Barisan Rappers antarabangsa iaitu Busta Rhymes, Fabolous, Big Ben, Onefour dan krew Jabbawockeez akan berhimpun beramai-ramai di Johor bagi memeriahkan fiesta ‘Chapter 2: The 11‘ sempena kejuaraan kelab bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) pada esok, Ahad 27/4/2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Mereka akan membuat persembahan sambil diiringi pertunjukan bunga api, ‘drone’ dan sambutan kejuaraan JDT.
Difahamkan, jemputan adalah hasil ihsan Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga seorang penggemar muzik Hiphop dan juga mempunyai hubungan peribadi dengan superstar rap antarabangsa seperti Snoop Dog dan Eminem.
Busta Rhymes ialah rapper tersohor sejak awal milenia seangkatan Eminem, Dr Dre, DMX dengan lagu popular ‘I Know What U Want’ bersama Mariah Carey. Selain Mariah Carey, Busta juga berkolaborasi dengan nama-nama gergaai aeperti T-Pain, Akon dan Pussycat Dolls.
Manakala Fabolous juga rapper legendari sebaris Nas, Jadakiss yang popular dengan lagu ‘So Into You’ bersama Tamia.
Persembahan Jabbawockeez pula antara yang dinani-nanti kerana mereka adalah krew tarian Hiphop bertopeng yang pernah beraksi di pentas NBA dan acara-acara sukan.
Pada sebelah petangnya, beberapa artis tempatan juga akan membuat persembahan seperti Plague of Happiness, Awie, De Fam dan SonaOne.
Pastinya, kemasukan barisan rappers antarabangsa di bumi Johor akan menghangatkan suasana kemeriahan sambutan serta juga memberi penanda aras baru acara-acara berprestij di Malaysia.
Seperti insentif baginda dalam bolasepak Johor, TMJ juga sedang mengisyaratkan sesuatu kepada industri muzik tanahair – tahap dan ukuran kejayaan sebenar adalah mengikut standard antarabangsa; dan ia bermula di bumi Johor.
#ChivasAlexandria