Efek Rumah Kaca: Pesta Beraya Di ambang Desember

oleh Boes!
0 komen 207 bacaan

Kredit : Rafiq Aiman

Kredit artikel: Asyraf Yusoff


50 tingkat di udara, 20 lagu, tanpa henti. Begitulah perjalanan muzik yang membingkai konsert Efek Rumah Kaca (ERK) pada 15 November lalu. Dengan Art of Speed Malaysia dan Thrive sebagai penganjur, pentas VOX Live Kuala Lumpur menjadi ruang sakral yang memahat memori kolektif.

Saat penulis merangka baris demi baris artikel ini, seluruh runut album pertama ERK kembali berkumandang seolah memanggil semula detik magis malam itu. Tidak sedetik pun kelihatan lesu pada barisan anggota ERK. Setiap lagu disambut penuh tenaga oleh 700 peminat yang memenuhi dewan. Suara Cholil Mahmud, sang vokalis, beberapa kali larut tenggelam dalam lautan nyanyian penonton.

Pada momen sebegitu, muzik tidak lagi terasa seperti persembahan satu arah. Ia bertukar menjadi ritual bersama yang mengaburkan sempadan antara pentas dan khalayak, seakan semua yang hadir sedang berkongsi degup yang sama.

Konsert berlangsung terus bermula jam 9 malam sehingga 10.30 malam setelah dimulakan dengan persembahan dari Band Ramayan. Posisi penonton masing-masing terkunci akibat kurang ruang di dalam hall, namun crowd tetap sporting. Tiada tolak menolak agresif, hanya menyesuaikan diri. Cabaran ruang yang terhad bukan saja menjadi masalah, pentas yang rendah untuk ERK ternyata hampir membuatkan penonton yang rendah tidak dapat melihat jelas ahli ahli band yang sedang beraksi megah. Mainan warna warna dari lampu curah menyelamatkan keseluruhan pengalaman dengan menambah dimensi visual untuk setiap lagu lagu yang dimainkan.

Lampu curah, dimensi visual. Kredit : Rafiq Aiman

Bait bait lirik lagu ERK buat kita berfikir, gitarnya merinding. Petikan gitar lagu “ Desember” halus, namun mengigit. Saat lagu “Sebelah Mata” dimainkan, sebak mula bertamu, meruntun di bahagian korus yang paling menyentuh:

Tapi sebelah mataku yang lain menyadari, gelap adalah teman setia dari waktu-waktu yang hilang.

Baris itu seakan membuka pintu kenangan, mengingatkan kita bahawa kehilangan tidak selalu sunyi. Kadangkala ia ditemani gelap yang setia, diam diam memeluk luka yang tidak bernama. Kesemua 12 lagu dari album sulung mereka dimainkan dengan tambahan 8 lagu dari beberapa album yang lain. Sejujurnya, persembahan selama 1 Jam 30 Minit ini padat dan susunan setiap lagu yang didendangkan sangat bersesuaian naik turunnya.

Banjir lampu dan manusia. Kredit : Rafiq Aiman

Rumusan sejujurnya, ERK selayaknya diberi pentas yang lebih besar dan megah. Dalam dunia yang semakin riuh dengan bunyi-bunyi kosong, mereka muncul sebagai ruang sunyi yang sarat makna. Sebagai antara pelopor muzik indie nusantara, mereka wajar menerima penghargaan yang sepadan dengan sumbangan dan pengaruh yang telah mereka tinggalkan sepanjang perjalanan panjang itu.

Album sulung yang masih menjadi pilihan selepas menjangkaui pertengahan dekad kedua terus berdiri sebagai antara karya paling malar segar dalam scene indie. Komposisi yang jujur, puitis dan penuh dimensi emosi kekal relevan didengar hari ini, seakan membuktikan bahawa muzik mereka tidak tunduk pada masa. Ia hidup, bernafas, dan terus menyentuh sesiapa yang sudi mendekatkannya ke telinga dan hati.

Kredit : Rafiq Aiman

Menutup sesi ulasan, penulis memetik satu perenggan daripada perspektif pendamping penulis yang sama-sama hadir menyaksikan kegemilangan malam itu.

ERK deserves the love of fans and even those who’ve never called themselves one. Their vocal strength and commanding stage presence speak for themselves. Every song lands with a weight that feels personal, reflected clearly each time the crowd sings along as if holding up fragments of their own stories.

Melankolia was a brilliant opener, a slow-burning spark that instantly lifted anticipation for the rest of the setlist. Sebelah Mata carried a bittersweet pull, soft enough to draw tears from some in the crowd. Desember, their most widely-known anthem, became only the visible tip of a far deeper catalogue.

From this single session alone, it becomes unmistakably clear why ERK’s first album deserves to be celebrated even louder eighteen years after its release. Their music isn’t just aging well, it’s maturing into something even more resonant than before.

“Puitis sampai luka.”

Senarai lagu:

1) Melankolia
2) Bukan Lawan Jenis
3) Jatuh Cinta itu Biasa Saja
4) Insomnia
5) Efek Rumah Kaca
6) Jalang
7) Belanja Terus Sampai Mati
8) Debu Debu berterbangan
9) Di Udara
10) Desember
11) Sebelah Mata
12) Cinta Melulu
13) Merdeka
14) Hujan Jangan Marah
15) Kamar Gelap
16) Putih
17) Seperti Rahim Ibu
18) Balerina
19) Kau Dan Aku Menuju Ruang Hampa
20) Pasar Bisa Diciptakan

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅