Kami pernah pergi studio dengan hanya berjalan kaki!
Begitulah kisah di sebalik nama UOKA yang sebelumnya dikenali sebagai WALKER ini memulakan perjalanan mereka sebagai sekumpulan musisi yang berimpian tinggi. Nama WALKER itu sendiri dicetuskan melalui pengalaman mereka yang berjalan kaki hanya untuk ke studio jamming disebabkan kekangan pengangkutan awam ketika itu. Hendak dijadikan cerita, 2021 mereka berjaya memperoleh geran dari CENDANA dan dari situlah bermulanya langkah album pertama mereka. Di situ jugalah titik permulaan di mana WALKER dijenamakan semula menjadi UOKA, simbolik kepada permulaan yang baharu buat mereka. Jenama UOKA DISTRICT ini juga dicambahkan oleh vokalis mereka, TUJUH bersama EL dan juga KYO. Kemudiannya OLE menyertai mereka semua yang diiringi JD selalu pemain papan kekunci. Masih Berdiri merupakan single kedua yang menjadi eviden kewujudan UOKA DISTRICT.
Penulis sebenarnya lebih tertarik dengan cara UOKA menerbitkan karya sulung mereka. Mereka menggunakan pendekatan komik untuk menyampaikan penceritaan yang terkandung dalam setiap lagu. Pendengar juga boleh mengakses segala isi dengan hanya mengimbas kod QR yang terdapat padanya. Idea sebegini wajar diberikan pujian kerana memberikan satu kelainan dan membuktikan keberanian UOKA dalam menjenamakan diri mereka di pentas muzik independen tempatan. Anda boleh mendapatkanya di Shopee dengan menekan pautan di bawah:
Tekan BELI SEKARANG untuk mendapatkan KOMIK MUZIK : Mendengar Lukisan – BELI SEKARANG
Penulis sempat menemubual EL & TUJUH untuk berkongsi buah fikiran UOKA. Ayuh lanjut bacaan temubual di bawah!
Sound yang diketengahkan dalam single Masih Berdiri agak unik. Selain mengimbau nostalgia era alternative, ia juga menawarkan sesuatu yang moden dengan penampilan DJ Yang2. Bagaimana kolaborasi ini terjadi? Kongsikan juga kisah di sebalik pembikinan single ini.
Masih Berdiri ni adalah single kitorang ya kedua. Sebenarnya dalam album ni DJ Yang2 ada feature untuk dua lagu. Lagu lagi satu tu bertajuk “Yang Tiada” dan music videonya dihasilkan oleh studio animasi tempatan, Inspidea. Insya Allah akan rilis dalam masa beberapa bulan lagi tapi kalau nak dengar sekarang boleh dapatkan album kami.
Kami berkenalan dengan DJ Yang2 masa pertama sekali kami organise gig sendiri tahun 2016. Kitorg buat gig “Tribute to Linkin Park”. Masa tu dia main dengan band lain. Selang berapa tahun dia ada perform sama2 dgn kami dan ada juga buat satu video cover lagu LP sekali dengan Kirsten Long. So kami mmg kawan atas nama muzik.
Asalnya arrangement lagu Masih Berdiri ni, lepas bridge patutnya jadi part dubstep yang dimainkan oleh ex-member kitorang, Khaidir. Jadi kitorg masih nak kekalkan arrangement tu so kita try panggil DJ Yang2 utk masukkn bunyi dia. And in the end it works really well!!
Single ni hanya salah satu dari 7 lagu yang kami hasilkan dari album first. Recording kitorang buat dekat ATAS by BijanFX. Kat situ abang Bijan dan krew memang banyak bagi tunjuk ajar. Berapa kali kena basuh dengan abang Bijan. Kami jumpa dia mula tahun 2020 bagitau nak submit geran CENDANA, sebelum submit lagi tanya dia dulu. Lepas umum berjaya, kena tunggu dulu dana diluluskan. Sampai ke bulan Februari 2021 baru kitorang mulakan proses rakaman, sampai lockdown lagi lepas raya tergendala kejap then bila dh bukak balik, sambung recording sampai November 2021. Alhamdulillah, bulan December 2021 kitorang dah lancarkan album “Komik Muzik : Mendengar Lukisan”. Kitoran shooting MV sama hari dengan video pre-recording pelancaran. Memang penat gila masa tu pagi ke malam. Pancit gila sampai injured. Tangan bengkak, bahu sakit, rusuk lebam sampai biru. Haha. Betul ni tak tipu.
MV Masih Berdiri dan Pelancaran Album diproduce oleh Krom Studios kat Studia ATASbyBijanFX. Directed by Raja Azrie, dan Photoshoot oleh Alif RIdzuan. Kalau tengok video perform LIVE tu menang nampak dan dengar kitorang pancit ah.. Haha.. TQ team Krom Studio dan ATAS!
Bagaimana penerimaan peminat muzik tempatan terhadap album fizikal kalian? Memandangkan ia didatangkan dengan konsep komik yang berbeza dan terampil berbanding rilisan-rilisan lain, ceritakan sedikit tentang bagaimana timbulnya idea untuk penghasilan album ini.
Idea untuk membuat rilisan dalam bentuk komik ini datangnya dari bassist kami. EL, dimana beliau terinpirasi dari komik “Hero” ciptaan pelukis ZINT. Dimana didalam komik tu berkisarkan tentang kehidupan sebuah band punk-rock dari Ipoh. EL merasakan bila dia baca komik “Hero” beliau merasakan something is missing apabila visual band yang sedang bermain muzik tapi tanpa dapat mendengar lagunya. Jadi tertimbullah 1 idea dimana beliau ingin cuba menggabungkan dua seni dalam 1 karya. Seni muzik dan juga seni komik itu sendiri. Antara artis yang terlibat album ini adalah Fakhrul Anour, Faizol Haini, Haizeel Hashnan, Sunny Yanie, HALIGO, Artsick Vortigern, dan EL UOKA sendiri. Para kartunis telah dihantar audio demo untuk setiap lagu dan mereke menginterpertasi dengan cara mereka sendiri.
Untuk idea ini juga kami ketengahkan rilisan digital + komik dimana kami mggunakan QR CODE dicetak didalam buku untuk membolehkan pembeli muat turun atau stream keseluruhan album. Di zaman teknologi yang semakin maju ni, kami melihat mostly kereta-kereta zaman sekarang semuanya dah takde guna CD player sbagai medium. Kat rumah pun dah takde. Mostly semua sudah di hujung jari, dengan Spotify dan Youtube dengan teknologi Bluetooth. Connect aje ke mana-mana speaker zaman sekarang. Jadi dengan menjual dalam bentuk digital + komik, bukan hanya semata-mata memudahkan mereka untuk dengar dengan mana-mana peranti zaman moden. Kami juga dapat memberikan pengalaman eksklusif kepada pembeli. Kerana buat masa ini hanya dua single yang telah dimuat naik di Spotify dan muzik video rasmi di Youtube kami. Jadi hanya pembeli awal yang akan dapat mendengar 5 lagi lagu “unreleased” dari UOKA DISTRICT. Pembeli jugak akan dapat pengalaman memegang dan rasa album kami dalam bentuk fizikal, kaya dengan cerita-cerita dalam bentuk seni komik yang unik. Setiap lagu akan dimuat naik di internet untuk tontonan umum satu persatu. Single dan muzik video seterusnya adalah lagu “Tali-Tali Patung featuring Fariq Frequensi”, dan “Yang Tiada featuring DJ Yang2” (animasi oleh Inspidea). Selain itu, lagu “Datang & Pergi” telah dinyanyikan oleh Hasrul PG, drummer pertama ketika UOKA DISTRICT bergelar WALKER.
Seperti band-band lain, lagu ini dihadirkan bersama MV. Apabila penulis terlihat DJ Yang2 yang berada di posisi turntable terus mengingatkan penulis kepada Linkin Park. Ini idea yang baharu dan segar untuk scene muzik tempatan kita. Lagu ini ringkas sahaja, lirik yang straightforward, lapisan gitar dan dram tidak terlalu kompleks serta lontaran vokal yang sesuai tetapi masih mampu membuatkan pendengar menghentakkan kaki dan menari dengan nuansa rock moden yang turut disulam dengan sedikit sentuhan J-Rock.
Cuma dalam lagu ini, proses adunan terakhir dram mungkin boleh ditambah baik sedikit lagi kerana bunyinya agak kurang “umphh”. Idea dan tangkapan setiap adegan dalam muzik video juga sesuai. Ribuan tahniah buat UOKA DISTRICT atas kelainan dan keberanian yang ditampilkan.
Tekan pautan dan ikuti UOKA DISTRICT di: