
Hari pertama konsert My Chemical Romance (MCR) berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 60,000 ’emo elders’ dan ‘killjoys’ di Stadium Bukit Jalik, KL pada semalam Khamis 19/11/2026.
Seperti yang dijanji dan dinantikan, MCR tampil membawa persembahan yang epik, hebat dan bertenaga.
Mereka memulakan set sekitar 8.30 malam dengan setlist lagu-lagu ‘back-to-back‘ daripada album terulung mereka Black Parade.
Terdahulu, kumpulan Pop Shuvit membuka tirai konsert dengan turut disertai Emmet Butterfingers.
Sepanjang 2 jam konsert, stadium bergegar dengan jeritan dan ‘singalong‘ penonton terutama ketika lagu-lagu seperti Black Parade, I Dont’ Love U dan Famous Last Words. Selepas setlist Black Parade, MCR menampilkan pula segmen B-list daripada album lain seperti Three Cheers for Sweet Revenge dan lain-lain.
Menariknya, setlist lagu-lagu B-List imi memang tidak dapat dijangka dan berbeza-beza daripada setlist konsert di Korea, Filipina, Singapura dan Thailand. Bagi Malaysia, mereka menampilkan lagu-lagu luar jangkaan antaranya Give Em Hell Kid dan Demolition Lovers selain pastinya antem Helena dan I’m Not Okay.
Penggunaan prop dan elemen-elemen dalam babak satira lakonan Gerard Way juga memberi impak dan magis luar biasa sepanjang konsert.
Menurut Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang turut merupakan seorang killjoy dan peminat setia MCR, sebanyak 140,000 tiket terjual sepanjang 2 hari konsert yang merangsang aktiviti dan industri muzik tempatan.
Dan ia menunjukkan keutuhan para peminat emo rock di Malaysia yang masih setia dan aktif bergaya walaupun sudah lebih 25 tahun berkecimpung dan hampir 19 tahun kali terakhir mereka beraksi di Malaysia (2007). Benar, MCR bukan sahaja mencetus terapi muzikal emo tetapi juga membina legasi yang merentas seluruh dunia.
#ChivasAlexandria