
Rakyat Johor bakal melihat kelibat sosok legenda rapper 50 Cent apabila kelab Johor Darul Takzim (JDT) membawa masuk beliau ke bumi Johor.
Menerusi perkongsian di laman rasmi mereka, 50 Cent yang popular dengan antem keramat hiphop milenial seperti ‘In Da Club’, ‘Candy Shop’, ‘P.I.M.P’ dan ‘Wanksta’ disahkan sebagai headliner dalam konsert ‘Realm of Twelve Nights’ bersempena meraikan kejuaraan liga mereka.
Berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Johor Bahru, konsert adalah acara tahunan bagi meraikan kejayaan dan pencapaian kelab JDT sepanjang liga bolasepak tanahair. Selain 50, artis lain yang bakal beraksi dijadualkan pada 30/5/2026 itu ialah One Four, Big Ben dan grup Jabbawockeez.
Ini bukan kali pertama JDT menjemput artis antarabangsa legenda ke acara-acara mereka.
Pada tahun lepas 2025, mereka membawa legenda ulung rapper Busta Rhymes bersama seorang lagi legenda hiphop Fabolous dan lain-lain termasuk Jabbawockeez.
https://vt.tiktok.com/ZSxPLXaeQ/
Kenapa rapper dan hiphop? TMJ, pemilik kelab JDT memang telah diketahui mempunyai preferensi muzikal yang tinggi dalam hiphop serta mempunyai ramai kawan-kawan superstar rapper di peringkat antarabangsa.
Mungkin pada akan datang, TMJ boleh mempertimbangkan artis antarabangsa daripada genre lain seperti Red Hot Chili Peppers atau mana tahu, Limp Bizkit.
Apapun, perkembangan terbaru JDT ini juga memperlihatkan potensi mereka untuk meluaskan kuasa dan melebarkan sayap dalam kancah hiburan tanahair seiring dengan status mereka dalam arena bola sepak.
#ChivasAlexandria