Travis Barker: Si Bapak Ayam Pop-Punk Yang Digilai Ramai

oleh Fazrul
2.2K bacaan

Baiklah murid-murid. Harini cikgu akan memperkenalkan satu simpulan bahasa iaitu ‘Bapa/Bapak Ayam’ (BA) . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, BA ini mempunyai tiga makna: (i) ayam jantan. (ii) bapa yang tidak pedulikan anaknya. (iii) lelaki yang memperdagangkan pelacur. Untuk artikel ini, cikgu akan memfokuskan makna nombor 3 yang lebih sesuai dipadankan dengan kontekstual peribahasa ini. Fuhh, skema gila ayat. Senang cerita, maksud disini ialah go-to person untuk mencelup ibu jari dalam lautan pop-punk yang makin membanjiri persada muzik semenjak dua menjak ini.

Penulis pasti mesti ramai Gen-X dan Gen-Y kenal dengan pengetok drum tersohor ini. Gen-Z? Korang rugi sangat sebab tak sempat merasai kemeriahan ketika genre ini berada di kemuncak sekitar awal tahun 2000 hingga penghujung dekad tersebut. Serba sedikit info pasal Travis Barker. Beliau adalah tukang pengetok drum dalam Blink 182. Band ini dikatakan antara pioneer dalam revolusi pop-punk pada ketika itu bersama-sama dengan Green Day dan The Offspring. Album mereka ‘Enema of The State’ terjual 15 juta unit di seluruh dunia dan single ‘All The Small Thing’ sering diputarkan di corong-corong radio tahun 1999 – 2000. Album kedua ‘Take Off Your Pants And Jacket’ turut menerima sambutan yang sama dan kemudiannya diikuti dengan album ‘self-titled’ pada tahun 2003. Menariknya, beliau adalah figura paling popular berbanding lead vocalist ketika itu, Tom DeLonge berikutan penglibatan aktif beliau diluar Blink 182.

Rentetan ‘bapa ayam’ beliau bermula pada tahun 2005 ketika mula aktif berkolaborasi dengan penerbit dan penyanyi rap Paul Wall, Juelz Santana dan T.I. Ketika itu muzik urban merajai carta-carta dimuka bumi dan beliau agak menyimpang songsang jauh dari landasan muzik asal dahulu. Pada ketika itu, beliau juga sempat mengajak Mark Hoppus bersamanya setelah Blink 182 mengumumkan hiatus lalu membentuk band baru, +44. Kerana hentakan drum yang padu dan persona yang sangat marketable, beliau menjadi pilihan label rakaman urban untuk merilis remix lagu-lagu popular seperti Low, Umbrella, Crank That Soulja dan mula berganding dengan DJ AM membentuk duo TRV$DJAM manakala profil ‘boleh dijual’ beliau sudahpun melonjak naik dan digilai ramai termasuk gadis-gadis Malaya dan seantero.

Ketika penghujung dekad 2000s dan awal 2010s, pengaruh pop-punk sudahpun pudar manakala EDM dan dance-pop mula memonopoli di ruang udara radio. Bagaimana pertukaran genre muzik berkembang, begitu jugalah peralihan genre Travis untuk terus kekal relevan. Beliau mula bekerjasama dengan Pink, Britney Spears dan juga DJ terkenal Benny Benassi, Steve Aoki dan Krewella. Pada tahun 2017, beliau bergandingan dengan rapper Yelawolf dan XXXTentacion (X) dimana kedua-dua mereka ini adalah rapper yang banyak bereksperimentasi dengan emo rock dan pop punk dalam muzik mereka akibat dibesarkan ketika zaman kemuncak pop punk dahulu. Kehadiran X menjadi satu fenomena besar dan ramai penyanyi emo-rap (baca: rappers) mula bercambah memeriahkan industri antaranya Lil Peep, Juice WRLD, blackbear dan lain-lain. Ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi gaya muzik popular pada pertengahan dekad 2010s sehingga kini. Dalam diam, emo rock & pop punk mula dibajai, dipupuk dan disemai…

Travis kemudiannya menjadi pilihan pop punk lads seperti Yungblud, 93PUNX – Vic Mensa dan juga mainstream artis Post Malone, Halsey, G-Eazy untuk menumpang tempias beliau dalam mencantumkan jaluran pure pop, rap, emo dan punk. Paling mengejutkan gandingan perdana beliau bersama MGK yang ketika itu mula beralih dari hip hop (baca: seteru murahan Eminem) kepada straight up pop-punk meletup dan album tersebut berjaya meloncat ketangga pertama carta album di US. Ternyata percaturan ini berbaloi dan beliau dikreditkan sebagai peneraju utama di dalam kebangkitan revolusi ini.

Pada musim pandemik ini sahaja, beliau makin aktif dengan projek-projek masyuk melibatkan artis dari label perdana seperti James Arthur, Iann Dior, Bebe Rexha, Willow, Trippie Red, KennyHoopla dan ramai lagi. Beliau juga sempat menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, DTA Records dan mengambil bintang Tik Tok, JXDN sebagai artis pertama di bawah naungannya. Travis amat berterima kasih kepada COVID-19 kerana masanya banyak dihabiskan di rumah dimana idea-idea kreatif datang mencurah-curah sehingga karyanya berjaya diterima ramai. Untuk yang merindui kepantasan energi dan kerancakan muzik Blink 182, beliau berjanji yang rekod tersebut akan dirilis pada 2022.

Honourable mention: Tim Armstrong (Rancid)

Selain Travis Barker yang menjadi pilihan artis-artis perdana untuk melangkawi eh.. melangkaui genre, Tim juga tidak kurang hebatnya. Beliau pernah menyeret Bowling For Soup, Skye Sweetnam, Lights, Maggie Lindemann, MGK (lagi!) kedalam kancah ini dan turut dikreditkan sebagai pelopor utama yang menjerat Pink kedalam heavy rock menerusi album ketiganya, Try This.

Fun Fact: Kedua-dua bapak ayam ini pernah bergabung membentuk satu supergroup Transplants dan masih lagi aktif sehingga kini. Bagus sangatlah dua-dua sell-out. Kahkahkah.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅