Search Gegar Rooftop Campbell KL, Peminat Meriah Banjiri Konsert

oleh Chiv Iscandar
17.4K bacaan

Search membangkitkan karisma dengan aksi konsert’ Rockin On Rooftop yang meriah dibanjiri para peminat mereka semalam.

Berbumbungkan langit dan bintang di tengah-tengah bandaraya KL, Kompleks Campbell yang sebelum ini sepi kontang kembali mendapat sentuhan baharu dengan konsert Search Rockin’ On Rooftop.

Memulakan konsert sekitar 9.45 malam dengan lagu Bencana, Search (Kiddin) tampil beraksi dengan koleksi lagu-lagu yang agak rare seperti Melastik Ke Bintang, Purnama, Bersalah Atau Tidak, Di Pintu Sepi dan pelbagai lagi – rujuk setlist di bawah.

Sebanyak 16 lagu dipersembahkan Search pada sepanjang konsert yang berlangsung 2 jam itu.

Kemuncak konsert ialah tiga lagu back-to-back Fantasia Bulan Madu – Mentari Merah Di Ufuk Timur – Teguh pada penghujung konsert.

Denden Gonjalez selaku vokalis baru benar-benar tidak menghampakan dengan penguasaan pentas dan alunan vokal mantap beliau. Komunikasi yang mesra dengan para penonton juga mendapat sambutan hangat. Rata-rata, semua peminat seakan merestui Denden sebagai vokalis yang dicari dan akan membawa legasi Search.

Kehadiran ratu Rock, Ella dengan lagu Melayar Bahtera dan Bayangan turut memeriahkan konsert. Antik gedik manja Ella bersama abang Kid dan Din mencuit hati penonton.

Set pentas yang agak unik atas bumbung kompleks Campbell itu juga menarik perhatian dan memerlukan Denden, Kid, Din dan Yan berlari ke seluruh penjuru arah kiri dan kanan penonton.

Menyentuh tentang kontroversi terkini, mereka turut membayangkan bahawa konsert ini adalah bagi ‘menyambung legasi kumpulan Search dan bukan mencari pengganti Amy.’

“Gua Sayang Lu All Semua” – Kid

Pastinya, gabungan gitar Kid dan Din (‘Kiddin’) dilihat sebagai muzikal live yang menunjangi ‘feel’ dan keseluruhan konsert. Dengan dibantu oleh Yan (Lefthanded) dan Minn (Thy Regiment, Naratu, Kid On The Move dll) di posisi bass dan drum, ramai yang berkata formasi inilah sebenarnya fundamental kumpulan Search.

Alunan gitar Kid (King of Tremolo) yang merecik dan solo berhantu beliau benar-benar menimbulkan aura Search. Din pula ligat beraksi memandu riff. Kedua-duanya bagai figura yang tidak akan dimamah usia.

Akhir sekali, mereka menutup tirai dengan satu lagi pemilihan yang epik iaitu lagu Neo Romantik yang dipetik dari album Rampage.

Konsert ini juga dilihat lebih bersifat ‘marhaen’ dan mesra alam. Pemilihan lokasi outdoor yang menarik juga membantu mendapatkan atmosfera konsert yang meriah dan bikin impak.

Bagi para peminat dan pengikut setia, konsert Rockin’ on Rooftop membangkitkan nostalgia dan fenomena, ia mungkin adalah konsert Rock terbaik tanahair pasca-pandemik.

Namun bagi Kid dan Din, semalam adalah testamen muzikal bahawa Search bukan sekadar band dan nama, tetapi sebuah legasi dan perjuangan. Asli dan tulus.

Setlist Konsert:

1. Bencana

2. Metropolitan

3.  Pasti

4. Purnama

5. Melastik Ke Bintang

6. Di Pintu Sepu

7. Bersalah Atau Tidak

8. Rock & Roll Pie

9. Emanuelle

10.  Melayar Bahtera (Ella)

11. Bayangan (Ella & Denden)

12. Diari Habil & Qabil

13.  Fantasia Bulan Madu

14. Mentari Merah di Ufuk Timur

15.  Teguh

16. Neo Romantik

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅