene. Jika diamati secara teliti, lirik lagu tersebut lebih kurang sama dengan apa yang beliau tulis dalam Din. Bezanya Eddy sampaikan melalui perspektif sebagai seorang lelaki dalam Bahasa Melayu dan semestinya sentuhan rock alternatif/grunge telah dimasukkan ke dalam lagu ini. Bertanya tentang konsep, berikut adalah jawapan Eddy:

Konsep yang kita bawakan tak lari banyak dari single sebelum ni, in fact it’s more simple and straight forward grunge song. I just use 3 chords for this whole song, haha. Selalunya kita dengar banyak lagu dari band tempatan menggunakan nama perempuan sebagai tajuk. But this time i try different approach which is put a man’s name into it. Even Franz Ferdinand already doing that with their song named “Michael”.

Dari segi instrumen, elemen kotor yang dibawakan oleh pemain gitar mereka tampak sistematik dan rabak. Bukan itu sahaja, penulis agak tertarik dengan lenggok bass mereka sepanjang lagu ini. Sungguh mengancam dan mengingatkan penulis kepada beberapa lagu Muse. Tidak terhenti di situ, lirik yang dilontarkan juga easy listening dan penulis sempat menghentak kaki membayangkan insan bernama Din ini dipijak kerana cuba untuk merampas kekasih orang. Persoalan penulis di sini, kenapa Din? Cukup sekadar di situ sahaja.

Dari segi adunan dan mastering penulis boleh katakan mereka mencapai standard piawaian muzik di Malaysia namun boleh diperbaiki lebih-lebih lagi di bahagian gitar. Jangan salah anggap, penulis merasakan Eddy boleh melakukan lebih baik dari segi bunyian agar lebih mentah, kotor, dan berbisa. Kata grunge, bunyi mestilah kena rabak! Selebihnya? Memuaskan.

Penulis sempat bertanya tentang apa perancangan Masyghul pada tahun 2022 dan ini merupakan jawapan Eddy sebagai tunjang utama:

For Masyghul, we just want to gain little bit more recognition and a listener to our music, not only limited to independent but to everyone. Some might think that we’re just a typical Nirvana Butter-ish grunge band, tetapi aku ingin membuktikan yang aku ada cara aku yang tersendiri dalam penulisan and komposisi lagu. Kedua, aku sebenarnya dah berkurun tak main gig (sambil berseloroh), setidaknya dapat jemputan main 1-2 gig pun ok kot nak lepas geram sambil dapat exposure in live music scene, haha.

 

Oh ya, aku ada beberapa lagu yang belum rekod, yang aku rasa wajib dimuatkan dalam EP yang aku rancang nak keluarkan maybe pada penghujung 2022 ni. Dan EP ni juga aku bercadang nak keluarkan dalam bentuk fizikal jugak, which is in CD, with artwork cover, inlay etc. At least dapat release satu EP tahun ni aku dah rasa puas hati (kot). Sejujurnya karya muzik dan seni ni aku rasa aku tak boleh nak simpan lama dalam otak, kene jugak luahkan no matter how positive or negative penerimaan orang, yang penting aku sendiri yang kena puas hati dulu.

Konklusinya, single Din membuktikan Masyghul telah keluar dari kepompong selesa mereka dan lari daripada konsep sebelum ini. Walaupun mereka memainkan muzik yang bukan menjadi kebiasaan, penulis merasakan single ini boleh pergi jauh dan alangkah baiknya jika single ini dimuatnaik ke dalam beberapa OST Drama yang bertemakan perampas. Komposisi Eddy tidak perlu dipertikaikan lagi kerana beliau memang seorang yang genius dan kacak!

Terima kasih buat Masyghul dan tahniah atas pelancaran Din. Semoga kalian terus maju dan mampu membawa surat cinta dari 90’an. Semoga kita dapat bertemu suatu hari nanti. Adios!

Ikuti Masyghul di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅