‘The Lotus Denial’: Nafas Baru Mothflesh

oleh Aniq Ammar Ekhwan
2.1K bacaan

Kugiran Modern Metal, Mothflesh telah melancarkan single terbaru mereka yang berjudul The Lotus Denial pada 11 November yang lalu di saluran Youtube Blank TV dan semua platform media yang lain.

Pecah kepala! Itulah dua patah perkataan yang keluar dari mulut penulis apabila single ini dilancarkan selepas sekian lama mereka mendiamkan diri, seperti baru sahaja kembali dari kem motivasi kerana kesemuanya segar belaka. Dimulakan dengan breakdown yang menggegar otak, disulam pula dengan paluan guitar dan bass yang mengancam, dan diakhiri dengan lontaran vokal yang membuatkan penulis geram ingin mencubit kotak suara vokalis tersebut.

Bukan itu sahaja, tone guitar dan bass yang ditonjolkan juga melebihi jangkaan penulis di mana bunyinya sungguh kejam dan menampakkan mereka ini melalui proses yang ketat dan teliti dalam menghasilkan riff yang baik. Sejujurnya inilah bunyi metal moden yang kita cari, bukan masih berada di zaman 2000. Kudos buat Maddog (gitaris) dan Eze (bassist) atas usaha memerah otak dalam single ini dan sejujurnya The Lotus Denial mengingatkan penulis kepada Gojira, Jinjer dan Fit For An Autopsy.

Menerusi komposisi pula, walaupun straight forward secara keseluruhannya namun ia tidak membosankan. Mereka tahu apa ramuan yang perlu disuntik, bukannya main letak sahaja asalkan sedap. Bukan penulis ingin membandingkan mereka ini dengan kugiran lain namun kebanyakan yang penulis jumpa semuanya jenis nak sumbat sampai padat dan hasilnya bercelaru. Buat Mothflesh, penulis boleh katakan mereka berjaya keluar dari zon selesa dan The Lotus Denial ternyata lebih baik berbanding single sebelum ini iaitu Skyfather. Dari sudut kualiti pula, adunan dan mastering dari saudara Simone Pietroforte of Divergent Studios ini diklasifikasikan sebagai cemerlang, gemilang dan terbilang. Walaupun penulis pertama kali mendengar namanya, hasil akhir yang diberikan sangat bagus. Love from Malaysia.

Menerusi perbualan penulis dengan Imran iaitu Vokalis Mothflesh:

“Dari konteks lirik, aku sebenarnya nak ceritakan tentang aku dah penat dengan someone yang terjerumus dengan kemajuan teknologi which is aku point it to “Lotus”. Mungkin nampak pelik tapi aku sengaja letak nama Lotus sebab bila aku fikir je ayat tu aku akan teringat kepada benda yang melalaikan. Secara umumnya, lagu ini lebih kepada insan yang tak reti yang nak menyelesaikan masalah dan “Lotus” ini menyebabkan beliau tidak dapat berpijak di bumi yang nyata.

 

Dari sudut aku as penulis lirik, ini adalah luahan perasaan aku kepada manusia yang dah barai dan menggunakan kemajuan teknologi untuk melupakan segalanya. Pucuk pangkalnya, tak kisah teknologi power mana pun, kita tak boleh nak selesaikan masalah manusia secara teknologi dan kena berjumpa untuk berborak dan selesaikan masalah. Last but not least, kita kalau dah sayang someone, kita boleh cuba untuk selesaikan masalah tapi kalau dia sendiri tak boleh nampak benda ni, kita kena ada maruah untuk undur diri especially melibatkan kesihatan mental kita.”

Sejujurnya, Mothflesh boleh diklasifikasikan sebagai band yang berani dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru untuk memastikan cap mohor mereka tidak ditelan zaman. Dan penulis juga diberitahu bahawa mereka bakal mengeluarkan album kedua iaitu ‘Machine Eater’ pada bulan Disember ini dan dalam fasa akhir dari sudut printing dan sebagainya. Siapkan wang kalian kerana album ini bakal menjadi sebuah masterpiece yang boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang.

Tahniah kepada Mothflesh atas pelancaran The Lotus Denial. Semoga kalian terus maju ke hadapan. Pedulikan apa mereka cakap dan jangan toleh belakang. Semoga ada sinar buat muzik Metal di Malaysia. Adios!!!

Ikuti Mothflesh di:

Facebook

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅