WOLF Merealisasikan Gabungan EDM dan Metal dalam ‘Mentality’

oleh Mohd Aqil Aiman
1.6K bacaan

WOLF - Anak Kelahiran Kuala Lumpur
Percampuran genre dalam muzik memang acap kali didengar sama ada di platform mainstream mahupun bawah tanah dan baru-baru ini, penulis berpeluang menjelajah ke ruang Eletronic Dance Music (EDM) dan metal bawah tanah dengan seorang produser/ vokalis yang menggelar dirinya Wolf.

 

Mentality merupakan sebuah single yang menggabungkan EDM dan Metal. Wolf atau nama sebenarnya Amir yang berasal dari Kuala Lumpur telah mengeluarkan beberapa produk sebelum ini, antaranya ialah Reborn, Rage dan yang menjadi kegemaran penulis sehingga ke hari ini adalah Rise.

Penulis mencari tahu tentang Wolf dan akhirnya berkesempatan bertanyakan beberapa perkara kepada sosok ini secara maya. Ikuti temubual di bawah.


MAMY: Muzik yang Wolf cuba ketengahkan ini sangat unik dan rasanya belum ada lagi mana-mana artis lain yang berani ke daerah ini walaupun stail sebegini sudah menjadi trend di luar negara. Bagaimana cara untuk Wolf terus mengembangkan bakat dengan pemuzik-pemuzik sedia ada?

Wolf: Bakat-bakat yang sedia ada mengkhususkan satu genre sahaja (eg: kalau bakat tersebut adalah band metalcore, mereka hanya buat metalcore sahaja) dan adakalanya peminat mereka akan bertambah letih dan bosan dengan rilisan baru sebab mereka dah dengar banyak kali struktur yang sama. Manakala saya mengambil minat yang mana band-band buat lebih dari dua genre/campur genre asal mereka dengan genre lain; contohnya: rap dengan metal, pop dengan metal. Saya rasa kalau bakat-bakat yang sedia ada cuba menggabungkan beberapa genre, ia akan mendapatkan bakat-bakat tersebut ramai lagi peminat dan mereka akan ternanti-nanti rilisan baru mereka.

MAMY: Kiranya sebelum 2017, Wolf memang dah tahu tentang EDM cuma bermula 2017 tu baru terlibat bikin muzik dengan serius?

Wolf: Sebelum 2017, tidak juga. Yang saya tahu pada masa itu, EDM mempunyai potensi untuk membuat orang menari dan bersuka-ria seperti mana yang dilihat di festival EDM (Tomorrowland, Bass Canyon, etc). Pada 2018 saya jadikan tugas tersebut secara serius. Sejak 2018, saya telah meriliskan 2 EP dan 5 single.

MAMY: Siapakah inspirasi terbesar Wolf dalam menggubah susunan instrumental?

Wolf: Sejak baru-baru ini, saya mendengar artis-artis EDM seperti Sullivan King, RIOT dan Slander untuk memberi saya inspirasi. Dalam menggubah susunan instrumental, ia mesti Sullivan King.

MAMY: Adakah pandemik Covid-19 yang berlaku menggangu pelan Wolf untuk terus mempromosi karya?

Wolf: Ya dan tidak. Ya, kerana saya nak mempersembahkan lagu-lagu yang baru dan lama kepada audience secara bersemuka. Tidak, kerana saya ada masa lebihan (maklumlah Covid dah menetap 2 tahun) untuk menghasilkan album baru yang akan dirilis pada hujung tahun depan.

MAMY: EP yang bakal menyusul nanti ada berapa buah lagu dan apakah yang menarik?

Wolf: EP akan ada tiga buah lagu (termasuk Mentality). Menariknya tentang EP yang bakal menyusul nanti ialah saya akan pamerkan tiga genre berbeza; rap (Mentality), metal dan metalstep (campuran eklektik antara dubstep dengan metal).


Dengan semangat “Fuck what people think of you, stand out and be yourself,” Wolf terus bersemangat mengeluarkan produk-produk yang unik.

“Mentality adalah tentang bagaimana kerajaan memperlakukan warganya; kadang-kadang tidak melangkah ke arah yang membaik dan dipandang sebagai ‘badut’ di negara mereka sendiri. Di sudut lain ialah bagaimana anda, sebagai individu melihat perkara-perkara seperti ini terus terjadi. Mentality adalah lagu rap yang disertai dengan screams untuk menonjolkan isi tajuk lagu.” – Wolf

Hubungi Wolf jika mahu memeriahkan majlis korang :

E-Mail
Laman web
Facebook
Instagram
Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅