ULASAN: ‘POPULAR MONSTER’ DAN ‘THE DRUGS IN ME IS REIMAGINED’

oleh Firz Shukri
3.4K bacaan

Pada 20 November 2019, single “Popular Monster” dari band Falling In Reverse telah rilis dan menjadi viral di kalangan peminat scene antarabangsa. Di hampir semua tempat, lagu berkenaan mendapat ulasan yang positif dari pengkritik muzik kerana keunikan lagu tersebut.

Selang beberapa bulan saja, band ini meriliskan pula single berjudul “The Drugs In You Is Reimagined” pada 13 Februari dengan penuh kejutan. Sekali lagi Falling In Reverse mendapat perhatian peminat dan pengkritik. Lagu balada olahan semula dari lagu lama mereka yang berjudul “The Drugs In Me Is You” itu menjadi tapak revolusi ke atas kematangan muzik band mereka.

Sejujurnya penulis ketagihan untuk mengulang kedua-dua lagu dari Falling In Reverse ini. Dan untuk melampiaskan rasa ketagihan ini, penulis telah mencatatkan sedikit review ringkas berkenaan kedua-dua lagu masterpiece ini.

Barisan line up Falling In Reverse.

Sebuah band rock berasal dari Las Vegas, US. Mereka dikenali dengan genre bebas seperti hard rock, post hardcore, rap, alternative rock dan juga metal. Kini sudah memiliki 4 buah album studio.

Ronnie Radke asalnya adalah vokalis asal kepada band hard rock/ post hardcore, Escape The Fate. Tetapi ditendang keluar kerana dia dipenjarakan pada 2008 sehingga tahun 2011. Lalu menubuhkan band sendiri bernama Falling In Reverse ini.

Popular Monster

Masterpiece. Entah apa jenis perkataan yang boleh disebut untuk menggambarkan betapa geniusnya penulisan lagu ini dari segenap segi. Bagi penulis sendiri, lagu ini adalah satu perlambangan bagaimana sepatutnya sesebuah band rock itu perlu mengerah idea sekreatif mungkin untuk menghasilkan eksperimentasi tanpa mengulang-ulang formula yang dah sedia digunakan oleh artis lain. Inilah sepatutnya bunyi muzik rock untuk era 2020. Tidak perlu menjadi pop untuk terus relevan dalam industri.

Lirik

Barangkali menulis lirik berkaitan depression sudah agak klise hari ini. Tapi sebenarnya ia bergantung pada bagaimana lirik itu ditulis. Untuk lagu ini, liriknya sangat dark, deep dan sangat raw. Kau sekali dengar pun boleh rasa kesakitannya. Bagaimana Ronnie Radke sangat berbakat menulis seperti ini? Banyak tengok cerita Joker ni.

Kelebihan Vokal

Seperti yang penulis dah katakan, Ronnie Radke memang adalah salah seorang penyanyi rock terbaik yang kita ada pada zaman ini. Dia bukan saja memiliki suara yang baik, malah kawalan suaranya begitu smooth dan terlatih. Kadang-kadang mengingatkan penulis kepada Brendon Urie dari Panic! At The Disco. Bagaimana mahirnya dia mengawal tona vokal dalam setiap rangkap berbeza dengan teratur dan cantik sekali. Dengarkan contoh bagaimana Brendon Urie menyanyi cover lagu “Bohemian Raposdy” dari Queen. Untuk genre heavy, kita boleh rujuk bagaimana Ronnie pula melakukannya.

Seperti lagu-lagu sebelumnya, Ronnie mampu menyanyi rap dengan cekap dan lancar. Entahlah, mendengar rapping Ronnie dalam lagu ini mengingatkan kembali kepada rapping Machine Gun Kelly di dalam lagu “Invisible” pada tahun 2012 dahulu. Boleh dikatakan bakat rapping Ronnie lebih baik dari sesetengah rappers hip-hop muda kebelakangan ini.

Dan wow!! Mengagumkan, bagaimana teknik yang dilakukan oleh Ronnie ketika mengubah dari verse rap kepada menyanyikan melodi pada pre chorus hingga masuk ke chorus. Memang amazing. Ronnie melakukannya dengan sangat licin, tidak ada kecacatan dalam persembahan vokalnya. Sekurang-kurangnya dalam audio.

Nyanyian Ronnie memang tak boleh dipertikaikan. Suaranya sentiasa bertenaga dan permainan lenggok suaranya dari tone tinggi dan tone rendah yang berselang-seli memang memakukan telinga kita sewaktu mendengarnya. Scream? Perhhh… Ronnie memang hebat dalam menjerit. Walaupun penggunaan vokal scream Ronnie yang sangat minimal, tapi part scream itu memang perfect penggunaannya.

Kreativiti persembahan

Ronnie berjaya blendkan antara elemen hip-hop, rock, dan heavy metal dengan baik. Dengan sangat sangat baik. Part rap saja sudah membuatkan pendengar asyik. Masuk part pre chorus, memang sangat cantik. Hampir tidak menjangkakan kita akan masuk ke dalam chorus dengan begitu saja. Chorusnya, sangat perfect. Melodinya sangat sedap, tepat dengan apa yang dimahukan dalam keseluruhan lagu ini.

Dari satu part ke satu part, ia memberikan hype yang excited pada pendengar. Part terbaik apabila masuk ke music bridge, dimana lagu ini berubah menjadi metal dengan scream gila dari Ronnie. Progression gitar yang gempak dan pukulan drum yang dasyat wajar dipuji. Memang memukau. Ini adalah tempat yang paling hype. Selepas dihuru-harakan dengan riff-riff heavy yang membuatkan pendengar rasa nak moshing, ia terus bersambung kepada part breakdown.

Urmmphhhh… Padu nak mati dia punya breakdown. Entah dari mana datang idea nak buat breakdown dengan elemen djent. Kuat dengar Meshuggah atau Periphery ni. Memang gempak gila babi. Berpuluh kali penulis ulang dengar, setiap kali mesti buat jantung rasa nak meletup. Guitar work memang A. I love that shit, bro. Drum? So much ton of energy.

Produksi Video

Ini memang hasil kerja yang the best of the best. Macam sedang menonton sebuah video filem pendek. Siapa sekalipun direktor, video ini telah dibalut dengan sangat kemas bersama lagu ini. Sangat kemas. Hampir setiap scene sangat tepat dengan bait-bait lirik yang dinyanyikan. Direktor video ini telah melakukan kerja dengan sangat teliti. Mesej yang diketengahkan memang sampai.

Ini adalah sebuah lagu rock yang sangat perfect untuk era baru industri muzik. Ia tidak ditaburkan dengan riff-riff dan breakdown gila disepanjang lagu. Malah ia tidak boleh dikategorikan sebagai lagu metalcore secara total. Ia sebuah lagu rock, yang eksperimental. Kini lagu ini menjadi dadah kepada penulis sejak ia rilis pada 20 November 2019. Ketagih pasang di rumah setiap hari.

The Drug In Me Is Reimagined

Kesempurnaan seorang Ronnie Radke terserlah dalam lagu mahakarya cinta yang diberi judul “The Drug In Me Is Reimagined” ini. Bila kali terakhir korang mendengar sebuah lagu power ballad yang sangat powerful? Lagu ini mengembalikan kekuatan sebuah power ballad yang klasik dan evergreen pada zaman moden ini.

Sebenarnya ini adalah versi reimagined untuk tahun 2020 hasil gubahan dari karya asal Falling In Reverse pada tahun 2011 dulu. Lagu asal berjudul “The Drug In Me Is You” merupakan single yang memperkenalkan band Falling In Reverse di dalam scene ini. Versi original ini dibawakan secara style emo rock dengan riff heavy metal dan ia sememangnya mudah untuk popular. Tetapi bagi penulis sendiri, lagu versi original ini tidak ada apa-apa yang istimewa sangat melainkan melodi yang catchy dan arrangement muzik yang kreatif. Juga solo gitar yang memukau. Keseluruhannya, ia sebuah lagu yang biasa saja.

Tetapi untuk versi reimagined ini, ia seperti sebuah lagu yang berbeza sama sekali. Such an amazing performance. Penulis dengan berani mengatakan, ini adalah persembahan terbaik Ronnie Radke sebagai seorang penyanyi dalam sepanjang perjalanannya sebagai anak seni. Hampir kesemua lagu Falling In Reverse sudah pernah penulis dengarkan, tetapi untuk lagu “The Drug In Me Is Reimagined” ini, seperti terdengar nyanyian angel dari langit. Meraung dan merintih dengan bait-bait lirik yang mencengkam jiwa.

Lirik

Dari dulu lagi sewaktu melayan lagu “The Drug In Me Is You” versi asal, penulis sudah perasan lirik yang dinyanyikan oleh Ronnie ini sangat deep. Tetapi rasanya tidak ramai yang tertarik mendalaminya kerana hanyut dengan tone nyanyian rancak si Ronnie yang menenggelamkan kecantikan lirik yang ditulisnya sendiri. Diceritakan, lagu ini ditulis berkisarkan pengalaman Ronnie sendiri yang hanyut dalam masalah ketagihan dadah sehingga separuh mati dan masih sedang cuba menjauhi masalah tersebut hingga ke hari ini.

Tetapi apabila lagu ini (versi baru) dinyanyikan oleh Ronnie dengan hanya berlatarkan petikan piano, dan gesekan violin/cello, lirik-lirik lagu ini semakin terserlah kehebatannya. Sangat deep, sangat dark. Contohnya bait ini,

‘My body’s trembling sends shivers down my spine
Adrenaline kicks in, shifts into overdrive
Your secrets keep you safe, your lies keep you alive
Snake eyes every single time you roll with crooked dice

I felt the darkness as it tried to pull me down
The kind of dark that haunts a hundred-year-old house
I wrestle with my thoughts, I shook the hand of doubt
Running from my past, I’m praying “Feet, don’t fail me now”

Tidaklah penulis tahu sama ada kali ini Ronnie masih menceritakan penderitaan yang sama atau menukar kepada kesakitan dikhianati oleh wanita. Jika benar, lirik seperti ini sangat hebat, membuktikan, tidak perlu menulis lirik yang puitis dan jiwang untuk sebuah lagu cinta yang hebat. Ronnie menawarkan satu dimensi yang berbeza. Jauh berbeza.

Persembahan Muzik Dan Vokal

Perhhh… Ronnie Radke sangat underrated bro. Kau suka atau tidak kepada orangnya, kau tak boleh nafikan multitalented yang dia ada. Dia bukan saja boleh menyanyi lagu emo rock, metal scream, rap, menulis lagu serta lirik, dan kini, dia membuktikan dia mampu menyanyi lagu balada dengan sangat powerful. Malah siap main piano lagi tu.

Serius, bulu roma penulis meremang sewaktu mendengar lagu ini, sangat terpesona apabila mendengar bagaimana Ronnie bermain turun naik nada vokalnya dari rendah ke high pitch dan kembali berselang-seli seperti benda itu dah jadi makanan hariannya. Dia memiliki suara yang beautiful. Dia akan menjadi penyanyi rock yang ikonik satu hari nanti. Itu pasti.

Dari mula lagu ini, pendengar akan dihidangkan dengan permainan piano yang syahdu, dan gesekan violin/cello yang mengasyikkan. Boleh menimbulkan rasa hiba, pilu, dan terawang-awangan. Lebih memukau sebaik Ronnie menawarkan solo piano yang dimainkannya sendiri. Fuhhh… Penulis tahu Ronnie memang ada bermain piano sebelum ini, tetapi tidaklah sangka dia expert seperti ini.

Penulis kini jujurnya sudah jatuh hati dengan bakat Ronnie Radke. Percayalah, jika tanpa Ronnie, Falling In Reverse tidak akan mampu hebat seperti ini. Segala idea yang datang dari kepala otak Ronnie, sangat luar biasa hasilnya.

#kacaubilau

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅