Yeah Yeah Yeahs Biaya Sendiri Album Sulung

oleh Azam Gilmour
997 bacaan

Pada tahun 2002, Yeah Yeah Yeahs mencapai reputasi disegani untuk persembahan langsung mereka yang bertenaga dan mendapat pujian kritikal untuk dua EP mereka, yang membawa kepada beberapa tawaran dari label besar. Mereka ingin biaya album sulung mereka sendiri dan memilih untuk membuat rakaman disebuah studio beranggaran rendah di Headgear Studio, di Brooklyn.

“Hal ini sangat penting buat kami untuk lakukan sendiri dengan terma kami sendiri. Kami semua tinggal bersama, dan semua duit yang kami gunakan semua dari poket kami sendiri,”

kata Karen O kepada majalah Spin.

Fever to Tell dihasilkan oleh mereka sendiri bersama Dave Sitek, seorang multi-instrumentalist dan produser dari band TV On the Radio.

undefined

Menurut majalah Paste, Fever to Tell menekankan elemen garage rock revival yang sedang naik ketika itu, sementara Dan Epstein dari majalah Rolling Stonre menggelarkan album ini sebagai NYC art-punk. Muzik mereka juga boleh digambarkan sebagai ecstatic dance punk, kata Alex Denney dari The Guardian.

Penampilan pertama Fever to Tell adalah ditangga ke-67 dalam carta Billboard 200. Untuk mempromosikan album ini, Date With the Night dan Pin dikeluarkan sebagai singles. Label mereka Interscope Records ingin lancarkan Maps sebagai single ketiga tetapi mereka menghalangnya sehinggal Februari 2004, apabila album ini terjual 124,000 unit. Sehingga Mac 2006, Fever to Tell terjual lebih 524,000 unit menurut Nielsen SoundScan. Pada Mac 2009, album ini telah terjual lebih sejuta unit, 600,000 unit sahaja di US sehingga April 2010, dan 40,000 unit lagi terjual sehinggal Mac 2013.

undefined

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #AnniversaryAlbum #YeahYeahYeahs #FeverToTell

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅