Valencies Mahu Perang Berhenti

oleh Anome
1.7K bacaan

Kugiran rock dari Kuala Lumpur, Valencies memecahkan kesunyian selepas hiatus dengan pelancaran trek single terbaru berjudul Hope yang telah dilancarkan pada 16 Mac 2022 dengan jangka masa selama 1 minit 55 saat di saluran YouTube rasmi mereka, Valencies MY.

Valencies kembali menemui peminat dengan memuatnaik satu ciapan yang bertulis “War, what is it good for?” di laman  Twitter rasmi mereka lantas mengubati kerinduan peminat dan penyokong kugiran ini ketika bergiat aktif dalam  persembahan dan gig di sekitar Lembah Klang serta serata semenanjung Malaysia.

Hope merupakan sebuah mesej kepada dunia agar menghentikan segala krisis perang yang melanda, terutamanya krisis perang Ukraine – Russia yang masih menjadi isu hangat dunia masakini. Tidak dilupakan krisis perang Palestin – Israel yang masih berlarutan setelah beberapa dekad dan sepertinya tiada tanda akan berakhir dalam masa terdekat.

War, what is it good for?

Meskipun krisis perang dunia sepertinya tiada tanda-tanda bakal berakhir dalam masa terdekat, namun harapan untuk sebuah keamanan akan kekal wujud menantikan hari tersebut tiba. Terlalu banyak pertumpahan darah yang berlaku, terlalu banyak ketakutan yang muncul dalam diri. Sesungguhnya perang membuatkan manusia itu sendiri hilang kemanusiaan dalam diri.

Dengarkan Hope di saluran Youtube rasmi Valencies, dan ikuti saluran media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram untuk maklumat terkini muzik mereka.

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅