Herriot Umum 'Comeback' Dengan EP Celestial Chaos - Music Addicts Malaysia

Herriot Umum ‘Comeback’ Dengan EP Celestial Chaos

oleh Music Addicts Malaysia
0 komen 159 bacaan

Label Black/Death Metal tempatan, Goatlordth Records, secara rasmi mengumumkan pelancaran EP terbaharu daripada pelopor Melodic Death Metal Malaysia, Herriot berjudul CELESTIAL CHAOS.

Herriot yang diaktifkan semula pada tahun 2024 bersama barisan ahli baharu kini sedang giat mempersiapkan album penuh akan datang berjudul BLACK DAY MASSACRE. Album tersebut dirakam di Studio Fredman, studio ikonik di Sweden yang pernah digunakan oleh nama besar seperti Dark Tranquillity, In Flames, At The Gates, Arch Enemy, Dimmu Borgir dan Bring Me The Horizon.

Sesi rakaman sepanjang September 2024 itu bukan sahaja memfokuskan kepada pembikinan BLACK DAY MASSACRE, malah turut dimanfaatkan untuk merakam semula beberapa material terawal Herriot yang kini dihimpunkan dalam CELESTIAL CHAOS. EP tersebut hadir sebagai koleksi karya klasik yang diberikan nafas baharu bersama beberapa kejutan istimewa.

Menurut Herriot, mereka amat berbangga dapat merakamkan EP ini di studio yang menjadi lokasi kelahiran banyak karya penting Melodic Death Metal, sekali gus berharap dapat meneruskan legasi dan pengaruh genre tersebut.

Goatlordth Records menyifatkan CELESTIAL CHAOS sebagai jambatan antara era awal Herriot dan hala tuju baharu mereka menerusi BLACK DAY MASSACRE.

“Kami berbangga menjadi penghubung antara masa lalu Herriot ke BLACK DAY MASSACRE, dengan memberi penghormatan kepada karya awal mereka dengan cara yang paling sesuai. Ini adalah satu penghormatan untuk diberi kepercayaan oleh Chen dan Herriot, dan kami percaya EP ini akan menjadi pencapaian penting bukan sahaja untuk kumpulan ini, tetapi juga untuk landskap Metal tempatan,” kata pihak label.

Chen selaku vokalis Herriot pula menjelaskan bahawa CELESTIAL CHAOS merupakan penghargaan kepada penyokong lama dan baharu, selain tribute kepada bekas ahli yang membentuk asas kepada identiti Herriot hari ini.

CELESTIAL CHAOS melambangkan penghargaan kami kepada penyokong lama dan baharu, serta sebagai penghormatan kepada bekas ahli kumpulan yang membentuk foundation kepada Herriot baharu sekarang. Goatlordth Records adalah pilihan tepat untuk keluaran ini selepas bekerjasama dengan mereka sejak tahun lalu dan mempercayai kejujuran serta integriti mereka,” katanya.

Senarai Lagu “Celestial Chaos”

  1. The Sign
    menampilkan Fazlur “Fuzz” Redza dari 302 dan Exhuman
  2. Light My Darkness
    menampilkan Nashriq Ikhmar dari Hiatus
  3. Obelisks of the Sun
    menampilkan Erwan Zernal dari Catalysmic Purification
  4. None of the Sons
    menampilkan Dee dari Murder dan Obscurial

CELESTIAL CHAOS dirakam pada September 2024 di Studio Fredman, Gothenburg, Sweden. Proses rakaman, mixing dan mastering dikendalikan oleh Fredrik Nordström dengan bantuan Robert Kukla.

EP ini disyorkan kepada peminat muzik Melodic Death Metal seperti era awal In Flames, Dark Tranquillity, At The Gates dan The Halo Effect.

Format & Harga

CELESTIAL CHAOS akan ditawarkan dalam format CD dan kaset bersama merchandise rasmi.

• CD — RM40 (USD11)
• Kaset — RM30 (USD8)
• T-Shirt — RM75 (USD19)
• Longsleeve — RM95 (USD25)

Pakej kombo:
• CD + Kaset — RM65 (USD17)
• CD + T-Shirt — RM110 (USD28)
• CD + Longsleeve — RM130 (USD33)

Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Tempahan boleh dibuat melalui:
wasap.my/60129345657

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅