Komposer di Sebalik Lagu ‘Abuya Skibidi’ – Amir Syamsul & Band AI nya Dakgem

oleh Chiv Iscandar
17.5K bacaan

Mungkin ramai yng tertanya-tanya siapakah pencipta di sebalik lagu ‘Abuya Skibidi’ yang sedang ‘trending’ dan sentiasa terngiang-ngiang di kepala ramai baru-baru ini.

@amirsyamsul97

#gisb #abuyaskibidi #abuya #fyp

♬ original sound – amirsyamsul – amirsyamsul

Individu yang mencipta dan memulakan lagu tersebut ialah Amir Syamsul, berusia 27 berasal dari Selangor. Beliau adalah yang pertama memuatnaik lagu berkenaan pada 18 September 2024 dan telah meraih sehingga tiga juta tontonan di platform TikTok dalam masa kurang seminggu.

@amirsyamsul97

Dimulakan dengan lirik spontan ‘Abuya seorang yang teliti’ serta irama yang ‘catchy‘, lagu tersebut dicipta sepenuhnya dengan menggunakan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence – AI). Walaupun demikian menurut Amir, ia masih memerlukan kreativiti melalui input-input yang diperlukan untuk menjana struktur lagu yang dikehendaki. Ini termasuklah input pengaruh artis, karakter vokal dan genre lagu sebelum sistem AI dapat memproses lagu. Bagi janaan lagu ‘Abuya Skibidi’ ini, Amir meletakkan input Arabian, Disco dan Classic.

Band AI Pertama di Malaysia

Amir juga mempunyai sebuah band, Dakgem yang mungkin boleh dikira sebagai band AI pertama di Malaysia. Dakgem telah mengeluarkan single berjudul ‘Sidai’ yang juga dicipta secara AI.

Bagi perancangan akan datang, Amir tidak menolak kemungkinan untuk Dakgem mengeluarkan album penuh dan mengalu-alukan komposer-komposer yang berminat untuk menggubah atau merakam kembali lagu-lagu AI mereka secara studio profesional.

Menurut Amir yang juga menggemari Rage Against The Machine (RATM) dan kumpulan Spider, beliau belum menerima apa-apa notifikasi tentang imbuhan atau hasil bayaran daripada TikTok bagi lagu tersebut.

Bagi hakcipta pula, platform AI tidak menyediakan apa-apa pengiktirafan atau eksklusiviti secara legal tetapi perkara ini boleh berubah, sebagai contoh TikTok dan YouTube telah mula mengiktiraf hasil originaliti termasuk penetapan copyright bagi kandungan-kandungan yang dimuatkan.

Dakgem boleh diikuti di platform-platform berikut:

@dakgemofficial

FB: https://www.facebook.com/shaffi.ramli?mibextid=LQQJ4d

IG: https://www.instagram.com/adelrajman?igsh=cnNvZWxmOWExanNi&utm_source=qr

Sepintas polemik, kecerdasan buatan (AI) mungkin akan mendominasi penghasilan lagu-lagu pada masa hadapan namun begitu, ia masih tidak dapat mengatasi daya kreatif dan imaginasi manusia.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅