‘Rotten Fantasy’ – Ruangan Melankolik Smesta

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.2K bacaan

Do or die. Itu ungkapan penulis setelah mendengar rilisan terbaharu dari sebuah kugiran yang diberi nama Smesta di mana mereka baru sahaja melancarkan EP bertajuk Rotten Fantasy pada 17 Februari 2023 di semua platform strim digital.

Kali pertama penulis mendengar nama mereka adalah sewaktu Mascot membuat pelancaran album mereka di Moutou KL dan Smesta juga membuat persembahan pada hari itu dan penulis berkesempatan menonton mereka di Insider Satelite Ipoh di acara Jemson Pre-Tour Party. Jika dilihat pada keseluruhan set persembahan, mereka sungguh mengujakan dan penulis seakan-akan terbang di awangan.

Smesta merupakan sebuah unit baharu yang bertapak di Lembah Klang dan dianggotai oleh 6 orang anak muda berjiwa besar iaitu Kopi (Vokal), Adams (Gitar Utama, vokal sokongan), Zakuan (Gitar Kedua), JB (Bass), Mior (Kibod) dan Puteq (Dram). Jika dilihat pada keseluruhan kugiran, mereka menggabungkan grunge, emo, punk rock, shoegaze dan folk serta mereka membawakan elemen muzik kasar dan lirik yang beremosi membuatkan penonton boleh mengaitkan kehidupan mereka bersama lagu.

We just be ourselves, constantly experiment with each of our own influences and respect every people yang ada kat dunia ni. Paling penting jangan kalah awal. Lawan dulu baru kita tahu macam mana.

Berkenaan EP ini, Rotten Fantasy menceritakan tentang seseorang yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dengan harapan dapat memulakan kehidupan dan mencari peluang namun beliau sedar bahawa hutan konkrit ini telah memberikan sebuah penderitaan dan dikaitkan dalam setiap lagu menceritakan tentang sengsara dan kesakitan dialami.

It all started after the release of Pesta Depresi. At one particular gig, ada crowd tanya “bila release EP weh” and kitorang pun decide to plan out and do it.

 

Proses rakaman EP ni fun because two last tracks from the EP kitorang buat from scratch kat studio time jamming.  Lirik semua Kopi yang tulis and most of the arrangements tangan Adams. Vocal production kitorang record with Iman (Empty Page) and all mix and mastering kerja Adam except for Kota Sengsara which was produce by Iman and mixed and mastered by Zac from Empty Page.

Tanpa membuang masa, mari kita selongkar tentang apa yang ada dalam material yang mempunyai 6 trek berdurasi 18 minit 55 saat ini.

Pesta Depresi

Pembuka EP yang emosi. Sepanjang mendengar trek ini penulis membayangkan tentang diri ini asyik memikirkan tentang kehidupan yang semakin susah dan melepaskan kesakitan di sebuah acara bertemakan depresi. Susunan lagu yang mudah difahami serta bunyian kasar ini membuatkan penulis seakan—akan bermimpi indah walaupun susah.

Introvert

Sesuai dengan tajuk, trek ini menceritakan tentang peritnya menjadi seorang introvert dalam komuniti. Lenggok vokal yang bersahaja dari Kopi membuatkan penulis faham apa perasaan menjadi seorang insan sebegitu. Pada awalnya penulis ingatkan trek ini “just another Boy Pablo song” namun bukan. Dengar dahulu dan kalian akan faham kenapa.

Hujan Di Kota Raya

Alunan gitar akustik dan vokal yang bersahaja disepanjang trek. Dinamik yang dibawa oleh Smesta dari 2 lagu awal telah dilenyapkan dengan trek ini dan lagu ini seperti meminta untuk pendengar bersedia untuk mendengar luahan seterusnya. Sejujurnya, Smesta telah berjaya membuatkan penulis bertenang untuk seketika.

Kota Sengsara

Alunan gitar yang kotor di awal, kemudiannya semua instrumen turut serta dan melengkapi antara satu sama lain. Jika diamati secara mendalam, alunan vokal pada lagu ini mengingatkan penulis kepada Butterfingers, Hujan dan beberapa band indie di Malaysia. Kota Sengsara menceritakan tentang sisi gelap kehidupan seorang insan di tempat yang diberi nama Kuala Lumpur dan secara am, lagu ini berjaya menambat hati penulis.

Places

Sepanjang trek ini dimainkan, penulis boleh lihat kemampuan 6 anak muda ini menunjukkan taring dan sejujurnya trek ini tidak membosankan. Cuma pada pendapat penulis, trek ini kalau bunyi dia kotor sedikit lebih meriah namun tidak mengapa kerana sudah mencukupi. Susunan lirik juga kemas dan berketerampilan.

December’s Curse

Untuk trek terakhir ini, penulis menyukai chord progression yang disampaikan kerana tampak simple and easy listening. Vokal juga tidak mengecewakan lagi-lagi dibahagian jeritan amarah yang bermain dengan emosi.

Secara keseluruhan, Rotten Fantasy merupakan permulaan yang baik buat Smesta dan kredit harus diberikan kepada semua pihak yang memainkan peranan dalam EP ini. Dengan susunan lagu yang unik, bunyian nakal dari gitar dan synth, serta irama emosi dari lontaran vokal, penulis yakin kugiran ini mampu melangkah lebih jauh. Cuma pada pendapat penulis, sedikit kekacauan telah berlaku apabila terdapat bunyi yang tidak sekata pada setiap trek dan mengharapkan penambahbaikan pada rilisan yang seterusnya.

Tahniah Smesta atas rilisan ni. Semoga terus maju dan jangan pernah berhenti membuat lagu dan menghiburkan kita semua. Rotten Fantasy merupakan karya pertama kalian dan penulis mengharapkan lebih banyak rilisan dari Smesta di masa hadapan. Adios!

Ikuti Smesta di:

Twitter

Instagram

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅