RTM Pernah Menjadi Polis Muzik Yang Menyekat Lagu-lagu Sumbang?

oleh Aqil Syakir
2.7K bacaan

Baru-baru ini, kita diviralkan dengan satu lagu berjudul Aku Budak Girl dari seorang TikToker bernama Suekhaizar. Ia telah menjadi satu isu di mana ramai orang mengatakan lagu itu sumbang.

Bukan itu saja, orang ramai juga menganggap banyak syarikat rakaman muzik hanya mengambil penyanyi berdasarkan populairiti sahaja dan bukan dari segi bakat muzik.

Kalau sebut pasal lagu sumbang, mesti penulis akan teringat satu perkara iaitu RTM dulu pernah menjadi gatekeeper yang menapis lagu-lagu sumbang, plagiat dan sebagainya untuk hiburan orang ramai.

RTM Menjadi Pengawas Muzik Dan Konsep “Lagu Kena Gam” Diperkenalkan

RTM mula dikenali sebagai Radio Malaya pada 1946. Pada masa yang sama, Tunku Abdul Rahman turut melancarkan Perkhidmatan Televisyen Malaysia pada 28 Disember 1963.

Selepas itu, menjelang 17 November 1969, radio dan televisyen digabungkan dan RTM secara rasminya ditubuhkan.

Selain menjadi pelopor utama dalam bidang penyiaran televisyen, RTM juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga kualiti muzik di Malaysia. Mereka terkenal sebagai pengawas muzik yang menapis lagu-lagu untuk hiburan orang ramai.

Pada masa itu, konsep lagu “kena gam” mula diperkenalkan. Lagu “kena gam” bermaksud lagu anda tidak lepas dari piawaian yang ditetapkan oleh RTM.

Sebenarnya banyak piawaian yang diperkenalkan oleh RTM. Pertama, penulisan lirik lagu mestilah sesuai untuk orang ramai dan tiada unsur lucah.

Kedua, lagu sumbang pun boleh kena gam. Kadangkala lagu boleh kena gam atas sebab perkara yang tak masuk akal. Tamsilnya, kalau anda datang bagi lagu kepada RTM dengan berambut panjang dan berimej ganas pun boleh kena gam.

Pada 1989, sebanyak 71 buah lagu yang pernah diharamkan oleh RTM seperti:

Diharamkan kerana nyanyian:

  1. Ababil – Halu Haloba.
  2. Viking – Sisa Cinta.
  3. Laser Ray – Pancaran Laser.
  4. Steeler – Selembut Sutera.
  5. Hydra – Ilusi Fenomena Cinta.

Diharamkan kerana saduran:

  1. Manimala – Selalu Di Hatimu.
  2. Manimala – Kau Yang Bergaya.
  3. Manimala – Mandi Mandu.
  4. Melissa Saila – Tarian Kota.
  5. A. Ramlie – Hamba Yang Tak Tahu.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai lagu yang diharamkan, boleh tekan pautan ini — Cari Infonet.

Namun, pengharaman lagu ini hanya bertahan hingga tahun 90-an. Hal ini kerana stesen radio dan televisyen swasta muncul tanpa peraturan ketat, jika ada penyanyi atau kumpulan ingin hantar lagu.

Adakah Pengharaman Lagu Dari RTM Wajar Diperkenalkan Semula?

Sebenarnya ada kebaikan dan keburukan kalau pengharaman lagu ini diperkenalkan semula. Kebaikannya ialah dapat menjaga kualiti muzik kerana kita boleh menyekat lagu-lagu yang berunsurkan negatif, sumbang dan plagiat.

Akan tetapi, kalau kita laksanakan pengharaman lagu ini, ia sebenarnya menyekat idea dan kreatif seseorang pemuzik. Bukan itu sahaja, ia tidak relevan untuk digunakan pada masa sekarang kerana industri muzik kita sudahpun melangkah lebih jauh dan bersifat universal.

Sumber:

  1. Soscili: Tv zaman dulu bersiaran 44 jam seminggu & terkenal dengan konsep “lagu kena gam”?
  2. CARI Infonet: Lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM (1989).
  3. PeKhabar: Pelancaran Perkhidmatan Televisyen Malaysia.
  4. PeKhabar: Pelancaran Perkhidmatan Televisyen Malaysia.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅