Baru-baru ini, heboh diperkatakan tentang sebuah lagu yang dinyanyikan semula oleh penyanyi viral YouTuber Indonesia, Raffa Affar menjadi ‘single’ terbaru beliau dan beberapa artis lain lagi bersepah-sepah di online iaitu ‘Tiara’.
Lagu Asal (Tiara -Kris)
Generasi baharu penyanyi pop leleh ini berlumba-lumba menyampaikan lagu ini dengan konsep dan stail nyanyian masing-masing. Ia mengundang pelbagai kecaman para peminat terutama golongan milenial berumur dan boomers kerana dianggap mencemarkan lagu asal.
Tidak dapat dinafikan, lagu ‘Tiara‘ tersebut sangat hebat sehingga setelah 30 tahun ia terus diperdebatkan namun berikut adalah beberapa fakta menarik tentang lagu klasik rock kapak tersebut:
1. Lagu ini berasal daripada kumpulan Kris, satu band rock era 90-an dan dipetik dari album sulung mereka,
2. Lagu ini dianggap antara ‘keajaiban sekali seumur hidup’ (one hit wonder) terbesar dalam arena muzik tanahair.
3. Legenda urban menyatakan solo gitar ini adalah hasil tangan Kid Search, oleh itu tidak hairanlah ia cukup ‘berhantu’ (sampai sekarang pasti terngiang-ngiang dan melekat raungan solonya).
4. Bassist Kris ialah Lomaq iaitu adik-beradik Kiddin Search dan berasal Johor Bahru (Majidee).
5. Lagu ini merupakan lagu paling lama bertahan dalam Carta Pujaan 10 Nescafe, iaitu carta muzik mingguan paling popular di akhbar-akhbar selama 10 minggu berturut-turut pada tahun 1991.
6. Lagu ini mempunyai aura kegelapan (‘darkness’) yang tersendiri kerana mengisahkan protagonis yang diheret ke tali gantung akibat jenayah sebelum kesnya diambil oleh seorang gadis peguam yang pernah menjadi teman persekolahannya ketika kecil.
7. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh M. Nasir dan beliau sendiri mengakui ini adalah antara mahakarya terbaik pernah dihasilkannya.
8. Lagu ini juga menduduki tempat ke-3 dalam Anugerah Juara Lagu ’91 (tempat pertama Mega ‘Takdir Dan Waktu’) selain lirik terbaik.
9. Lagu ini pernah dituduh sebagai pembuka ruang kepada kemunculan rock leleh seperti Slam, Spoon, Scoin, Arrow dan seangkatan kerana konsep air mata dan meleleh.
10. Selepas Tiara, Kris gagal mengulangi pencapaian cemerlang walaupun dengan lagu hits seterusnya ‘Cenderawasih’.
11. Vokalis, Alim dikatakan antara penyanyi lelaki dengan gaya identiti suara yang terbaik dalam arena tanahair tetapi sayangnya beliau tidak dapat bertahan lama dan lenyap tanpa sebarang lagu baru selepas itu.
12. Lagu ini adalah lagu terakhir dirakamkan oleh Kris dalam album sulung mereka (seperti Metallica dengan Enter Sandman dalam album Black).
13. Lagu ini ialah lagu Melayu pertama yang bertemakan penjara.
14. Ramai pakcik-makcik (generasi boomers) kita pernah merngalirkan air mata dengan lagu ini, antem dan tema percintaan separuh jalan yang mengganggu emosi.
15. Kesimpulannya, Tiara adalah lagu yang sangat kuat dan sukar ditandingi dari 3 segi berikut (tips bagaimana menghasilkan karya hebat dalam apa genre sekalipun)::
i. Vokal – penyampaian lagu oleh vokalis Alim yang berjaya membawa pendengar kepada ‘penceritaan’ lagu.
ii. Emosi – lagu ini memaut emosi dan perasaan pendengar
iii. Melodi – susunan melodi vokal lagu yang indah pada seluruh versa dan korus.
#ChivasAlexandria