Nameless: Suara Baharu, Mesej Berani dalam Muzik Alternatif Malaysia

oleh Aniq Ammar Ekhwan
566 bacaan

Nameless baru sahaja melancarkan single pertama mereka, ‘Misery’ di semua platform strim digital.

Di tengah hiruk-pikuk kotaraya Kuala Lumpur, muncul sebuah nama baharu yang pantas mencuri perhatian dalam dunia muzik alternatif – Nameless. Membawa nafas segar dengan gabungan genre Alternative Rock, Post-Grunge dan Nu Gaze, kumpulan ini yang baru ditubuhkan pada Mei lalu sudah menunjukkan potensi besar. Diterajui oleh empat ahli berbakat – Luqman (vokalis/gitaris), Ijat (gitaris utama), Hazman (bassist) dan anggota terbaru Umar (drummer) – mereka bersedia menggegarkan pentas muzik tempatan.

Salah satu karya awal mereka, “Misery”, bukan sekadar lagu biasa. Pada asalnya, ia dicipta untuk menggambarkan penderitaan rakyat Palestin, khususnya di Rafah. Namun, selepas mendalami makna di sebalik lirik, Luqman merasakan bahawa mesej lagu ini lebih luas – ia mencerminkan kekejaman kuasa besar yang semakin rakus di dunia akhir zaman ini. Lagu ini juga menyentuh isu jurang kaya-miskin yang semakin ketara dan membawa mesej mendalam tentang ketidakadilan sosial di peringkat global. “Misery” bukan sekadar melodi, tetapi sebuah kritikan terhadap realiti dunia hari ini.

Namun, Nameless nukan sekadar mencipta lagu untuk pendengar terhibur. Mereka mahu setiap karya menjadi medium untuk menyampaikan mesej tentang kehidupan dan isu-isu semasa. Dari lirik hingga muzik, setiap elemen dirancang dengan teliti agar ia dapat memberi impak kepada sesiapa yang mendengarnya, sama ada pencinta muzik indie mahupun pendengar kasual. Visi mereka lebih jauh – untuk memperjuang dan memperkasakan muzik indie di Malaysia dan menjadikan genre ini lebih dekat dengan pendengar arus perdana.

Tahun ini, Nameless  telah melancarkan karya pertama mereka, memperkenalkan identiti dan mesej mereka kepada audiens. Dengan platform seperti gigs dan media sosial, mereka tidak berhenti di situ. Untuk tahun hadapan, kumpulan ini bercadang untuk mengorak langkah lebih jauh dengan merilis sebuah EP yang akan tersedia di semua platform penstriman dan juga dalam bentuk CD fizikal.

Komen saya? Kugiran ini masih mentah namun mempunyai cita-cita yang besar. Saya mengharapkan mereka lebih banyak belajar dalam penulisan lirik Bahasa Inggeris kerana terlalu lemah dan agak naif, ditambah pula dengan tatabahasa yang tunggang-langgang. Bukan itu sahaja, penyampaian vokal juga harus diberi perhatian. Saya faham jika anda ingin menjadi grunge, namun untuk menjadi sebegitu harus pastikan vokalnya kena di key note yang sepatutnya agar tidak kedengaran seperti karaoke. Kalian mempunyai potensi yang besar dan jangan disia-siakan.

Semoga mekar dan terus maju.

Ikuti Nameless di:

Instagram

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅