Polaris Terus Progresif!

oleh MAMY Editor
2.1K bacaan

Dalam single pertama mereka; Arpeggio Tryst, nuansa muzikal Polaris lebih kepada post-rock, grunge dan sedikit alternative metal. Melalui single terbaharu; Siqlab Run, mereka meneroka sisi lebih berat dan bereksperimen dengan elemen-elemen stoner rock, atmospheric metal dan progressive metal sebagai teras.

Apa yang menarik dengan sound band asal Petaling Jaya, Selangor ini adalah ‘ketidaksempurnaan’ dan huru-hara dalam sound mereka, terima kasih kepada Mokhtar Rizal dari iSeek Music Studio yang sudah terbukti kepakaran teknikalnya dalam ‘menghidupkan’ jiwa setiap band di bawah kendaliannya. Sound Polaris amat berbeza berbanding majoriti karya band-band prog metal lain yang ‘hampir sempurna’ tanpa cacat cela. Ia lebih manusiawai, membumi dan terasa seperti dimainkan secara langsung di sebuah pub kecil yang sempit dan dipenuhi kabus asap rokok. Klasik!

Menurut mereka, makna di sebalik ‘Siqlab Run’ adalah tentang anti-konformiti yang didiamkan, kemudian memakan diri sendiri. Secara ringkas, ia adalah satu kontradiksi dalam pemikiran: “I closed my mouth and spoke to you in a hundred silent ways.”

Polaris adalah:

Shahrul: Gitar

Saiful: Gitar utama

Arif: Dram

Azmir: Bass

Ikuti mereka di:

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅