‘Nukilan Seorang Perindu’ – Zara Kayangan Kembali Temui Peminat Dengan Single Terbaru

oleh Anome
1.5K bacaan

Setelah merehatkan diri selama lebih kurang 2 tahun, komposer EDM Zara Kayangan akhirnya melancarkan sebuah single terbaru buat para peminat berjudul Nukilan Seorang Perindu pada 4 Mac 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 15 saat di platform penstriman Spotify rasmi Zarakayangan.

Menurut Zara, Nukilan Seorang Perindu sepatutnya hadir bersama sebuah video muzik (MV) yang dilancarkan pada tarikh yang sama, namun disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku pada saat-saat akhir pada video tersebut, pelancaran MV tersebut terpaksa ditunda ke tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Seperti single Spoken dan Pluviophile yang digandingkan bersama Viona dan Danial Abrar sebelumnya, Nukilan Sang Perindu pada kali ini digandingkan bersama Kurt Haikal, seorang penyanyi yang namanya baru meningkat naik di dalam industri. Menurut Zara Kayangan, single ini merupakan percubaan pertama beliau dalam penulisan lirik dan lagu sepenuhnya.

Nukilan Sang Perindu berkisar tentang permintaan maaf terhadap seseorang dan kegelapan dalam diri yang kian lama kian membelenggu disebabkan oleh dosa-dosa lalu.

Lagu ini lebih kepada pengharapan kemaafan dan diberikan peluang buat kedua kalinya. Menurut Zara, penulisan lirik lagu ini diilhamkan daripada pengalaman dirinya sendiri.

Dengarkan Nukilan Sang Perindu di saluran platform Spotify rasmi Zara Kayangan, dan ikuti saluran media sosial rasmi beliau di Twitter dan Instagram untuk kemaskini terkini pelancaran MV yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Twitter

Instagram

Youtube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅