Ini bukanlah kisah Victor melawan Raja Angkasa, tetapi tentang sebuah kugiran dari Kuala Lumpur/ Selangor yang menggelarkan unit mereka sebagai Dewataraya MY.
Baru sahaja ditubuhkan pada bulan Februari 2019, Dewataraya yang dianggotai oleh Nawi (vokal/ gitar), Najmi (gitar), Hakim (bass), Aqmal (gitar), Adiel (drum) dan Zahar (drum/ perkusi) ini mempertaruhkan irama folk/ psychedelic dan sedikit sentuhan proggresive rock.
Pertama kali mendengar lagu mereka, penulis terus tertarik dengan lantunan suara Nawi yang sering tak tumpah dengan penyanyi lagenda Malaysia, Datuk M. Nasir.
Menariknya, kesemua lagu-lagu mereka punya identiti tersendiri dan agak berbeza dengan apa yang ada di pasaran bawah tanah sekarang.
Dewataraya telah menerbitkan single pertama mereka yang berjudul “Timur” di platform-platform digital pada 25 Januari 2020 dan menerbitkan single kedua berjudul “Bisikan” pada 26 April tahun yang sama.
Selain itu, mereka juga turut menerbitkan sebuah live EP yang dirakam sepenuhnya di Sarang Suara Studio, Seri Kembangan dan turut diiringi video rakaman live yang boleh ditonton di sini:
Timur – Dewataraya (Live EP 2020)
Pada hemat penulis, Dewataraya adalah sebuah kugiran yang sangat menarik dan perlu diberikan perhatian sewajarnya. Penulis tidak tahu samada perlu atau tidak untuk meniru suara M. Nasir, tetapi dari segi muzik, penulis sangat suka dengan bunyian old school sebegini. Ia longgar, mentah dan kedengaran sangat jujur. Pendek kata, berhantu!
Dengarkan mereka di Spotify dan berikan komen kalian di bawah.
#Thunderstrike