Kugiran Metalcore, AKTA tampil megah dengan single terbaharu, “Void” di saluran YouTube rasmi mereka pada 12 Disember 2023.
Dulu orang kata, genre metalcore sudah mati. Namun pada aku, genre ini masih berdiri teguh dan boleh dikatakan menghampiri waktu kemuncak. Dalam erti kata lain, metalcore tidak mati cuma kurang sihat.
Kitorang dapat rasa metalcore is making a comeback as now various metal bands masih ada lagi main shows dan juga kami nampak beberapa new upcoming metalcore band yang akan aktif dengan gigs or festival yang akan datang. Mungkin before this, many bands masih tak ada peluang untuk be on stage tapi kami look forward untuk satu stage dengan band metalcore yang lain or collab or maybe touring bersama to prove that metalcore masih ada.
Berasal dari Kuala Lumpur, lima orang anak muda ini bukanlah muka baharu malah mereka pernah menghiasi sirkit underground tempatan sejak 2010 sebelum AKTA ditubuhkan pada 2022 oleh Aimran (Gitar) yang kemudian merekrut Shahril (Vokal), Faz (Gitar), Adry (Dram), dan Amir (Bass). Mereka mentakrifkan AKTA sebagai undang-undang mereka sendiri dengan kebebasan dalam menyumbang emosi dan ciptaan serta meramalkan masa depan baharu bersama-sama. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini mereka telah melancarkan single pertama iaitu “Jiwa (Takhta Milik Kita).”
Menurut Shahril, Void menceritakan tentang satu mesej yang ingin disampaikan kepada seseorang yang telah pergi. Kadang-kadang, insan itu selalu diambil kesempatan atas pelbagai perkara dan bila dia sudah tiada, di situ elemen penyesalan itu wujud.
Personally, lagu ni ada relate dengan tragedy someone dalam band tapi mesej yang kita cuba sampaikan ialah, “be there for them before you lose them forever”. Void pula is some sort of emptiness or space yang kosong. Jadi, it hits when seseorang itu rasa empty dan tak tahu to channel emotions mereka. Jadi kita nak cuba sampaikan emotion yang listeners boleh lepaskan untuk move on dan teruskan hidup.
Apa yang aku kagum, Shahril menceritakan proses penulisan Void yang pada aku agak biasa dalam penulisan lagu namun hasil akhirnya sangat memuaskan.
Dalam band, kitorang always share demo lagu sesama sendiri nak writing untuk band. Jadi lagu ni dari elemen Faz (Guitarist) mula dengan bunyi samples beats yang kitorang dengar and nampak boleh create something untuk band. So, masa dengar draft awal void, kitorang fikir nak try to create something emotional and sedih tapi kekalkan susunan lagu or we like to say it nak di “AKTA-kan”. For AKTA kitorang nak variouskan arrangement, elements dan juga creativity untuk writing so kitorang tak stuck dengan satu tema. Fun fact, lagu ni actually kitorang memang hadam lama from guitars to melody dan Alhamdulillah lahirnya “Void”.
Ketika aku mendengar, aku mendapati ada beberapa elemen modern metalcore yang biasa aku dengar tapi sudah dikitar semula menjadi sebuah produk segar. Dimulakan dengan bunyikan samples beat dan gitar akustik kemudiannya dimasukkan bunyian penuh dari AKTA. Aku agak terkejut dengan Shahril punya vokal kerana beliau masukkan vokal clean dalam beberapa bahagian dan aku berpendapat Shahril sudah melakukan sebuah evolusi dalam vokal beliau. Untuk permainan instrumen, boleh dikatakan bagus dan hampir sampai ke jiwa. Walaupun aku sedikit terganggu dengan bunyian ghost notes yang mungkin boleh diturunkan sedikit volume, namun semuanya bagus belaka. Mungkin pada telingaku sahaja bukan pada yang lain.
Dan untuk permainan gitar, aku tertarik pada solo di hujung trek di mana kedua gitaris berlaga solo. Solo Aimran tidak perlu diperkatakan lagi dalam bahagian teknikal gitar cuma aku lebih tertarik pada solo Faz di mana beliau lebih bermelodik dan lebih tahu ke mana permainannya dituju. Bukan aku ingin berkata Faz hebat dan Aimran tidak hebat, tapi aku berpendapat kedua mereka ada kehebatan masing-masing dan aku mengagumi usaha mereka.
Kesimpulannya, AKTA semakin matang dalam penulisan lagu dan mereka harus mengekalkan momentum ini untuk trek seterusnya. Aku juga diberitahu bahawa AKTA bakal melancarkan EP pada tahun depan dan aku mengharapkan mereka dapat membawa kembali kegemilangan metalcore dalam kancah muzik bawah tanah.
Ikuti AKTA di