RANKING: 50 Lagu Raya Paling Lejen dan Nostalgik Sepanjang Zaman

oleh Chiv Iscandar
14.8K bacaan

Salah satu punca utama kemeriahan Aidilfitri ialah lagu-lagu tema Hari Raya yang menemani kita pada saat-saat menjelang sambutan.

Raya tidak akan lengkap tanpa berkumandangnya lagu-lagu antem terutama pada bulan puasa dan persiapan 1 Syawal.

Bagi rakyat Malaysia, kita akan mendengarnya saban tahun dan walaupun dipasang berulang-ulang, kita tidak akan pernah jemu kerana ia sentiasa membangkitkan nostalgia kemeriahan hari raya. Di situlah terletaknya nilai kelangkaan (evergreen) dan kelejenan lagu yang menjadi soundtrack kehidupan kita semua.

Anda mungkin pernah mendengar lagu-lagu ini berkumandang di bazaar, ekspo raya atau dalam kereta tetapi pasti tidak mengetahui tajuk sebenar sesetengah lagu dan siapa artisnya bukan? Jadi ranking ini juga bertujuan untuk menjadi rujukan dan dokumentasi lagu-lagu raya dalam khazanah muzik negara.

Samaada berbentuk riang ria, sedih, kerinduan atau pilu, ia merakam suasana istimewa yang disambut setiap tahun di Malaysia.
Semoga bermanfaat, yang penting pastikan khazanah lagu-lagu hebat sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan terus berdendang sebagai warisan peradaban bangsa dan negara.

Berikut ialah ranking 50 (ya, 50!) lagu-lagu raya paling lejen, terbaik dan nostalgik di Malaysia sepanjang zaman:

50. Seminggu Berhari Raya – Senario

Lagu yang berdekah dan riang didengar untuk memulakan ranking.

49. Sepasang Kurung Biru – Khairil Johari Johar

Lagu daripada penyanyi yang kurang terkenal tetapi sentiasa berkumandang setiap musim raya.

48. Anugerah Aidilfitri – Siti Nurhaliza

Lagu raya era 90-an hasil tangan arwah Pak Ngah dan suara emas Siti Nurhaliza.

47. Harapan Ramadhan – Raihan, Man Bai

Lagu raya 90-an. ‘Kuharapkan Ramadhan kali ini penuh makna…’

46. Raya yang Sempurna – Awie

Lagu raya rock ala 90-an dengan korus antemik nyanyian Awie.

45. Doa Di Hari Mulia – Uji Rashid

Lagu 70-an yang sangat hebat dengan tema sedih dan kerinduan seorang gadis terhadap kekasihnya, seorang askar di perbatasan.
‘Kukirim di angin lalu, Sampaikan salam wahai kasihku, Tak jemu aku menunggu…’ Dengarkan tahap puitis lirik semasa itu. Pernah ditampilkan dalam Kampung Pisang Muzikal Raya arahan arwah Mamat Khalid.

44. Bersama di Hari Raya – Cenderawasih

Lagu 80-an yang selau didengar dan sentiasa menusuk suasana raya. Untuk rekod, penyanyi lagu ini ialah 2 adik beradik berbangsa India!

43. Hari Raya Hari Bahagia – Ideal Sisters

Anda mungkin pernah mendengar lagu 80-an ini di mana-mana, nah inilah artis sebenarnya, kumpulan Ideal Sisters. ‘Selamat, Selamat hari raya… Kami ucapkan pada semua’

42. Satu Syawal – Ahmad Jais

Lagu Ahmad Jais yang agak rare dengan susunan lagu yang moden.

41. Hari Raya Tetap Tiba – Sweet September (1985)

Lagu raya berentak upbeat yang riang, ‘Jangan asyik berbelanja…’

40. Bergema Takbir di Pagi Raya – 4U2C
https://youtu.be/Q1qVoI-qSIQ
Lagu rap purba sempena hari raya oleh 4U2C!

39. Warna-Warni Aidilfitri

Lagu nyanyian beramai-ramai 90-an.

38. Seloka Hari Raya – Hail Amir & Uji Rashid

‘Indahnya sungguh di hari raya, Ramainya orang bersuka ria’. Paduan epik lejen 70-an Hail dan Uji.

37. Puasa dan Raya – Senario

Lagu raya Senario yang sangat diingati.

36. Salam Aidilfitri – Jamal Abdillah

Lagu Jamal ysng bermula dengan lirik sapaan ‘Assalamualaikum…’

35. Anugerah Syawal – Bunkface

Antem pop punk dan satu-satunya lagu raya 2000-an dalam ranking. Barangkali, lagu raya moden paling sedap dihasilkan ala pop punk.

34. Raya – Jalil Hamid

Lagi lagu berdekah oleh Jalil Hamid.

33. Senandung Hari Raya – Dayangku Intan

Lagu penyanyi pop 80-an yang sering beekumandang menjelang hari raya. ‘Maafkan daku tak dapat bersama, di pagi raya…:

32. Nostalgia Aidilfitri – Sharifah Aini

31. Hari yang Mulia – Sharifah Aini

30. Suara Takbir – P Ramlee

Lagu nyanyian Seniman Negara yang menusuk nostalgia hari raya.

29. Selamat Hari Raya – Sudirman

Lagu pop 80-an ala deli Melayu.

28. Halaman Asmara – Awie & Ziana Zain

Lagu raya era 90-an yang agak unik kerana menampilkan duet Awie dan Ziana Zain dengan latar belakang percintaan.

27. Sesuci Lebaran – Siti Norhaliza

Lagi antem raya 90-an hasil tangan Pak Ngah.

26. Salam Dunia – M Nasir

Lagu raya syahdu untuk dunia ciptaan M Nasir.

25. Cahaya Aidilfitri – Black Dog Bone

Intro brass pada permulaan lagu ini pasti mengingatkan anda tentang kedatangan hari raya.

24. Selamat Hari Lebaran (Minal Aidil Wal Faizin) – Sharifah Aini
https://youtu.be/SvkuqMVmj9k (versi asal)
Lagu berasal dari Indonesia tetapi versi Sharifah Aini antara yang paling langka.

23. Manusia Miskin Kaya – Normadiah (1953) & Sarimah

Lagu yang menggambarkan satu keluarga yang serba kekurangan tetapi tetap setia menyambut Aidilfitri. Lagu versi asal nyanyian Normadiah daripada filem Salah Siapa (1953) sebelum dinyanyikan semula oleh Sarimah.

22. Pulanglah – Aishah

Lagu ciptaan Adam Ahmad yang boleh mengundang sebak dengan alunan vokal Aishah.

21. Musafir di Aidilfitri – S Jibeng

Lagu raya hebat oleh penyanyi lagenda buta 60-an, S Jibeng dengan intro gitar yang epik (pernah dijadikan troll video konsert Metallica)

20. Selamat Berhari Raya – Rahimah Rahim

Lagu raya 80-an dsripada penyanyi lejen Singapura, Rahimah Rahim.

19. Nazam Lebaran – Siti Nurhaliza

Lagu raya 90-an hasil tangan Pak Ngah hebat dengan suara emas Siti Nurhaliza.

18. Dari Jauh Ku Pohon Maaf – Sudirman

Lagu pop balada 80-an yang menjadi antem kemaafan dari perantauan semasa raya.

17. Selamat Hari Raya – Ahmad Jais

Lagu klasik antem hari raya.

16. Pulang di Hari Raya – Noor Kumalasari

‘Oh gembira…rasanya hati pengembara’

15. Bila Takbir Bergema – Rafeah Buang

Lagu hujung 70-an yang menampilkan vokal emas versatil Rafeah Buang. ‘Dengar, dengar itu… Beduk telah berbunyi…’

14. Bersabarlah Sayang – Sanisah Huri

‘Semua insan sesang gembira…’ Lagu raya sedih yang lejen dan benar-benar mengungkap perasaan dengan lirik puitis, terima kasih vokal emas Sanisah Huri.

13. Indahnya Beraya di Desa – Azlina Aziz

Lagu daripada penyanyi 80-an yang sentiasa menghiasi persiapan hari raya.

12. Menjelang Hari Raya – DJ Dave

Lagu pop 70-an epik yang pasti kedengaran sekiranya anda membeli-belah di bazaar raya dan kompleks.

11. Aidilfitri – Sanisah Huri

Lagi tema Aidilfitri daripada lejen Sanisah Huri. ‘Kini tiba masanya… Berhari raya’

10. Kepulangan yang Dinanti – Aman Shah

Ah, lagu padu nyanyian Aman Shah yang benar-benar mengungkap perasaan seorang anak untuk balik ke pangkuan ibu bapanya.
Antara yang paling kerap kedengaran semasa musim raya Covid 2020 dan 2021 lalu.

9. Suasana di Hari Raya – Junainah Amin

Lagu ciptaan Kassim Masdor tahun 70-an yang pasti anda pernah dengar tetapi mungkin tidak mengetahui siapa penyanyinya. ‘Marilah adikku…’

8. Selamat Hari Raya – Fazidah Joned

Lagu klasik raya era 60-an ala twist daripada Fazidah Joned, penyanyi legendari. Korus epik ‘Semoga kita berjumpa lagi, Di hari bahagia ini’. Jangan lupa bahagian solo jazzy di pertengahan lagu.

7. Suasana Hari Raya – Sharifah Aini

Berkumandangya vokal emas Sharifah Aini dalam lagu ini adalah petanda paling besar hari raya telah tiba. ‘Hai Selamat Hari Raya…’

6. Suasana Hari Raya – Anuar & Elina (1985)

Lagu duet Anuar Zain semasa kanak-kanak bersama Elina yang mengungkap suasana kegembiraan hari raya. Inilah antara lagu paling popular dipasang kedengaran di mana-mana semasa raya.

5. Balik Kampung – Sudirman

Antem wajib nyanyian arwah Sudirman yang menyemarakkan keghairahan keluarga setiap kali pulang ke kampung halaman semasa raya.

4. Selamat Hari Raya – Saloma

Intro lagu yang sangat dahsyat dan ikonik, cukup untuk menandakan ketibaan hari raya

3. Kupohon Restu Ayah Bonda – Mamat Exists

Lagu ciptaan M Nasir yang asalnya dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Singapura, Al Jawaheer sebelum menerima vokal emas Mamat. Syahdu dan epik sehingga ke hari ini.

2. Satu Hari Di Hari Raya – M Nasir

Lagu raya ciptaan M Nasir yang tidak dapat dinafikan kelejenannya.

1. Dendang Perantau – P Ramlee

Lagu raya paling epik dan nostalgik sepanjang zaman daripada Seniman Negara. Dari lantunan solo ikonik twangy pada intro, drum stroke yang mendahului zaman serta vokal P Ramlee yang berhantu, inilah khazanah muzik terulung peradaban Melayu moden sempena hari raya Aidilfitri!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅