Anak Antoo Menggegar Dunia!

Sleepside: Perjalanan Melodi "Heartthrob" Menembusi Dunia Muzik Tempatan

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.2K bacaan

Kumpulan muzik tempatan dari Pulau Pinang yang dinamakan Sleepside telah menoreh sejarah dengan melancarkan album sulung bertajuk “Heartthrob” pada bulan November 2023. Pelancaran ini bukan sekadar acara biasa tetapi merupakan satu peristiwa penting dalam perjalanan kumpulan ini, menegaskan kedudukan mereka dalam arena muzik tempatan untuk pergi lebih jauh.

Sleepside dikenali dengan gaya muzik yang memberi tumpuan kepada harmoni vokal, menjadi ciri khas mereka sejak lama. Karya-karya mereka turut terkenal dengan melodi yang memukau pendengar. Melodi-melodi ini dicipta dengan harapan dapat menyentuh hati peminat sekali gus menerima pujian atas penampilan dan prestasi mereka yang konsisten.

Satu kejayaan dan pengiktirafan besar bagi Sleepside ialah apabila lagu mereka yang berjudul ‘Sukar’ dari dalam album “Heartthrob” terpilih sebagai antara lagu tema untuk drama tempatan Malaysia bertajuk “One Million Dollar Voice” yang mula disiarkan pada bulan Oktober 2023 lalu di Astro Ria.

Bercerita tentang album mereka, ini merupakan suatu pengalaman yang mencabar buat Sleepside apabila wabak Covid-19 melanda pada tahun 2020. Mereka sebenarnya telah merancang untuk melancarkan “Heartthrob” sebelum wabak ini merebak. Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), barulah mereka mendapat peluang untuk meneruskan produksi album tersebut. “Heartthrob” adalah album pertama mereka yang mengandungi sebanyak 11 buah lagu.

Pada pendapat kami, kugiran-kugiran yang sedia ada mempunyai ciri-ciri yang tersendiri samalah juga seperti kami. Untuk kekal relevan, kami berpendapat yang kami perlu mengeluarkan ‘content’ secara kerap dan kekal aktif di media sosial.

Perkara menarik lain adalah bahawa mereka telah melakukan kesemua proses produksi secara sendiri, dari awal hingga akhir. Pencampuran dan penghasilan akhir dilakukan oleh vokalis mereka, Ackey di studio mereka sendiri yang terletak bersebelahan dengan rumahnya.

“Heartthrob” mengandungi lagu-lagu yang mengisahkan tentang cabaran kehidupan yang menusuk hati seperti ‘Take Me Now, Burning Out, Thunder, Intuition, Sukar, Ternyata, Hear This!, dan The End’. Manakala ‘Anxiety dan Daisy, Hailey’ menceritakan tentang kecelaruan fikiran dan hati. Lagu “Trazif” pula menceritakan tentang pemain dram kami, Razif.

Setelah mendengar semua lagu mereka, aku berpendapat mereka telah buat apa yang sepatutnya untuk memastikan Sleepside berdiri teguh dan lebih dikenali dengan penghasilan album. Susunan lagu kesemuanya ‘easy listening’, permainan instrumen cukup sifat dan penyampaian vokalnya bagus. Selain itu, aku ingin memuji lirik mereka yang sememangnya menyentuh jiwa dari setiap sudut. Setiap teknik vokal telah diletakkan di tempat yang sepatutnya dan aku menyukai vokal seperti ini. Kudos kepada vokalis mereka.

Namun aku merasakan kualiti mereka boleh ditambah baik lagi walaupun sudah menepati citarasa di radio. Mungkin boleh dihantar ke jurutera adunan dan mastering yang bagus. Akhir sekali, aku berharap mereka boleh keluar dari zon selesa dan terus bereksperimen untuk produk seterusnya agar tampak lebih gah dan unik.

Disebabkan “Heartthrob” adalah album pertama dari Sleepside, mereka berhasrat untuk mempromosikannya secara meluas dan salah satu usaha yang akan dijalankan adalah dengan mengadakan siri jelajah di beberapa negeri di Malaysia yang masih dalam perancangan.

Peminat-peminat Sleepside dan muzik tempatan harus menantikan dengan penuh keterujaan acara dan prestasi yang akan disajikan oleh kumpulan ini dalam masa terdekat. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kemas kini terkini dan kandungan eksklusif mereka dengan mengikuti Sleepside di Instagram.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅