
Setelah 2 hari berlangsung pada 19 dan 20 November 2026, akhirnya My Chemical Romance (MCR) melengkapkan tirai muzikal dalam konsert yang pastinya paling epik dan meriah di Malaysia bagi tahun ini.
Namun, perkara yang agak menarik juga ialah kehadiran majoriti berusia 20-an sepanjang 2 hari konsert.
Kebanyakan mereka bukanlah Emo Elders dan sebahagian mungkin belum lagi lahir atau masih kanak-kanak riang ketika MCR muncul menerusi album Three Cheers for Sweet Revenge (2004) atau Black Parade (2006).
Terdapat 2 faktor yang boleh menjelaskan fenomena ini.
Pertama, kepesatan teknologi maklumat dan informasi membolehkan mereka mencari, menggali semula kehebatan dan kemeriahan satu genre muzik serta gaya kehidupan Emo Pop-Punk yang pernah dikecapi kakak-abang, pakcik-makcik malahan ibubapa mereka. Berbeza dengan arus terdahulu yang masih lagi terbatas dari segi perkongsian visual atau capaian maklumat. Dan pastinya mereka menemui origin asal-usul trend ikonik yang tidak lagi terdapat pada era hari ini.
Jika Generasi X dan Milenial datang untuk lebih mengimbau nostalgia, golongan ini telah menghangatkan suasana dan menambah kemeriahan di konsert.
Agak mengerikan juga melihat mereka berbondong seolah-olah ini festival Pestapora atau pentas indie-seberang dan sanggup berfesyen meledak kreativiti masing-masing demi membuktikan asperiasi Emo.
Kedua, pastinya lagu-lagu MCR sendiri yang semenangnya berkualiti, sedap didengar (101 songwriting) dan sangat bermelodik di telinga semua golongan tidak kira usia (pop + punk rock).
Daripada antem ikonik Black Parade, I Don’t Love U, Famous Last Words, Helena hinggalah kepada I’m Not Okay serta B-list lain seperti Thank You For The Venom, Demolition Lovers, The World Is Ugly dan Kids Of Yesterday (satu je tak main dan menyebabkan sedikit kehampaan kepada ramai orang, Ghost Of You), seluruh ruang stadium gamat dengan singalong yang turut diserikan dengan pentomin konseptual ala distopia.
Potensi Besar Pelancongan Muzikal
Kejayaan konsert 2 hari MCR ini juga menunjukkan pasaran yang sangat besar dan strategik di Malaysia bagi kebanjiran artis-artis luar negara serta potensi Malaysia sebagai destinasi pelancongan muzikal.
Sokongan kerajaan Madani juga dilihat sangat berperanan dalam merangsang ekosistem industri dan hiburan muzikal tempatan.
Gerard, Mikey, Frank Iero dan Ray Toro mungkin tidak pernah menyangka karya-karya di sebalik mesej sosial, jagat keadilan dan penentangan terhadap autoriti dalam lagu-lagu mereka telah menjadi siulan generasi dalam era yang berbeza di pelusuk Nusantara.
Ternyata, dunia masih ada masa depan di tangan mereka yang akan menjadi ‘the savior of the broken, the beaten and the damned‘!
Kredit terutamanya kepada hakak-hakak milenial, Black Parade yang bersejarah! Amen.
#ChivasAlexandria