Perkara Indah Tak Kekal Selamanya – Killeur Calculateur Umum Pembubaran

oleh Anome
2.3K bacaan

Pada tanggal 11 Mac 2022, skena muzik indie tempatan telah dikejutkan dengan berita pembubaran kugiran post-punk yang pernah mewarnai skena muzik indie, Killeur Calculateur. Setelah beberapa tahun mendiamkan diri, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan diri masing-masing.

Killeur Calculateur merupakan sebuah 4-piece post-punk band yang telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan berasal dari Subang Jaya. Killeur Calculateur terdiri daripada Smek dan Rafique di bahagian gitar, Zamir di gitar bass, dan Alijo di bahagian dram.

 

Pengumuman pembubaran kugiran tersebut telah dimuatnaik oleh Smek (gitaris) di laman media sosial Instagram beliau. Hantaran yang dimuatnaik merupakan sebuah gambar batu nisan yang tertulis “KILLEUR CALCULATEUR 2006-2021, GOOD THINGS DON’T LAST FOREVER” yang menandakan pengakhiran kugiran tersebut. Tiada sebarang sebab pembubaran dinyatakan di dalam hantaran tersebut.

GOOD THINGS DON’T LAST FOREVER

Sepanjang 16 tahun penglibatan, Killeur Calculateur telah melancarkan sebuah album dengan judul Book of Flags yang mengandungi trek-trek popular seperti Funk Facts, Red Marquee, dan Golden Triangle. Mereka juga turut melancarkan sebuah EP dengan judul Valley Of The Dead pada tahun 2008 serta single Tayang Sulit dan Suara Air pada tahun 2017.

Meskipun khabar pengunduran diri Killeur Calculateur meruntun hati ramai peminat, namun rata-rata mendoakan kejayaan setiap ahli kugiran dalam haluan hidup masing-masing. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan kembali bangkit dalam meneruskan perjalanan muzik masing-masing.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅