The Linda Lindas – Menggambarkan Diri Mereka Sebuah Band Punk Asli

oleh Azam Gilmour
1.6K bacaan

Ketika Penulis sedang membelek di dinding (wall) Facebook, tenampak satu pos oleh Joe Kidd, seperti di bawah. Penulis yakin pos Joe Kidd ini pasti berkait dengan genre beliau, punk. Terus penulis buka pautan itu, dan agak terkejut dengan persembahan budak-budak perempuan yang menyampaikan lagu berirama punk, dan di dalam perpustakaan! Selepas selesai menonton, terus penulis mencari siapa The Linda Lindas ini.

Selepas berjaya ‘menyelongkar,’ rupanya mereka membuat persembahan di Perpustakaan Awam Los Angeles. Perpustakaan Awam Los Angeles melancarkan Bulan Warisan AAPI pada 4 Mei lalu, bertemakan TEENtastic Seldays, dengan persembahan dari kumpulan anak muda Los Angeles, The Linda Lindas.

Tetapi ini bukanlah kali pertama mereka meletop di media sosial, dan hanya selepas LAPL menyiarkan persembahan mereka Racist Sexist Boy di akaun sosialnya. “Song of the Day!” Kata Tom Morello di akaun twitter-nya. Dan hanya disebabkan pemain dram ini memakai baju Bikini Kill, nama The Linda Lindas mula disebut-sebut dan dicari di semua carian internet.

The Linda Lindas adalah sebuah kumpulan gadis belasan tahun, dianggotai Mila, 10, Eloise, 13, Lucia, 14, dan Bela, 16, dengan menggambarkan diri mereka merangkumi semangat punk asli, power pop dan new wave untuk telinga, mata dan fikiran dunia hari ini. The Linda Lindas sudah beraksi bersama Best Coast, Money Mark dan lagenda punk Los Angeles, Alice Bag.

Apabila Bikini Kill bersama semula untuk persembahan mereka pada tahun 2019, mereka memilih The Linda Lindas sebagai band pembukaan di salah satu persembahan mereka di Hollywood Palladium. Gempak tak gempak!

Mereka menetapkan arah pandangan mereka ke Hollywood, kumpulan yang paling muda menulis dan membawakan lagu asli untuk The Claudia Kishi Club, sebuah dokumentari mengenai kekuatan watak The Babysitter’s Club, Claudia Kishi.

Seperti yang digambarkan oleh Netflix, Claudia Kishi merupakan satu watak yang mewakilkan gadis Asia-Amerika untuk gadis-gadis muda pada tahun 80-an dan 90-an, ketika tidak banyak budaya popular yang dilakukan.

Bahkan di luar lagunya, The Linda Lindas – kumpulan muzik yang separuh Asia, setengah Latin – mereka sendiri menyalurkan intipati Claudia Kishi yang berseni dan bersemangat bebas dengan menempati ruang dalam arena muzik yang telah lama terkenal dengan dominasi maskulinnya.

“Beberapa saat sebelum kami memasuki lockdown, seorang budak lelaki datang kepada saya di kelas dan mengatakan bahawa ayahnya menyuruhnya menjauhkan diri dari orang-orang Cina,”

kata pemain dram itu untuk memperkenalkan lagu Racist, Sexist Boys. “Setelah saya memberitahunya bahawa saya orang Cina, dia mundur dari saya. Saya dan Eloise menulis lagu ini berdasarkan pengalaman itu.”

Sembilan buah lagu yang dipersembahkan termasuk lagu lain seperti Claudia Keshi. Mereka menutup persembahan mereka dengan lagu saduran Rebel Girl dari Bikini Kill dan Big Mouth dari The Muffs.

Ini adalah detik kejutan mereka dalam filem Netflix Moxie, di mana The Linda Lindas tampil di satu pesta untuk protagonis Vivian (Hadley Robinson) dan semua rakan barunya yang berkumpul untuk memerangi seksisma di sekolah mereka.

Kalian boleh tonton klip penuh persembahan mereka di perpustakaan di bawah, dan kongsikan pendapat kalian tentang mereka.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #TheLindaLindas

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅