JDT telah menempa rekod dalam persada hiburan tanahair apabila menampilkan artis legenda hip-hop, Snoop Dogg dalam lagu tema terbaru mereka Pioneers semalam.
Namun, agaknya berapakah kadar penampilan (featuring rate) Snoop Dogg dalam antem JDT terbaru itu?
Snoop Dogg pada usia lebih 50 tahun adalah rapper veteran (rapper tua), seiring dengan era Tupac Shakur, Eazy-E, Dr Dre dan Notorious BIG yang berasal sejak 80-an lagi. Bermakna, sesetengah daripada kita tidak begitu mengenalinya sebab Snoop Dogg tergolong dalam susur galur rap yang sangat purba. Apatah lagi teknik rhyme yang sangat berbaur 90-an (Gin & Juice) dan mungkin agak ‘euwww’ dengan standard emo rap 2010-an.
Rappers, terutama kategori A-List mempunyai kadar featuring yang tertentu dan pastinya, ia bukan murah. Artis dengan kapasiti skil atau muzikal tersendiri bukan orang-orang biasa dan anda perlu membayar mahal untuk khidmat hiburan mereka.
Semakin tinggi satus dan rating, semakin astronomikal kadar featuringnya. Jadi, seperti kes Snoop Dogg, walaupun rapper tua dan rhyming purba, beliau masih mempunyai staying power tertentu untuk kadar featuring yang tinggi.
Bagi artis rapper lokal, ia mungkin bergantung sekitar RM5,000-RM10,000 mengikut status dan rating. Sebagai contoh, Namewee atau Joe Flizzow. Malique mungkin ada kadar yang lebih tinggi berdasarkan status enigmatik beliau. Jadi, ia tidak sama dengan rapper-rapper muda atau bawahan yang sedang berusaha mengukir nama di arena.
Jadi, berapa agaknya kadar featuring yang mungkin dibayar kelab JDT kepada Snoop Dogg bagi penampilan dalam lagu dan video muzik ‘Pioneers’ tersebut.
Sebagai perbandingan, berikut adalah kadar featuring artis-artis rap antarabangsa mengikut sumber:
21 Savage: US$120,000
Big Sean: US$150,000-200,000
The Roots: US$100,000+
Tyler, the Creator: US$75,000-125,000
Snoop Dogg: US$75,000-100,000
Kid Cudi: US$100,000
Post Malone: US$150,000-200,000
Kadar featuring rate yang lain seperti:
Drake – US$1 million per feature
Travis Scott – US$250,000
Nicki Minaj – US$150,000-250,000
Lil Yacht – US$65,000
Khalid – US$150,000
Jay-Z – US$1.5million
Megan Thee Stallion – US$50,000
Lil Wayne – US$75,000
MGK – US$50,000
Travis Barker – US$50,000
Jadi, anda mungkin boleh mengagak kadar bayaran oleh JDT kepada Snoop Dogg. Paling-paling tidak atau sedikit mungkin RM500,000. Ia juga mungkin lebih menjangkau 7-angka.
Adakah ia satu pembaziran dana? Tidak. Operatif Kelab JDT lebih bersifat persendirian (private entity) jadi ia mungkin tidak tertakluk kepada dasar-dasar awam yang memerlukan audit atau proses perolehan yang lebih rapi.
Namun begitu, kesimpulannya…. Anda boleh membeli rating dan populariti.
Ia adalah praktis yang lazim dalam industri rap atau hiphop. Dalam arena Metal moden sekalipun, banyak band menampilkan aksi-aksi featuring dalam single dan karya mereka.
Bagi yang baru berkecimpung dalam arena hip-hop, mungkin ini satu tips berguna bagi anda. Belanjakan modal anda untuk featuring artis-artis tertentu terutama dalam lagu atau karya anda. Cuba tanya berapa kadar featuring rate mereka dan ia mungkin menambah rating kedudukan anda dalam industri.
Dalam kes JDT, ia sebenarnya mungkin bukan perkara yang hebat memandangkan status kelab JDT sebagai kelab bolasepak termewah di Asia. Mereka mempunyai modal dan kewangan untuk membeli apa sahaja.
Lainlah kalau TMJ turun padang sambil sembur 16-baris verse hanyun mic, ia mungkin sesuatu yang lebih ‘Walawehhh’ untuk dilihat.
Namun, ini menunjukkan komitmen kelab JDT yang bukan sahaja membawa banyak inovasi pembaharuan dalam sukan tetapi membawa satu paradigma yang lebih bagi industri hiburan tanahair sendiri.
Tahniah JDT!
Nota: Eminem tidak mengenakan kadar featuring rasmi tertentu tetapi mengikut sumber, sekiranya dia menyukai anda atas-atas sebab tertentu (keunikan, bakat tersendiri, identiti anda), dia boleh featuring secara percuma.
#ChivasAlexandria