Triple Threat: Penanda Aras Kembalinya Hardcore

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.5K bacaan

Pada 30 Oktober 2021, penulis telah menghadiri sebuah acara yang dikelolakan oleh Freshtown Records iaitu Triple Threat menampilkan tiga buah band iaitu Consecrate, Krusty dan Esclave857.

Bertemakan Hardcore Is Back, acara ini mendapat sambutan meluas dalam kalangan peminat gig yang sememangnya ingin melepaskan geram di kancah mosh pit dan tiket juga dikhabarkan habis dijual dalam masa yang singkat.

Bermula pada 8.00 malam, acara dimulakan dengan Esclave857 yang baru sahaja melancarkan EP mereka iaitu Serpents Tongue. Penulis kagum dengan showmanship yang ditunjukkan oleh mereka, meskipun tanpa seorang lagi pemain gitar, impak yang diberi masih berbisa, tambahan pula kredibiliti Hutch sebagai vokalis membuatkan penonton tidak reti duduk diam sepanjang set mereka berlangsung.

Bahang yang ditonjolkan oleh Esclave857 disambung oleh Krusty juga telah melancarkan album pertama mereka berjudul Kill Your Enemy pada Januari yang lalu. Mengejutkan penulis juga kerana bassist mereka, Mael tidak hadir pada malam itu namun tidak sedikitpun mengganggu momentum mereka. Setiap jeritan yang dilontarkan oleh Alwee (vokalis) mampu membuatkan penonton terus bergerak dan melepaskan nafsu amarah mereka melalui two-step, crowdkill, circle pit dan wall of death.

Selepas itu, Consecrate hadir sebagai band penutup pada malam tersebut. Mereka juga mempunyai EP pertama iaitu Trials. Kali ini mereka tampil berlima selepas sekian lama Aqil menjadi vokalis dan pemain dram pada masa yang sama. Persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak taugeh ini juga tidak kurang hebatnya. Meskipun Aqil nampak penat, namun beliau tetap memberikan sepenuh tenaga dalam mempersembahkan vokal. Penulis tertarik dengan cara Aqil berinteraksi dengan penonton dan acara ini berakhir dengan ucapan selamat hari lahir buat Aqil sendiri.

Freshtown Records


Triple Threat merupakan sebuah acara yang berjaya dengan adanya SOP dari pihak penganjur dan menepati masa pada setiap persembahan. Kesemua penonton yang hadir dilengkapi dua dos vaksin dan mengikut arahan yang ditetapkan. Acara ini berakhir sekitar jam 9.20 malam.

Sejujurnya Triple Threat tidak patut berhenti di sini kerana ketiga-tiga band ini merupakan permata baru dalam industri muzik bawah tanah. Menurut Jeman dari Freshtown Records apabila ditanya tentang perasaan mereka apabila acara ini berjalan dengan lancar:

“Of course ah excited! Actually, kitorang kalau takde PKP apa semua ni memang tak menang tangan ah orang kata banyak gila gig dan events yang kitorang nak buat. Dapat buat gig livestreaming pun dah syok gila apatah lagi buat live shows. So aku and team rasa happy dan lepas gian ah bila dapat bikin Triple Threats ni haritu.

 

What’s next for us? Paling dekat is Triple Threats ke Ipoh awal December ni dan World Without Borders Vol.4! Nantikan la announcement tak lama lagi. Tahun depan? Wei macam macam kitorang nak buat? Simple je, Pulun selagi boleh.”

Tahniah buat Freshtown Records atas acara yang lancar dan terima kasih kerana menyediakan platform untuk melepas geram. Jumpa lagi di acara akan datang. Adios!!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅